Thursday, July 23, 2009

Mengembalikan Keyakinan Rakyat....

Sudah terlalu banyak perkara yang menyebabkan rakyat kurang yakin kepada kerajaan. Termasuk orang Melayu yang kurang yakin kepada UMNO. Namun orang-orang kuat UMNO tetap senyum confident dengan tindakan-tindakan mereka apabila timbul cabaran dan kejutan baru seperti kematian Teoh Beng Hock. 'Kita siasat dulu, kita siasat dulu...' Mestilah. Soalnya adakah tindakan tegas diambil untuk menahan semua yang disyaki, untuk disiasat, untuk menenangkan keresahan orang ramai, untuk menunjukkan urgency bertindak?

Sudah diadakan penyasatan pula, termasuk siasatan oleh Suruhanjaya DiRaja, penemuan dan pengakuannya didiam-diamkan saja, tidak ketara urgency bertindak membincangkan atau melaksanakan perakuan-perakuan yang terus dapat diterima. Rakyat tidak berpeluang menimbulkan isu-isu yang tidak memuaskan hati. Begitulah halnya dengan kes Lingam, siasatan terhadap polis diRaja, kes Zakaria, KFTZ, Khir Toyo dll. Cuma kes yang melibatkan parti pembangkang yang cepat-cepat diketengahkan.

Kenapalah Kerajaan tidak menunjukkan urgency secara nyata dalam semua hal yang membimbangkan rakyat. Segera pegang dan tahan mereka yang disyaki tak kira siapa, jangan biarkan terus bertugas, sehingga selesai siasatan dan sama ada ia bersalah atau tidak jelas ternyata kepada semua. Kalau belum disiasat Kerjaan sudah mengatakan sifolan tidak bersalah dan ia terus menjalankan tugas dengan senyum sipu, tentu orang marah. Apalagi jika ia terus mengetuai jawatankuasa itu dan itu, menyiasat itu dan ini serta mengurus itu dan ini. Bila orang yg disyaki menerima/memberi rasuah, menyalahgukankan kuasa dsb terus menjalankan tugas untuk mengendalikan dana yang banyak, adakah orang akan percaya?

Rakyat sudah bijak, tidak boleh dipujuk dan ditipu dengan gula-gula lagi. Janganlah beri keterangan melepas batuk ditangga sambil tersenyum menggosok-gosok belakang orang yang hendak dipujuk. Itu tak jalan lagi. Pemimpin UMNO disemua peringkat harus sedar hal itu. Pemberian wang memang boleh memujuk hati tetapi TIDAK AKAN MEYAKINKAN. Kesannya akan hilang sebaik pemberi wang itu pergi,

Orang penuh syak ttdak boleh lagi diyakinkan dengan kata-kata dan janji tetapi dengan perbuatan yang menepati kehendak pehak yang berharap. Sebarang perbuatan yang tidak menepati janji akan membuat syak itu lebih tebal sehingga meragui semua perbutanan lain walaupun dilakukan dengan sepenuh ikhlas. Itu;ah yang harus dtjaga oleh pemimpin-pemimpin UMNO jika mahu memenangi semula hati mereka yang sudah merajuk, sudah 'fed up' atau sudah hilang keyakinan. Tunjukkanlah urgency bertindak untuk menghapuskan keresahan mereka, bukan memujuk dengan senyuman dan janji-janji manis seperti dahulu. Tun Mahathir sewaktu menjadi PM pernah dikatakan susah hendak tersenyum, but he delivered dan rakyat berasa yakin kepadanya. Tun Pak Lah sering tersenyum tetapi hanyut dalam ' mencari' Syafie dan Ghazali. Mungkin Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin boleh mengambil iktibar dari kekuatan dan kelemahan mereka.

No comments:

Post a Comment