Thursday, February 9, 2017

sastera dn sajak Melayu semakin terbiar..

Sesudah tidak berdamping rapat dengn Dewan Bahasa dan Pustaka serta pehak Universiti, saya rasakan sastera Melayu dan khsusus sajak atau puisi semakin terbiar dan tidak mendapat pemeliharaan dan promosi yang sewajarnya lagi. Orang melayu sudah terlalu hebuh berpolitik dan mengejar kemajuan kebendaan…dengan penipuan dan rasuah menjadi penyakit utama seperti kanser. hadiah sasterawan negara Kedai-kedai buku kini penuh dengan buku-buku ugama dan novel-novel cinta kasih remaja disamping buku-buku tek sekolah dan perbincangan politil.Yang dapat dianggap bertaraf kesusasteran bagi saya amat kurang.Pendapat para-pengeritik sastera yang ilmiah juga sudah jarang-jarang ditemui disurat-surat khabar dan majallah-majallah. Munkin kerana tidak ramai yang akan membacanya. Yang amat popular sekarang ialah komentar-komentar di Facebook. Dimana-man kita lihat orang membaca komentari dan pembicaraan di facebook yang bahasanya sudah tidak dikatakan bertanggungjawab lagi. Buka bahasa baku bukan bahasa buku. Lebih mirip kepada bahasa capcai - campur-campur.Inilah yang menjadi bahan bacaan utama anak-anak muda sekarang. Buku-buku bacann untuk sekolah dianggap buku teks akademik yang terpaksa dibaca, bukan untuk disukai. sudah cukupkah karya penulis tempatan? Apakah akan jadi kepada bangsa yang tidak memperkembangkan lagi khazanah kesusasteraannya? Memang banyak buku-buku sastera yang diterbitkan oleh pdencetak-pencetaik bebas tetapi apakah nilai sasteranya terjamin. Kenapakah buku-buku novel yang jadi teks disekolah dan kumpulan-kumpulan puisi atau sajak yang banyak diterbikan, termasuk pengeluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, tidak menjadi bacaan populer? kemana polmik sastera? Kita memang ada Panel yang memilih sasterawan negara dari masa kesemasa. Apa fungsi Panel ini hanya untuk memilih sasrerawan yang layak menerima hadiah dan gelaran itu dari masa kesemasa atau untuk memajukan sastera Kebangsaan pada keseluruhannya, peranan yang nampaknya dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja? Kenapakah sasterawan-sasterawan negara kita pun nampaknya senyap sahaja dan tidak begitu aktif lagi menulis dan membicarakan hal perkembangan sastera tanah air dikebelakangan ini? Saya rasa auatu penilaian baru perlu dibuat terhadap perkembngan sastera negra pada hari ini. Ia perlu diberi tenaga dan dorongan baru supaya dapat mencapai kemajuan yang seimbangan dengan kemajuan negara dibidang-bidang yang lain. Pemahkotaan Saterawan Negara dari tahun ketahun dan membanyakkan bilangan mereka sahaja tidak akan memajukan lagi pencapaian kesusasteraan kebangsaan dinegara ini. Usaha perlu dijalankan untuk membincang, mengeritik, membahas dan mempopulerkan hasil sastera supaya benar-benar hidup dikalangan msyarakat.

Wednesday, May 8, 2013

Era Kesedaran Semula Masalah Perkauman Selepas PRU13

PRU 13 sudah selesai dan walaupun memegang 133 kerusi sahaja dalam Parlimen, Barisan Nasional masih berkuasa. Menteri-menteri MCA habis gugur termasuk dua orang Menteri Besar (Johore dan Melaka) serta 8 orang timbalan Menteri. Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai paling banyak sokongan tidak berjaya PKR kepuncak kejayaan. Begitu juga PAS. Yang paling nyatqa mendapat sokongan penuh masyarakat keturunan Cina ialah DAP. Najib dan Mahathir menuduh telah berlaku tsunami kaum Cina, semuanya sepadu menyokong DAP. Penganalisa politik lain termasuk para akademik mengatakan masyarakat Melayu juga yang turut menyokong pehak Pembangkang kerana tidak puashati dengan pentadbiran Najib serta Kabinetnya yang begitu boros menggunakan wang rakyat untuk mendapatkan sokongan politik. Beratus juga dikeluarkan tanpa banyak soal, menubuhkan dana itu dan dana ini yang tentunya diurus pehak tertentu dan belum apa-apa sudah habis dibelnjakan. Apa saja masalah yang ada ujudkan dana untuk membantu tapi siapakah yang kayaraya dengan bantuan itu? BRIM dan bantuan2 kontan kepada rakyat berpendapatan bawah RM3000 semakin kerap dikeluarkan menjelang PRU13. Kenapa tidak dikeluarkan dari dulu? Kempen PRU13 penuh dengan tuduh menuduh, cacimencaci, fitnah memfitnah, kondem mengkondem antara UMNO dan PKR/PAS/DAP. Orang Melayu bercakaran dan berbalah sesama sendiri manakala Karpal Singh dan Kit Siang/Eng Guan ketawa besar.Lawanlah lagi. Kali ini BN tinggal 133 kerusi, dalam PRU 14 entahkan tinggal 110 dan DAP dapat 70-80 kerusi jika PKR dan PAS tak mampu mendapatkan lebih dari 30 kerusi.Pemimpin-pemimpinan UMNO/BN yang handalan jatuh kerana salah tempat disuruh bertanding. Siapa yang arah agaknya? Yang tinggal hanya 'yang serasi' atau 'termakan budi'. Jika BN tidak betul-betul memilih pemimpin mudanya untuk perjuangan masa depan, sudah pasti ia akan menjadi absolete. Orang Melayu perlu muhasabah diri. Nak terus bergaduh dan berpecah belah atau nak menyusun barisan semula supaya jiwa UMNO yang lama, semangat 46 ke atau semangat 57 dapat dipulihkan. Hentikanlah percakaran dan budaya UMNOputra dengan mercedes, bmw, lexus dan bungalo/istana besar masing-masing. Hiduplah seperti rakyat biasa semula, seperti cikgu2 yang menjadi tunggak UMNO dizaman lalu. Yang dah kayaraya tu tengok-tengoklah yang masih miskin dan tolong majukan seperti yang diharapkan oleh Tun Mahathir dalam bukunya Malay Dilemma dulu. Yang dah jadi meliana patut tolong yang lain jadi usahawan maju bukan terus cari peluang dapatkan kontrek untuk jadi biliana. Rakyat bukan buta..nampak segala yang dilakukan dengan alat-alat skodeng letronik sekarang. Mereka juga sanggup menutup yang busuk kalau tidak keterlaluan, kerana sayangkan pemimpin-pemimpin Melayu. Tapi kalau sudah melampau, sudah lupa daratan, sudah bersikap seperti Firaun sampai nilai agama Islam ditolak tepi, memang patutlah dijatuhkan. Putuslah kain pendukung, anak jatuh mati jua.

Sunday, March 17, 2013

Bahasa Melayu semakin hancur .....

Sudah lebih lima bulan saya tidak mengupdate blog BM ini kerana tidak ada pembaca. Muda-mudi Melayu juga kaum dewasanya lebih senang membaca blog dalam bahasa Inggeris. Bahasa Melayu, termasuk loghat tempatan, cuma banyak diguna dalam facebook. Dah bahasa Melayui yang digunakan memanglan bahasa cakap, bahasa pasar dan bahasa hentam keromo dengan nahu dan ejaan yang lintang pukang. Saya yakin lama kelamaan bahasa Melayu facebook ini akan menghancurkan Bahasa Melayu baku. Saya tidk ada hati untuk memberi komen tentang perkembangan keadaan semasa dalam blog BM ini lagi kerana tidak ada pengikutnya. Menjelang tahun 2016, pelajar2 mesti luslus BI untu mendapat sijil persekolahan. Ini sudah macam zam sebelum merdeka dulu. Tak lulus Bahasa Inggeris tak dapat MCE atau SPM. Lagilah kedudukan bahasa Melayu atau BM jatuh nilainya....Guru-guru khas akan diambil dari England dan India untiuk mengajarkan bahasa Inggeris. Adakah guru-guru yang mengajarkan bahasa Malaysia sekarang sudah betul-betul pakar? Tidak ada siapa yang peduli lagi. Pernah juga saya tengok soalan2 periksa BM untuk SPM dan juga untuk periksa peringkat lebih rendah. Saya terperanjat dengan kesilapan bahasa dalam soalan-soalan itu sendiri. Ah, jadilah setakat ini saya mengomel dalam BM. Cuma untuk menjengok blog BM ini dan melihat apa-apa perkembangan. Memang tidak ada. Oleh itu eloklah saya meneruskan blog dalam BI sahaja. Saya perhatikan blog BM penulis2 lain pun seperti Kassim Ahmad dan Mahaguru 58 juga tidak begitu mendapat swambut. Tak mungkin kerana isinya kurang menarik kerana saya dapat memang banyak perkara2 dan komen-komen penting yang boleh digarap. Kita tengok sahaja perkembanganya dulu....

Sunday, October 28, 2012

Kesesakan Jalanraya..

Sesudah hari ketiga hariraya Aidil Adha, jalanraya masih sesak gila. Perjalanan sejam dua sudah menjadi 5 hingg 7 jam. Hal ini berlaku baik dari Johore ke KL atau dari utara.Dari Kelantan ke KL khabarnya boleh mengambil 10 hingga 13 jam. Jalanraya penuh dengan kamera perangkap laju tapi jarang-jarang kelihatan polis tr4afik. Malah waktu saya pergi balik antara KL dan Juasseh, tidak seorangt pun kelihatan polis trafik.
Nyata sekali pehak plis trafik tidak ditugaskan lagi untuk mengawal kesesakan lalulintas dan memudahkan kelancaran perjalanan trafik. Hairannya op sikap atau dgn nama yang sudah diubah, tetap ada. Cuma tujuannya seolah hendak menyaman mereka yang buat kesalahn saja dan bukan untuk tolong melicinkan perjalanan. Malah, selalu juga diadakan sejatan jalan (road block) untuk menyaman mereka yang telah melanggar had laju. Itulah yang lebih menyebabkan macet kerana kereta akan berbaris sampai dua tiga kilometer untuk melalui pemeriksaan roadblock itu.
Saya sungguh hairan apakah prioriti polis trafik sekarang. Mau tangkap orang overspeeding dan buat kesalah=kesalahan trafik yang lain atau untuk memudahkan kelicinan aliran kenderaan dijalanraya? Polis seolah-olah mahu menangkap orang overspeeding dengan kamerea perangkap lajunya saja, supaya dapat dikeluarkan surat saman dengan sebanayk mungkin. Sebab itu bilangan kamera yang dipasang semakin banyak, termasuk dijalan-jalan yang jarang berlaku kemalangan. Apalagi dijalan-jalan lurus dan cantik dimana overspeeding selalu berlaku. Berjuta-juta ringgit digunakan membeli dan memasang kamera dan berbilion ringgit diperuntukan untuk kerja penyelenggaraaan untuk beberapa tahun. Ada pula berita yang mengatakan pehak swasta yang mengurus cpemasangan dan penyelenggaran kamerea perangkap laju itu juga akan mendapat peratus tertentu dari setiap saman yang dikeluarkan oleh pehak polis. Jika ini benar sudah pasti usaha sepenuhnya akan dijalankan untuk membanyakkan kamera perangkap laju dan pengeluaran saman - bukan untuk mengurangkan pelanggaran dan kesesakan lalulintas. Pehak polis perlulah menilai semula prioritinya. Nak memungut wang kompaun saman dengan sebanyak mungkin atau hendak mengurangkan kemalangan jalanraya serta melicinkan perjalan trafik? Kalau prioriti kerja polis trafik sudah terpesong, pasti masalah kesasakan jalanray ini akan semakin teruk dari tahun ketahun.

Tuesday, October 16, 2012

Masalah Pakatan Keadilan, PAS dan DAP -suatu pandangan.

Bolehkah Parti Islam Berjalan Seiring dgn DAP dan Keadilan? Kalau Barisan Nasional berjaya menggembelengkan kepentingan politik kaum Melayu, Cina, India dll untuk memerintah negara sekian lama, tidak ada sebab Pakatan Keadilan, PAS dan DAP, tidak boleh buat begitu. Pada masa ini tampak konflik kepentingan yang amat besar dalam Pakatan, iaitu antara PAS dgn agenda hudud yang sudah diencerkan, dengan minat DAP untuk menubuhkan negara sekular. Keadilan nampaknya terus membisu saja dlm perkara itu.
Apakah syarat pengembelengan minat politik itu? Pakatan kena belajar dulu dari Barisan Nasional. Antara syarat2 yang jelas - tiap2 parti lomponen tidak boleh membuat tuntutan yang terlalu eksterim hingga tidak dapat diterima langsung oleh rakan2 yang lain; mesti ada tolak ansur dalam tuntutan masing2,mesti ada persefahaman implicit bahawa pemimimpin3 sesatu parti tidak akan mengeritik pemimpmpin2 dalam parti komponen yang lain, mesti ada kesefahaman aa mengenai cara pembahagian kerusi dalam pilihansraya supaya tidak berlaku rebutan yang boleh membunuh semangat kerjasama dan mesti ada halatuju am yang dipersetuhui bersama, yang mengatsi kepentingan2 yang lebih kecil dan remeh.
Apakah syarat2 begitu dapat dipenuhi oleh Pakatan KPD (Keadilan, PAS dan DAP0? Adakah jalan supaya agenda hudud dapat disatukan dgn minat penubuhan negara sekular DAP?Dapat pulakah minat Keadilan untuk mengurang semua cukai dan menmbah peratusan pembayaran royalti minyak kepada negeri2 pengeluar minyak diterima oleh PAS dan DAP? Dalam menekankan kepentingan masing2 , usaha untuk mengintegrasikan semua kepentingan ini nampaknya tidak dijalankan langsung. div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
Jalan itu pasti ada jika dicari dengan semangat tolak-ansur. Undang2 hudu misalnya cuma untuk warganegra Islam manakala kepentingan warganegara beragama lain tak terjejas langsung. Tidak seorang warganegara bukan Islam yang mungkin kehilangan tangan jika hukuman potongtangan dikuatkuasakan terhadap orang2 Islam. Tuntutan sekularisme oleh DAP pula tidak akan menjejeskas perjalanan Undang2 Syariah bagi umat Islam. Undang perbankan pula tetap sekular pada keseluruhannya kecuali yang melibatkan riba untuk umat Islam. Pasti peratoran alternatif untuk umat Islam itu dapat dilaksanakan tanpa menjejas peradsotran2 lain. Parti Keadilan tentunya perlu meneliti sistem cukai sekarang dalam menentukan kesannya pada lutipan hasil negara. Bayaran royalti juga perlu dikaji supaya Kerajaan Pusat tidak kehilangan sumber pendapatan dan Kerajaan negeri mendapat bahagian yang lebih adil. Memang banyak sekali kerja-kerja integrasi dan adaptasi kepentingan politik yang perlu dijalankan, yang mana lebih mendesak dari perang mulut antara pemimpin2 parti yang berbalah. Pakatan harus belajar untuk mengintegrasikan kepentingan2 dalam yang berkonflik dulu sebelum dapat pemngintegrasikan kepentingan2 rakyat.

Tuesday, September 25, 2012

Islam Kena Hina Lagi.....

Dunia Islam bergoncang lagi dengan penghinaan baru yang dilakukan melalui filem 'Innocence of the Muslims'
yang menghina Rasulallah SAW. Saya tidak sempat hendak melihat filem itu di u tube tapi begitu banyak yang diperkatakan, tentangan dan reaksi liar yang telah berlaku di Pakistan, oleh msyarakat Islam di US dan juga di Paris. Malaysia pun hebuh juga, dengan tunjuk perasaan dan desakan di facebook supaya filem itu diharamkan dari u tube. Saya telah melayari u tube dan melihat beberapa komentari mengenai Rasulallah SAW mengikut pandadangan penulis dan tokoh2 politik dan agama dunia. Nampaknya baik2 belaka terutama pandangan George Bernard Shaw yang menyata kan Rasulallah adalah pemimpin sejagat. Tidak ada pulak yang menimbulkan kemarahan. Mungkin u tube yang disiarkan sudah ditapis....
Amerika Syarikat telah menafikan bahawa keraaan menyokong atau terlibat dalam pembikinan filem itu. Ia dikatakan dibuat oleh sekumpulan manusia yang kurang siuman atau bertujuan jahat. Tapi pehak media teruw memberi ruang yang luas bagi meneruskan perbalahna mengenai filem itu. Dgn perbalahan dimedia, filem itu malah dtelah menjadi lebih masyhur dan populer.
Ternyata masyarakat Islam sedunia amat dhaif tidak dapat menentang penayangan filem itu secara tegas dan resmi. Malah ada gambar yang menunjukkan sebuah panggung wayang yang menayangkan filem itu telah ranap dan musnah. Tapi akibat gempa bumi. benar atau tidak, wallahu alam. Seperti biasa bantahan umat Islam hanya dalam bentuk kutukan dan tunjuk perasaan atau rusuhan yang merugikan masyarakat islam sendiri atau mengakibatkan orang2 Islam sendiri terbunuh. Walaupun kedutaan US di Pakistan telah diserang dan ada pegawai kedutaan yang mati, ia bukan merupakan protes yang resmi dan teratur. Ia lebih merupakan suatu insiden keganasan. tidalk banyak perbincangan mengenai hal itu semua difb. Agaknya peminat2 fb kita masih seronok bersantai dan berbual kosong saja dari memperkatakan sesuatu yg serius. Bantahlah disini jika sangkaan saya tidak betul.

Thursday, January 26, 2012

Cerito-cerito Kosong...


Macam biasa blog dlm bahasa Melayu kurang dapat perhatian kecuali kalau menyentuh soal politik dan banyak memaki hamun politikus2 tertentu di dua-dua belah pehak. Apa yang say perhatikan di dalam facebook-facebook kita ialah perbualan kosong, meracau dan meraban untuk sukakan hati dan berhibur. Tentunya tak salah. Tapi apakah itu saja yang penting?

Bilakah masyarakat pering akan umbi iaitu kita semua, nak menyatakan pendapat dan perasaan mengenai karenah pemerintahan dan birokrasi di negeri ini tanpa mengutuk tokoh2 tertentu yg boleh membuatkan kita disita. Tak perlu pikir dalam-dalam, berfalsafah dan cuba jadi pensyarah. Cakap je apa yang dirasakan tetapi atas tajuk-tajuk tertentu dgn pandandangan yang tertumpu pada hal itu, bukan merayau sekeliling alam.

Dahlah itu saja pesanan kali ini. Lantaklah bermain facebook, tapi kalau kebolehan menulis terdhad kepada sepatah dua kata dan penuh dgn wakakaka, hik2, perg, gilos, labiu dan sebagainya tanpa melatih kebolehan menuliskan pendapat dengan jelas dan terang, facebook takkan membina kebolehan menulis dengan tegas danberani. Salam hormat.