Tuesday, May 26, 2009

warna warni

Dunia ini penuh warna warni. Cuma kita tidak sedar atau nampak perubahan-perubahan warna itu. Hanya kamera dan imaginasi yang dapat merakamkannya seperti berikut:




Dunia ini penuh warna warni. Cuma kita tidak sedar atau nampak peruban-perubahan warna itu. Hanya kamera dan imaginasi yang dapat merakamkannya seperti dalam gambar-gambar di atas.

Pemandangan Untuk di abadikan


Memang banyak sekali pemandangan di pantai-pantai tanah air yang amat menarik. Tapi kita imbas saja kemudian lupa. Aku cuba abadikan beberapa pemandangan di pantai Port Dickson dan Pulau Langkawi. Cubalah teka di mana dan ingatkan jika anda pernah ke situ tapi tidak menyedari keindahan yang terpampang di mata.




Gambar akhir ini telah diedit sedikit tapi tetap menunjukkan suatu pemandangan yang menarik nafas.

Monday, May 25, 2009

Sekejap di Langkawi


Aku telah menyertai isteri dan anak ke Langkawi pada 22 Mei.Dia org hadiri kursus pendek hujung minggu, aku mengulangkaji
bahasa Arab, baca novel Ken Follet 'World Without End" (1237 ppg) dan tumpang makan bersama dgn peserta-peserta kursus.
Terkenang masa berkursus dahulu, penuh gelak ketawa dan jenaka. Masih begitu rupanya dan aku turut seronok.
Aku pun ikut serta naik Bukit Mat Cincang, naik kereta kabel dan menyeberang jembatan gantung.

Inilah gambar gadis-gadis comel Jabatan Perumahan Negara cuba berenjut atas jembatan itu. Tapi sempat juga posing gila.

Thursday, May 21, 2009

Party



Berapa kalikah kita sudah menghadiri parti dan keramaian? Tentu sering sekali. Tetapi berapa kali pula kita mengadakan parti keluarga - parti untuk ahli-ahli keluarga bagi merapatkan silaturrahim, mendekatkan yang jauh dan memesrakan yang dekat. Mungkin ini lebih membahagiakan hidup.

Monday, May 18, 2009

Lepak dengan Baby



Kita selalu buang berjam-jam kerana lepak dengan kawan-kawan, dengan pakwe atau dengan makwe. Tau tak bahawa lepak dengan baby macam ni lebih menyeronokkan. Cakaplah apa saja, Dia cuma senyum, ketawa dan kalau dia bosan menangis. Beri susu dan boleh lepak lagi. He, he.

Saturday, May 16, 2009

Bual Keluarga



Sesudah anak-anak kita besar dan bekerja, susah nak dapat berbual-bual kosong bersama pada pagi minggu, Pagi ini kami dapat berbuat begitu dan memang membuka minda dan hati. Masing-masing punya falsafah hidup yang membuat kita rasa tua serta ketinggalan waktu. Abang yakin usahawan-usahawan Melayu tidak mendapat pengalaman dari jual barangan tepi jalan, hingga punya kedai sendiri dan akhirnya mengurus kilang-kilang sendiri. Ramai yang sudah kayaraya kerana peluang yang diberi oleh Kerajaan dan bukan kerana titik peluh dan perah otak dari kuli hingga menjadi CEO. Adik pula yakin orang Melayu banyak yang berpandangan negatif, tidak menerima segala ujian sebagai cabaran untuk menguji kebolehan sendiri dan berusaha mengatai kelemahan mereka.

Bagus. Dah tau masalah bangsa dan diri sendiri, carilah jalan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan itu. Kita orang sudah menjadi warga emas dan cuma boleh beri nasihat aje. Suruh buat apa-apa tak terdaya lagi he, he.

Mencari Pelangi




Manusia sentiasa mencari detik-detik hidup yang gemilang, penuh makna dan boleh menjadi kenangan untuk selama-lamanya.
Dalam mencari detik-detik itu kita kadang-kadang lupa bahawa perkara yang paling biasa sekali. boleh merupakan detik-detik itu. Penerimaan suatu senyuman istimewa, melihat titisan airmata seorang nennek kegembiraan, kucing menyusukan anak yang ramai dan apa-apa saja boleh menyentuh hati. Itulah yang ingin saya rakamkan dalam ruang ini - melalui kata-kata atau gambar. Cubalah perhatikan gambar-gambar di atas - ayah dan nenek dengan perasaan masing-masing sedang baby hanya menikmati kasih sayang yang diberikan.