Sunday, November 28, 2010

Blog Dalam Bahasa Menderita....

Ternyata sangat blog dlm Bahasa tak laku. Orang tak baca. Anak-anak Melayu lebih gemar main Facebook. Tak payah kata banyak dan tak payah fikir-fikir. Hentam saja apa yang sedap. Blog dalam bahasa Inggeris Dr Mahathir, Kadir Yasin, Kassim Ahmad, Mahaguru58 dll ( Rocky Bru, Bakri Musa, Big Dpg dll semua menulis dlm bahasa Inggeris saja), lebih banyak pembacanya.

Macam manalah Bahasa Melayu hendak berkembang. Kerana begitu ramai yang main Facebook dgn bahasa Melayu/Inggeris campur - bahasa rpjak - lama kelamaan bahasa Melayu akan mengikut corak perkembangan Facebook. Dalam Facebokk Anak-anak Negeri Sembila ada pulak di siapkan ruang Broken English yang paling diminati oleh warigh-warigh. Dari sikit-sikit yg ditulis dalam bahasa Inggeris ternyata grammar bahasanya lintang pukang. Ada yang dibuek-buek. Ado yang memang teruk selkali.

Tak guna tulis panjang di sini. Tak ada yang akan baca. Cuma merakakan rasa keciwa sendiri kerana Bahasa Melayu semakin menderita dalam zaman cyber ni. Bahasa Melayu rosak bahasa Inggeris jadi rojak. Apa yang tiggal ialah bahasa Fesbuk,,lebih matsaleh celup dari Melayu tulen.

Tuesday, July 6, 2010

Kepada Waghih-waghih NS

Den memang goma mengikut celoteh waghih-waghih semuo, khus yang di cambuk dek Anak-anak Ngeori 9, NB. Memang ado-ado jo modal e untuk mencuit hati dan memancing berpuluh-puluh komen. Habih modal cumo bertanyo tentang cuaco tompek masing-masing dan itu pun dapek resspon yang hangat. Elok bonalah tu dan den tak heran kalau ANS-ANB akan jadi wakil rakyat dan negolar YB. Insya Allah.

Yang kurang menyonangkan hati den, celoteh dan komen-komen tu hanya ponoh gurau dan kelakar jo, untuk mencuit hati. Untuk ketawo dan menyonggir. Itlah yang memonohi mukasuart fesbuk Anak-anak Negori 9 dan yang masuk ke dalam fesbuk eden. Memang sodap bergurau senda dan bercengkerama. Pagi sampai potang pun bulih. Cumo, orang lain banyak bincang perkaro lain yang pomting, pomtying untuk negara dan bangsa, ponting untuk maso dopan kita, ponting untuk Negori 9 sendiri.
Se tengok waghih langsung tak menyontruh perkaro-perkara cam tu, seolah-olah e kita langsung tak ambil peduli atau mali
kobau boto, Kok dunio ni runtuh pun kita tak peduli asik bergurau sondo jo. Samoai bilo kita nak jadi begitu.

Sementaro negeori-negori lain berlumbo-lumbo cari kemajuan, orang heboh bincangkan masalah masyarakat dan ekonomoney
negaro, kita asyik cerito gulai masak tempoyak, robuih ubi makan dengan sambal. lombu gomok dll. Ia ado jo mengonai buang bayi dan sikit-sikit tentang keindahan lama Negori 9 yang boleh jadi penarik pelancung. Tapi sikit bona. Kalau kita tengok Negori Melako yang jauh lobih kocik, kemajuannya eh bukan main lagi. Macam-macam tompek pelancungan yang ado. Kita Podeksen
yang cantik dan terbontang luas tu pun belum ponoh dengan aktiviti-aktivi pelancongan. Ado maso e kosong jo, Pusat paraglidng do Jempol berapa ramai yang kona, yang turt memajukan walaupun ado pelawat darti negori-negori lawan yang datang main paragliding di situ.Bukit putuh boleh digunokan untuk macam-macam sukan macam lumbo kereta, menaki gunung, jungle tracking dll. Kenapo masih tak maju, tak ternamo? Ulu Bodur tu aju nampak e tapi air e koruh jo. Kalau orang luar ngeori datang nak mandi, tonto tak tegamak nak masuk kedalam kolam tu.

Cuba-cubalak kita mukak minda sikit dan bincang pekaro-perkaro yang ;obih berfaedah dari cong-cong kosong. Memang sodap lepak kososng dan befurau-gurau tu, Den pun paling suka tapi sekali sekalo elok gak kita cakap hal serius sikit supaya orang lain tak kati: " Hm orang negori, Asik bergurau dan berjenako jo. Lombu di kadang di curi ghjimau pun tak tau." Tentu paneh telingo kalau kita donga kato2 macam tu kan?

Tulah. Den cadangkan ANS-NAB cubalah bawak tajuk-tajuk yang ado kepontingan pembangunan dan kemajuan anak-anak negori 9 sikit. bukan untuk eseng2 mulut atau untuk gurau sondo jo. Membibih warigh-warigh bori komen tapi semua e untuk jadi bahan ketawo jo, tidak negasah otak atau menajamkan intelek. Takut lamo-lamo warigah2 kita jadi tukang lawak jo. menulih dengan bahaso yang boto pun tak bulih. Siapo yang malu nanti? Siapo yang rugi?

Minta maaflah den berkato toruih torang. Den sayang kek Negori 9 dan watigh-warigh semuo. Kalau oghang luar mengejek sakit hati den. Biarlah kita ejek diri sendiri durlu kan, jangan oghang luar yang mengejek. Sekian. Timokasih.

Wednesday, June 16, 2010

Suatu Sikap Orang Melayu Yg Merugikan

Telah banyak yang diperkatakan mengenai sifat-sifat orang Melayu yang menyebakan masyarakat Melayu pada keseluruhannya susah mahu bersaing dengan bangsa asing dalam mencari kemajuan ekonomi.Mereka pernah dikatakan "pemalas", mempunyai sikap "tidak apa" atau "tidakpathy", "tidak suka menolong orang lain", tidak suka jika orang lain lebih maju dari mereka" dan sebgainya. Sama ada semua ini benar atau tidak, tidak menjadi soalan. Yang penting semuanya sedikit sebk menyebabkan setelah lebih 50 tahun merdeka, orang Melayu masih belum dapat menandingi masyarakat keturunan asing dalam mencari kemajuan ekonomi.

Sebelum memepersoalkan kenapa cubalah kita perhatikan masalah tidak suka menolong orang lain itu dahulu atau tidak suka melihat orang lain (bangsa sendiri) lebih maju. Antara faktor-faktor yang melibatkan lahirnya sikap itu mengikut pandangan saya adalah kerana diri sendiri belum cukup, hati belum dapat menerima akikat rezki orang takkan dapat dek kita dan rezki kita takkan pergi kat orang. Belum ada sifat kinaah, puashati dan redha dgn apa yang diberi Allah pada diri sendiri.

Dengarlah cakap-cakap orang sekeliling, siaran radi dan tv dan bacalah surat-surat khabar. Orang Melayulah yang hebuh mencela, mengumpat, mengutuk dan menghentam perbuatan pemimpin bangsa sendiri. Pemimpin-pemimpin dari keturunan asing buat macam-macam, no comment. Buat duit bertan-tan, no comment. Beri kontrek kerja kepada kaum sendiri, no comment. Lantik kaum keluarga jadi itu dan ini, no komen. Orang Melayu, jangan sila[p sikit, basah kepala kena ludah. Kita lupa perpatah: Tepuk air dalam dulang, terkena muka sendiri.

Sebab tu bany7ak perkara orang Melayu nak buat tak jadi. Belum apa-apa dah hebuh, riuh kena kecam dan kena keji. Orang lain buat senyap-senyap tiba-tiba warung tepi jalan dah jadi kompleks beli belah, kolej kecil dah jadi universiti dengan nama
peribadi sendiri, tempat peranginan dah jadi sebuah negeri sendiri, lorong jual minuman ringan jadi Petaling Street atau Little China yg hebat. Melayu semua hilang. Dulu ada pasar malam hebat di Kg Bharu, dah hilang, ada bas Serijaya dah hilang, ada
Kg Melayu di PJ dah hapus oleh bangunan perniagaan bangsa asing yang lebih hebat.....

Dahlah, Panjang cerita tak guna. Nampaknya kita akan selama-lamanya jadi bangsa yang pandai mengumpat, mencaci, mendengki, mengutuk dan menjatuhkan kaum sendiri. Janganlah salahkan orang lain.

Thursday, June 10, 2010

Menyatukan Umat Islam di Malaysia.

Setiap kali ke Masjid di KL ini, saya perhatiankan umat Islam sembahyang bersama tanpa apa-apa pergeseran. Semua pergeseran berpunca dari partisan politik dan ketua-ketua masyarakat yang mengadu-dombakan pengikut-pengikut mereka untuk meneguhkan pengaruh sendiri.

Punca salah-faham kedua mungkin kiblat ikutan beragama. Bukan kerana perbedaan mazhab sangat kerana mazhab Syafi'e menjadi ikutan am, atau mazhab as-Sunnah wal-Jemaah. Yang boleh menjadi perbalahan ialah perkara-perkar furuk (cabangan hukum) dan interpretasi sesuatu amalam berdasarkan hadith atau nas al-quran tertentu. Jika interpretasi hadith atau nas itu berlainan maka sudah tentu ada yang sah dianggap batil dan yang batil dianggap sahih. (Misalnya apakah tersentuh perempuan tanpa sengaja membatalkan air sembahyang bagi org lelaki? apakah loteri kebajikan itu haram? adakah BSN itu haram? dll).

Hukum Islam mudah sahaja. Jika ragu-ragu tinggalkan atau jauhi. Kerjakan yang yakin saja dan selainnya bertanya kepada yg alim.Soalnya Mualim yg mana? Pilihlah yg pendapatnya berasaskan nas-nas yang sahih dan dapat disemak sendiri, Suruh anak-anak atau cucu-cucu yang bijak menyemaknya jika tidak upaya berbuat sendiri. Kadang-kadang mereka paling gembira jika kita yang bertanya pada mereka dan minta 'panduan' mengenai sesuatu.

Tanpa pemisahan kerana perbedaan parti politik, perpecahan ikut ketua, permusuhan mengikut prejudis dan syak-wasangkan akibat ikutan atau fahamasn cabang-agama tertentu ( mungkin juga ajaran sesat!), umat Islam di Malaysia ini TIDAK akan berpecah belah seperti sekarang. Ada yang berbaik-baik tapi berpisah jalan bila melihat ketua, takut dicap lompat pagar. Dunia dan kepentingannya yang memisahkan umat: bukan mazhab seperti dulukala. Banyak yg tidak psti mazhab apa yang mereka ikut. Tapi mereka tau ketua mana dan parti apa yang mereka sokong.

Oleh itu jika kepetingan dunia dan periuk nasi ini dapat dipisahkan dari kepentingan agama dan beribadah, penyatuan umat Islam akan menjadi amat mudah. Semua yang kita lakukan atas nama amal ibadah adalah sama ( cuma ada cara yg sedikit berbeda seperti menyimpul tangan waktu berdiri sembahyang, cara menuit telunjuk waktu membaca attahiya dll), kecuali jika mengikut lain mazhab samasekali. Itupun tak p[erlu bergaduh seperti di Mekah al-Mukarramah. Buatlah ikut keyakinan sendiri dan hoirmati pula keyakinan orang, Tidkakah mudah begitu?

Senang sekali untuk umat Islam bersatu TANPA hasutan politik, syitan yang jadi pengacau. Salah syitan itukah? Tidak. Itu tugas dia mengikut perjanjian dengan Allah yang membenarkan ia hidup selama-lamanya manakala hidup manusia- Khalifahnya di bumi- hanya sekejap. Syitan hanya menjalankan tuga, MANUSIA YANG LEMAH DAN HANYA MENGIKUT. Dari sejak Nabi Adam alaihisalam ditipu hinggalah sekarang.

Tidakkah parti-parti politik orang-orang Islam itu sendiri dapat merapatkan jurang pendirian dan menyelaraskan fahaman, Tentunya payah kerana ia bergerak atas dasar kepentingan duniawi, jasmaniah, keangkuhan diri, keperluan menang pilihnaraya untuk menguasai Dewan Undangan dan Parlimen, keperluan mendapat sokongan - biarpun terpaksa main kung kelikar dan menipu. Hukum dharuri dalam Islam, melibatkan soal hidup mati ( biarpun hidup mati parti bukan individu), membolehkan hal itu. Tapi sesudah itu, tidakkah boleh surut semula kepada jalan yang benar. Tak boleh sekaligus, buatlah perlahan-lahan asalkan BERTERUSAN. ALLAH SUKA YANG BERTERUSAN BIARPUN AMALAN YG SEDIKIT.

Sebenarnya rasa keagamaan akan membawa ahli-ahli politik itu sendiri kepada arus yang sama. Yang memisahkan jalan ialah manusia dengan kepentingan individunya. Pemimpiun-pemimpin yang mempunyai agenda persendirian, bukan nekenegaraan kerana agenda kenegaraan ( usaha menuju kebaikan untuk rakyat dan negara) tentu banyak persamaanya walau disusun oleh mana-mana parti pun. Yang baik tetap baik ikut agama Islam. Lainlah jika sudah ikut ajaran asing.

Bagaimana pun penyatuan manusia politik tetap lebih susah dari penyelaranan perjuangan parti yang berlunaskan agama Islam. Cara-caranya ada. Biarlah hal itu dibincangkan pad alain masa jika ada pehak yang berminat. Ulil Amri kita tentu berasa bahawa mereka lebih tahu. Tapi fikiran mereka selalu buntu kerana hanya melihat suatu lorong - kemenangan untuk parti, jika kalah mereka mati. Tidak, masih boleh ada kemenangan dalam kekakalahan dan kekalahan dalam kemenangan. Begitulah luasnya ilmu agama Islam.

Wednesday, May 26, 2010

Bloggers Bahasa Malaysia Amat Kurang...

Semakan am saya terhadap blogging di Internet menunjukkan bloggers dalam bahasa Inggeris lebih ramai. Ruangan komen pula penuh dengan bahasa rojak, campur, apalagi dalam Facebook. Belum ada survey yang dapat memberi perangkaan lebih pasti.

Lalu saya semak newspaper cirulation di Malaysia. Perangkaan paling akhir dibut oleh Audit Bureau of Circulation Malaysia (ABC) yang dipengerusikan oleh En. Peter A. Das dlm tahun 2007, menunjukkan edaran telah meningkat kepad 2,8 juta (semua bahasa).
Dalam Klang Valley yang menguasai 43% dari seluruh edaran di negara ini, 43% dikuasai oleh surat khabar bahasa Inggeris, 32% bahasa Cina dan hanya 25% bahasa Melayu. Padahal rakyat Bumi lebih 60%.

Kesimpulan, orang Melayu amat kurang yang membaca surat khabar bahasa Melayu. Mereka lebih suka membaca akhbr Inggeris. Ini samalah dengan penulisan dan pembacaan blogs dalam Internet. Bahasa Melayu lebih banyak digunakan dlm FB yang tiap-tiap entry terhad kepada 4-10 perkataan. Paling banyak ialah dlm bahasa ROJAK. Rojak itu pun lebih banyak ingredient Inggeris, bukan ingredient Mamak macam rojak yang paling disukai oleh orang Melayu.

Bagaimanakah harapan masa hadapan BM kalau macam ni?

Sunday, May 23, 2010

Nasionalisma dan Perkauman

Sudah lama tidak ada entry baru di ruangan ini kerana tidak ada respon yang boleh memberi dorongan. Ternyata blog dlm bahasa Inggeris lebih mendapat perhatian dari blog dalam Bahasa Malaysia - Bahasa Melayu sendiri,

Ada dua kesimpulan yang boleh dibuat. Kawan-kawan yang membaca tidak begitu berminat berbertukar pendapat dalam Bahasa Melayu atau mereka tidak begitu mengerti camna nak buat blog dan berbincang dlm ruangan blog. Saya cenderung mempercayai
kesimpulan kedua kerana komen-komen dlm facebook cuma pendek-pendek aja dan penuh tirubunyi ( aah, oooh, eik, perg dll,)
Kadang-kadang catitannya cuma sepatah dua. Andai ketiga, Mereka malas untuk menulis panjang sikit, Andai keempat, tak ada modal. Sebab? Tak membaca.

Jangan marah kerana semua tu andaian je. Sayang sekali jika peluang belajar menulis dalam blog tu tak digunakan. Cuma mampu
menulis sepatah dua dlm facebook aja. Kalau alasannya takut nak menulis panjang, takut tersalah, blog adalah untuk merapu. Boleh hentam apa saja asalkan bertanggungjawab dan tidak lucah.

Hari ini negeri ini penuh dengan tuduhan masing-masing keturunan bersifat perkauman. Satu pihak menuduh yang lain begitu dan terus mau turut melaung-laungkan hak kaum sendiri. Ini membuat pihak lain bimbang dan mulai pulak melaung-laungkan hak sendiri. Lalu semua kaum melaung-laung hingga boleh menimbulkan huru-hara.

Sifat perkauman tidak sama dengan nasionalisma. yang memperjuangkan hak bangsa dan negara - hak 1 Malaysia bukan hak masing-masing kaum. Nasionalisma menumpukan perhatian kepada kepentingan negara dan rakyat secara menyeluruh, bukan kepentingan masing-masing kaum. Jika kepentingan kaum sendiri saja yang diutamakan, itu bukan nasionalisme.Pemimpin politik masing-masing kaum harus sedar hal itu. Bila memperkatakan kepentingan kaum sendiri mesti ambil kira kepentingan kaum-kaum lain yang juga rakyat tanah air ini.

Itu saja yang ingin ditekankan kali ini. Tulis panjang-panjang dalam Bahasa melayu nanti tak ada yang mau membaca. Apalagi kalau mengenai Bahasa itu sendiri, Nampaknya ramai yang lebih suka membaca blog dlm bahasa Inggeris. Apa nak jadi kepada Bahasa Malaysia - bahasa Melayu, almaklum sendirilah.

Monday, April 12, 2010

Sedikit Perbandingan Nahu B.Malayu dgn B. Arab

Kita semua tahu Bahasa Melayu banyak meniru dan mengambil perkataan dari Bahasa Arab. Apakah nahu dan saraf B. Arab sama dengan B. Melayu? Atau kita lebih meniru B. Inggeris sebagai suatu lagi bahasa yang sangat mempengaruhi bahasa kita? Hal ini amat penting kerana dalam menentukan nahu yang betul, asas kita mesti tegas. Sususan ayat mengikut nahu Bahasa Arab pasti salah jika dinilai mengikut nahu Bahasa Inggeris.

Contohnya 1: Haza al-kitabu ( Ini buku) dlm Bahasa Arab adalah betul. Mengikut nahu Bahasa Inggeris itu adalah salah. Ay at itu mesti berbunyi "This is a book". Bahasa Melayu pula " Ini adalah sebuah buku" dan jika seorang pelajar menulis " Ini buku" ia mungkin sekali disalahkan.

Contoh 2: Ana Muhammad ( Saya Muhammad) dlm Bahasa Arab adalah ayat yang lengkap. Inggeris pula " I am Mihammad", tanpa "am" ayat itu salah. Dalam Bahasa Melayu kita boleh menyebut "Saya Muhammad" tetapi ayat itu mungkin membawa maksud "Saya, Muhammad!" iaitu membenarkan kata-kata Muhammad. Lebih baik jika disebut. "Nama saya Muhammad." Itu pun mungkin dipersoalkan kalau kiota mengikut nahu Inggeris. Mengikut nahu Inggeris ia mesti berbunyi. "Nama saya adalah Muhammad."

Contoh 3: Kataba Ahmad al-kitab ( Ahmad menulis buku itu) adalah betul. Terjemahan literal: Menulis Ahmad itu buku. Inggerisnya pula, " Ahmad wrote the book." Literal: Ahmad menulis itu buku." Bandingkan sebutan yang betul dalam Bahasa Melayu seperti dalam kandungan Apakah betul jika seorang pelajar menulis, " Ahmad tulis itu buku." atau "Ahmad tulis buku itu"? Kemungkinan akan disalahkan.

Contoh 4: Albintun jamilatun ( terjemahan literal: itu budak perempuan itu cantik). Dalam Bahasa Inggeris ayat terjemahan dalam ayat yang betul akan berbunyi: : " The girl is beautiful" bukan "The girl is the beautiful" seperti yg boleh kedengaran disebut secara bergurau. Terjemahan dalam Bahasa Melayu yang betul haruslah, " Budak perempuan itu cantik. Kalau 'Budak perempuan cantik" saja, tanpa "itu" adalah tidak betul.

Contoh 5: Al-kitabun ala al-maktabi ( terjemahan literal: Itu buku atas itu meja), Terjemahan Inggeris: The book is on the table. Tak boleh "on a table" kerana B.Arabnya akan berbunyi," Al-kitabun ala kitabin ( kitabin tanda tak pasti meja tertentu}.
Terjemahan Bahasa Melayunya: Buku itu adalah di atas meja. Bolehkah diterjemahkan sebagai:," Buku itu di atas meja." Perlukah diterjemahkan sebagai "Buku itu adalah di atas meja itu." atau "Buku itu di atas meja itu?" tanpa adalah.

Cukuplah setakat itu dahulu untuk menunjukkan bahawa Bahasa Melayu atau Malaysia sekarang ini mengalami kesulitan kerana pengaruh nahu Arab dan nahu Inggeris itu bercampur aduk. Ada orang suka ikut nahu Arab dari segi membuangkan kata kerja (verb-to-be) Inggeris seperti "is". "are", "was", "were" dsbnya mengikut kaedah nahu Arab. Ada yang bertegas mengikut hukum nahu Inggeris tiap-tiap ayat mesti ada kata-kerja.

Mana dia ahli-ahli bahasa kita yang boleh menjelaskan hal ini. Banyak Ahli bahasa yang saya tahu seperti Dato' Prof Dr Asmah
tidak menyentuh nahu Bahasa Arab dan lebih mengikut nahu Bahasa Inggeris. Selagi tidak ada penjelasan gaya nahu mana yang diikut, pelajar-pelajar Bahasa Malaysia akan menghadapi kesulitan.

Monday, April 5, 2010

Meningkatkan Kemampuan Bahasa Malaysia (3)

Penggunaan Sisipan dan Akhiran ( In-Fixes and Suffixes)

Sisipan ( In-fixes) dan Akhiran (suffixes) selalu dikatakan membuat Bahasa begitu rumit. Perhatikan istilah-istilah berikut: memberhentikan, memperhebatkan, berkehendakkan, berkemampuan, dipermainkan, diketengahkan, dipersenda-guraukan, memperlekehi, dipersetuji dll.

Ada dua awalan pada istilah-istilah itu: member-kan, memper-kan, berke-an dan diper-i. Awalan yang kedua itulah yang dinamakan sisipan terdiri dari ; 'ber', 'per', 'ke' dll. Fungsi utamanya ialah untuk memperkuatkan ( perhatikan istilah itu sendiri!) maksud istilah itu. Kata-kata di atas memang boleh ditulis sebagai menghentikan, menghebatkan, mampu, memain-mainkan, menengahkan, menyendaguraukan, melekehi dan menyetujui. Tetapi tenaga dan penekanannya seolah-olah hilang. Ini adalah mengikut cara pembentukan istilah mengikut bahasa Arab (Tasrif B. Arab misalnya yutafaalu yang terbentuk dari istilah faala=perbuatan). Bahasa Inggeris pula menggandakan akhiran ( misalnya 'nationalization' (mewarganegarakan) yang terbetuk dari istilah nation.)

Demikian fungsi sisipan hanyalah memperkuat atau memperhebatkan maksud sesuatu istilah. Demikian mengingatkan menjadi memperingatkan, menghebatkan menjadi memperhebatkan, memainkan menjadi mempermainkan, dikatakan menjadi diperkatakan. hentikan menjadi memberhentikan dll. Soalnya apakah susunan ini perlu dipertahankan? Tidakkah cukup dengan satu awalan saja?

Sebenarnya ada sedikit perbedaan saranan yang dibawakan oleh sisipan per itu. Mengingatkan misalnya cuma memaklumkan kepada seseorng tentang sesuatu yang mungkin terlupa tetapi memperingatkan mengandungi sedikit amaran supaya sesuatu tidak dilupakan atau dilakukan lagi. Peringatan itu mungkin pula diikuti oleh denda dan hukuman tertentu jika dilampaui. Memainkan pula selalunya diikuti oleh nama sesuatu alat bunyi-bunyian seperti memainkan biola, serunai dll. Tetapi mempermainkan bererti memperolok-olokkan seseorang atau sesuatu seperti menipu orang yang bodoh.

Tidaklah semua perkataan yang mengangdungi tambahanmemper itu membawa pebedaan makna. Tidak semua perkataan boleh menggunakan tambahan memper itu. Membaiki misalnya serupa saja maknanya dengan memperbaiki. Mempersaingkan ( meletakan dua orang atau benda dekat-dekat untung dibandingkan) tidak dapat ditukar dengan menyaingkan kerana istilah begitu jarang-jarang dipakai. Memperindahkan bermakna mencantikkan dan lain smasekali maknanya dari mengindahkan yang bermaksud ambil perhatian,.

Akhiran pula terdiri dari an, kan dan i. Fungsinya (1) mengubah kata-kerja (verb) menjadi nama-benda (noun) dan (2) menjadikan perbuatan yang dilakukan sendiri oleh subjek berubah menjadi sesatu yang dilakukan kepadanya.

Fungsi 1: buat, menjadi buatan, membuat menjadi perbuatan, suruh menjdi suruhan, lari menjadi pelarian, duduk menjadi kedudukan, muat menjadi muatan, tulis menjadi tulisan. Akhiran sebenar ialah an tapi apabila sesatu huruf berakir dengan k, bunyi sebutan akhir itu menjadi seperti kan.

Fungsi 2: Dilihat boleh menjadi diperlihatkan dengan perbedaan makna yang jelas. Dilihat adalah apa yang dibuat sendiri oleh seseorang sedang diperlihatkan dilakukan oleh orang lain kepada seseorng. Begitu juga kata menjadi mengatakan atau diperkatakan. Beda makna mengatakan dan diperkatkan adalah seperti yang telah disebutkan tadi, yang satu dibuat oleh subjek kepada seseorang manakala diperkatakan membawa disebut-sebut orang tanpa merujuk kepada orang tertentu.


Akhiran an/kan itu boleh ditukar-ganti dengan i mengikut hukum-hukum tertentu. Perhatikan beda perkataan berikut: kedudukan (tempat seseorang berada atau duduk) -didudukkan ( di letakkan seseorang atas tempat duduk atau dalam keadaan duduk) - diduduki (merujuk keadaan dimana seseorang telah mengisi suatu tempat duduk) menduduki ( perbuatan mengisi tempat duduk dengan sengaja). Lebih jelas ialah perbedaan makna antara menduduki dan mendudukkan. Menduduki sesuatu tempat bererti tinggal di situ dengan kehendak sendiri tapi mendudukkan orang pada sesuatu tempat bererti menempatkan orang di sesuatu tempat sama ada ia suka atau tidak.

Demikian penggunaan awalan, sisipan dan akhiran itulah yang memberi berbagai-bagaicorak penggunaan kepada Bahasa dengan membawakan perbedaan maksud yang halus dan tegas. Seseorang perlu mengenal Bahasa dengan mendalam sebelum boleh menggunakannya dengan tepat dan berkesan. Kehalusan Bahasa terletak pada penggunaan awalan, sisipan dan akhiran itu. Mereka yang belum mampu berbuat begitu cuma boleh menggunakan Bahasa yang asas dan kasar.

Saturday, April 3, 2010

nubhan and stacy

Inilah lagu terbaru Nubhan. Dengarkan....




Friday, April 2, 2010

Meningkatkan Kemampuan Bahasa Malaysia (2)



1.Penggunaan Awalan

Awalan (prefix) dalam BM banyak sekali. Yang biasa termasuklah be, ber,ke sebagai penunjuk arah (sendi-kata) dan sendi-nama , me, mem, men, meng, pe, pem, pen, peng, per, se (singkatan dari suatu), ter dan di sebagai sendi-kata dan sendi-nama (preposition). Ada yang digunakam dengan sendirian, dengan awalan lain lalu menjadi sisipan atau dengan akhiran (suffix) tertemtu.

Awalan be dan ber berfungsi bagi (1)menunjukkan banyak (2)membuat atau mengerjakan sesuatu (3) memberi makna kepunyaan,(4) menunjuk atau mempunyai sifat. Contohnya:
Fungsi 1: bebuahan (1), beramai-ramai, bertingkat-tingkat dll.
Fungsi 2: bertutur, berucap, berlari dll.
Fungsi 3: , berada (mempunyai kekayaan). berpengaruh, bersemangat dll.
Fungsi 4: bersendiri, bersedih, berbaloi (sifat seimbang), bertolak-ansur dll.

Be untuk menunjuk banyak jarang digunaka kerana bahasa Malaysia menggunakan ulangan seperti buku-buku, budak-budak dll. Bebuahan adalah kependekan dari buah-buahan. Selalunya kita gunakan ber diikuti oleh kata ganda: berbaris-baris, berkotak-kotak dll. Beberapa (be+berapa) selalu pula digunakan dengan nama bilangan lain seperti beberapa buah buku, beberapa keping gambar dll.

Beda be dengan ber ternyata dalam bebuahan (banyak jenis buah) dan berbuah ( perbuatan mengeluarkan buah).

Awalan ke (1)menunjuk kepunyaan sifat tertentu dan (2) menjadikan nama terbitan
Fungsi1: Kekuatan mempunyai sifat kuat ( ke+kuat+an), kecerdasan mempunyai sifat cerdas )ke+cerdas+an), kebolehan menunjukkan mempunyai upaya (ke+boleh+am) dll.
Fungsi 2: Keberanian dari sifat-nama (adjective) berani, kepandaian dari pandai dll.

Awalan me, mem, men, meng menunjukkkan perbuatan yang sedang dilakukan misalnya melukis, membalas, menyanyi, menari, membelai, mendongak,mengatur,menggali dll. Bentuk awalan sebenarnya hanya me : melihat ( me+ l), merantai (me+r), mewartakan (me+w). dan meyakini (me+y). Tapi meberubah menjadi mem, men, meng dll dipengaruhi obunyi huruf awal perkataan yang berikutnya seperti: membaca (me+b jadi mem ). memancing ( me+ p jadi mem dan p dibuang), mempamir (mem+p, p tidak pula dibuang kerana lebih tegas dari memamirkan ), mendapat ( me+d menjadi men) menjadi (me+j). menawar ( men+t), menyapa (men+s), dan mengetuk (men+k menjadi meng), menggantung (men+g), mengabaikan (men+a), dan mengeraskan (men+k menjadi meng).
Hukum ini mudah diingat jika bunyi huruf awal sebelum awalan itu disebut kuat-kuat: berikutan dengan me: me....m..baca, me...n...cari, me...ng...undi, me.. ng...kaji dsb.

Awalan pe,pem, pen, peng, dan per(1)menunjuk orang yang membuat sesuatu atau bersifat tertentu dan (2) menerbit nama dari perbuatan.
Fungsi 1:: pelari (pe+lari), perancang (pe+rancang), penulis (pe+tulis), pewaris (pe+w); pemboros (pem+boros), pentadbir (pen+tadbir). pengkhianat (peng+khianat), persahabatan (per+sahabat+an).
Fungsi 2:: peperangan (pe+perang+an), perancangan (pe+rancangan), peperiksaan (pe+periksa+an); pembelahan (pem+belah+an). pencarian (pen+cari+an), pengubatan (peng+ubat+an). perubahan (per+ubah+an). Awalan asal ialah pe tapi bila dicantunkan dengan istilah lain ia mengambil bunyi huruf awal istilah itu serti:
pemberi = pe..m..beri, penari=pe..n..nari dengan t dihilangkan, pengubat = pe..ng..ubat, perhentian = pe...r..buatan kerana peubatan (gabungan eu tak ada dalam Bahasa.

Awalan se boleh (1)menunjuk bilangan bermakna satu dan (2) menunjuk keadaan.
Fungsi 1: Sebuah, seorang. serumah, setandan dll
Fungsi 2: Sekuat-kuatnya (amat kluat), seboleh-bolehnya (sedapat mungkin), seelok-eloknya ( dalam keadaan terbaik) dll.
Penggandaan kata ini boleh disoal keperluannya kerana se sudah pun menguatkan sifat itu. Misalnya: Sebaik orang ialah yang pemurah hati dan pemaaf. Apa perlunya menggunakan sebaik-baiknya. Secantik bunga akan layu juga. Sehebat perbuatan adalah yang menggoncang masyarakat. Adalah disyorkan amalan menggandakan kata-sifat sesudah se itu digugurkan.

Awalan ter (1) menunjuk tidak sengaja atau kebetulan (2) menguatkan sesuatu keadaan dan (3) menunjukkan sifat paling hebat atau kuat.
Fungsi 1: Terbaca ( ditemui sambil membaca secara rambang), terpijak ( tak sengaja betul), tercicir dll.
Fungsi 2: Tercetak oleh ( dicetak khas oleh), terlaksana ( dilaksanakan dengan sungguh-sunguh), terpampang ( dipamirkan dengan terang). terjamin ( dijamin dengan kuat)dll.
Fungsi 3: Terbaik ( paling baik), tertinggi (paling tinggi), tercantik (paling cantik) terpanas (paling panas) dll.
(Bersambung)

Monday, March 29, 2010

Meningkatkan Kemampuan Bahasa Malaysia (1)


Penerangan: Bahasa Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak zaman Pendita Zaaba. Apakah nahu dan struktur ayat juga sudah berubah? Apaka bahasa perbualan mesti lain dari bahasa tulisan sehingga menggunakan bahasa perbualan dalam tulisan boleh menyebabkan kesalahan nahu? Tidakkah susunan dan nahu Bahasa juga perlu dimodenkan mengikut keperluan masa?

1.Penggunaan "Ada" dan "Adalah" ( Ing: "is")
Di atas meja ada sebuah buku.( Susuan ayat biasa yang betul).Di atas jalanraya ada banyak kereta. Bolehkah di tulis:
Di atas meja sebuah buku. Di atas jalanraya banyak kereta, (?)
Ini adalah (sebuah) pasu bunga. Dia adalah seorang Guru. Bolehkan ditulis:
Ini (sebuah) pasu bunga. Dia seorang guru. (?)

Ayat-ayat dalam huruf condong dgn tandatanya itu adalah tidak betul jika mengikut nahu Inggeris di mana ayat mesti mengandungi katakerja (verb). Padahal mengikut nahu bahasa Arab tidak perlu katakerja itu dalam ayat penegasan seperti "Hua mudarisun" ( Ia seorang guru).

Dalam menjawab soalan lisan 'ada' dan 'adalah' juga tidak perlu digunakan. Contohnya, : "Ini apa?" jawabnya " Ini pasu bunga." "Apakah (yang ada) di atas meja itu?" Jawabnya: "Di atas meja (itu) sebuah buku." Memang tidak perlu "ada". Begitu juga dengan soalan "Dia siapa?". Jawabnya "Dia seorang guru." ( Tak perlu "adalah')

Oleh itu ayat-ayat bertanda soalan itu tidaklah salah. Di dalam peperiksaan ia mungkin di salahkan dan ini patut dikaji semula. Kita mahu ikut tatabahasa Inggeris atau Arab?

Lain halnya dengan penggunaan ada dan adalah sebagai katakerja menunjuk kepunyaan. 'Saya ada sebuah buku" adalah serupa dengan " Saya mempunyai sebuah buku". " Ada air adalah ikan" Di sini penggunaannya memang wajib.

2.Penggunaan "oleh" (Ing: "by") dalam ayat berbertuk Pasif ( Passive mode).

Kerja itu dibuat oleh Talib. Tidak kah cukup jika disebut: "Kerja itu dibuat Talib," saja? Mengikut atoran nahu Inggeris yang memberi bentuk aktif dan pasif kepada ayat, ayat pasif mesti menggunakan "by" (oleh). Istilah itulah yang membezakan bentuk aktif dan pasif. "Talib membuat kerja itu." (aktif), " Kerja itu dibuat oleh Talib" (pasif). Perlukan hukum ini dipertahankan kerana "Kerja itu dibuat Talib' sudah cukup jelas maksudnya."Rumah itu dipecah pencuri" juga sudah jelas maksudnya tanpa penggunaan "oleh" dan menambah "i" kepada "pecah" (pecahi),( dimasuki dll.)[ Penggunaan awalan dan akhiran seperti "i" akan dibincangkan kemudian.]

Jika cara baru ini diterima istilah "oleh" cuma terdapat dalam bentuk istilah terbitan :beroleh (mendapat), memperoleh (mendapati), perolehan (yang didapati) dll.

3. Mengulang-ulangi perkataan" telah" untuk menunjuk perbuatan berlalu (Ing:past tense)
Katakerja dalam bahasa Malaysia tidak berubah bentuknya apabila sesuatu perbuatan itu dalam bentuk masa lalu. Kita hanya menggunakan telah sebagai penunjuk waktu silam. Akibatnya ia perlu disebut berulang-ulang kali. Contohnya: "Saya telah pergi ke Seremban. Saya telah bertemu dengan seorang kawan. Ia telah menetap di sana sejak ia telah bersara. Rupanya telah bertambah tua dan ia telah tidak boleh berjalan dengan tegap lagi." Terdapat enam telah dalam petikan itu. Tak bolehkah kita gunakan satu telah saja pada ayat pertama dan yang lainnya digugurkan?Lantas petikan itu menjadi: "Saya telah pergi ke Seremban. Saya bertemu dengan seorang kawan. Ia menetap di sana sejak bersara....(dll)" Ini akan memadatkan karangan selain usaha mencantumkan ayat-ayat pendek itu.

Wednesday, March 24, 2010

Membaca dan Menulis: Si Luncai dgn Labunya.

Aku tidak tau sama ada blog dlm bahasa ibunda ini dibaca atu tidak oleh nak-anak buahku dan mereka yg berminat. Tidak ada sebarang response yang dapat ku jadikan panduan, biarpun yg mengatakan mereka tidak suka padanya. Tidak seperti blogku dalam bahasa Inggeris. Nak dikata tidak jumpa, mereka sentiasa berceloteh di dalam facebook.

Masalah anak-anak muda tidak suka membaca buku ilmu pengetahuan, cuma suka majalah-majalah hiburan dan bacaaan rengan atau sekarang ini novel-novel cinta remaja, sudah bnyak diperkatakan. Malah Kerajaan sedang berkempen untuk menggalakkan rakyat membaca.

Buat saya, tak guna menyuruh orang membaca kalau mereka tidak mau. Orang yang ingin membaca ialah yang perlu mencari dan menggunakan idea dan maklumat untuk menulis atau memberi ceramah, kuliah dll. Untuk berlepak kosong, tidak perlu idea dan maklumat-maklunat berasaskan fakta. Cukup dengan gosip dan cerita-cerita liar. Idea-idea baru dan maklumat-maklumat menarik cuma berguna dan berharga jika kita mahu mengadakan dialog atu interlokusi dan interaksi intelektuil dengan orang-orang yg suka bicara begitu.

Untuk lepak harian baca surat-surat khaba, majalah-majalah ringan dan novel-novel picisan serta tengok TV dan dengar radio sudah lebih dari cukup. Buat apa 'buang masa' membaca yang berta-berat. Kalau di internet, baca rintihan kawan-kawan di face book sudah cukup. Laungkan sepatah dua kata atau komen, sudah memuaskan dan tunggu reaksi kawan-kawan yang membalas pul dengan laungan sepatah dua kata. Itu sudah boleh membuat ramai duduk berjam-jam main komputer.

Aduh.......aku juga suka buat begitu. Tapi ada juga perkara-perkara serius yang mesti dibicarakan. Untuk otak dan fikiran. Aku hanya berharap supaya anak-anak muda sekarang bisa juga berfikir serius mengenai bangsa dan negara, Jika tidak nanti tenggelam dalam facebook internet sedang facebook kenegaraan dan bangsa dimonopolize oleh org lain.

Bacalah buku-buku dan tulisan-tulisan serius untuk menyertai polmik dan dialog mengenai perkara yg menyentuk masadepan negara dan msyarakat. Atau mahu jadi si luncai yang terjun dengan labu-labunya.

Saturday, March 20, 2010

Gambar-gambar Pelik menunjukkan kebesaran Allah

Aku telah melayari internet mengenai Rasulallah dan telah menemui beberapa gambar mengenai barang-barang kepunyaan Nabi SAW seperti serban, baju dan selipar/kasut baginda serta gambar-gambar pelik yang membayangkan kebesaran Allah SWT.

Kali ini biarlah aku perlihatkan 3 dari gambar-gambar itu. separuh dengan penerangan sendiri dan separuh tidak ada. Apakah pendapat kita mengenainya?




Gambar kedua (ikut susunan dlm blog ini) ialah mengenai pohon-pohon kayu di Germany yang membentuk kalimat Lallaha illallah. Banyak orang Jerman telah memeluk agama Islam selepas fenomina ini berlaku. Bila dan di mana wallahu alam. Gambar pertama mengenai pohon kayu yang membentuk gamar orang rukuk. Yang ketiga gambar batu yang terapung diudara, kononnya batu ini hendak mengikut Rasullah naik ke langit waktu mikraj tapi tidak diizinkan sesudah mulai bergerak. Wallahu alam.

Thursday, March 18, 2010

5 Rukun Untuk Rakyat Malaysia

Sesudah 52 tahub nerdeka, Malaysia mengalami banyak perselisihan faham antara rakyat berbilang kaum. Ini mungkin di dorong perbedaan fahaman pollitik yg kian matang kian merunching. Kita ada Rukunegara yg mampu menjadi pengekang hubungan antara kaum tapi rupa-ruoanya tidak cukup. Kita perlu rukun-rukun lain yg asas.

Maka dirumus dan diturunkan di sini 5 Rukun yg sedia ada dalam masyrakat ini tapi tidak mendapat penghayatan sewajarnya. Mungkin elok dikondensasikan untuk rujukan dan renungan semua semua:
Rukun Iman (Untuk Kaum Muslimin)

percaya kepada tuhan
percaya kepada rasul-rasulNya
percaya kepada kitab-kitab Allah
percaya kepada hari kemudian
percaya kepad qada' dan qadar.

Rukun Islam
mengucap dua kalimat syahadah
sembahyang lima kali sehari semalam
puasa dalam bulan Ramadhan
membayar zakat
naik Haji ke Mekah

Rukun Agama lain
mempercayai Tuhan masing-masing
berbuat baik sesama manusia dan menjauhi kejahatan
tolong menolong antara satu sama lain
mencari keredhaan Tuhan masing-masing dan menjauhi kemurkaanNya
membersihkan jiwa untuk hidup di alam baqa

Rukun Masyrakat (Untuk Semua Kaum dan Agama)
berbaiksangka antara jiran dan sesama ahli masyarakat
menjaga kemuliaan dan menghormati agama-budaya masing
berinteraksi secara aman dan damai
mendahulukan kepentingan masyarakat lebih dari kepentingan diri perseorangan
menyedari nasib bersama dalamsatu masyarakat.

Rukunegara
percayaan kepada Tuhan
kesetiaan kepada Raja-Raja dan Negara
keluhuran Perlembagaan
kedaulatan undang-undang
kesopanan dan kesusilaan

5 RUKUN ini ternyata kait mengait dan kukuh mengukuhi antara satu sama lain seperti kaum-kaum yang membentuk masyarakat Malaysia yg majmuk.Rukun ketiga dan ke empat tidak pernah dirumuskan dimana-mana dan adalah cubaan penulis untuk merumuskannya. Ia pasti boleh diperbaiki dan diperbetulkan. Yang penting, jika kelima-lima RUKUN itu dapat diguna-pakai dan di muliakan oleh semua pehak, pasti masyarakat kita akan menjadi lebih kukuh dan negara lebih aman dan stabil.

Friday, March 12, 2010

Paradigma Baru dan Perubahan-Perubahan Dasar Dasar

Banyak sekali perubahan-perubahan dasar dan 'model' kerja serta approach pembangunan yang sudah dan akan diistiharkan oleh Kerajaan sejak perubahan kepimpinan utamanya. Mantra 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan', slogan 1 Malaysia, dasar Meritocracy, dasar Pelaburan Asing tanpa syarat ekuiti 30% untuk Bumiputera, sistem IPTA dan IPTS dalam memberikan peluang mendeapat pendidikan tinggi, penghapusan berbagai-bagai jenis subsidi, penggunakan sistem NKRA dan KPI dalam penilaian kamajuan kerja dll. semua sudah diistiharkan. Hujung bulan Mac 2010, model ekonomi baru akan di istiharkan dan tidak lama lagi RMK11 pula akan dilancarkan.

Semua pehak pelaksana, Pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengimlementasikan semua perubahan-perubahan ini tentu PENING KEPALA. Apalai dengan gesaan yang tak putus-putus untuk tukar sikap, buat keputusan dengan cepat, dan bertindak secara innovatif dan kreatif. Memandangkan perkhidmatan awam mempunyai peratoran-peratoran kerja, perintah am dan surat-surat pekeliling yang bertimbun-timbun untuk di patuhi- kalau tidak nanti kena tindakn disiplin -
hanya yang betul-betul berani dan bersifat non-conformist akan berani bertindak mengikut initiatif sendiri.

Tambahan lagi, amat jelas dalam perkhidmatan awam, orang yg patuh mengikut perintah, angguk atas apa saja yg disuruh baik betul atau tidak, adil atau tidak, sentiasa mengipas buntut boss, itulah orang yang cepat naik pangkat, yang disambung khimat mereka secara kontyrek berkali-kali, walaupun sudah melepasi umur bersara. Yang punya pendirian sendiri, menggunakna otak dan pertimbangan sendiri, menggunakan initiatif dan daya innovasi dan kreatif sendiri, selalu jadi mangsa tuduhan keras kepala, tak ada team spirit, dan mahu menjadi 'smart alex' yang dicemuh.

Peerubahan model bertindak, sikap dan dasar-dasar yg telah diistiharkan oleh regim pentadbiran baru membawa implikasi yg amat banyak - yang sudah tentu belum pernah dikaji atau diteliti. Ia menghapuskan banyak asas-asas pentadbiran mengikut Dasar Ekonomi Baru, Penyusunan Semula Masyarakat, Penghapusan Jurang Pendapatan antara yang kayai dan yang miskin,
peningkatan ekuiti Bumiputera kepada 30%, pengaghian semula (redistribution) hasil dari pertumbuhan kekayaan negara (bukan hak yg sudah dimiliki oleh masing-masing kaum), menaikkan taraf hidup luarbandar dll. Penghapusan asas-asas yang telah menstabilkan negara itu boleh merosakkan imbangan yang sensitif, yang amat dijaga pada zaman DEB dulu.

Sudah menjadi adat kemajuan masyarakat, apa yang terhapus tidak akan dapat diujudkan kembali tanpa menimbulkan berbagai-bagai rungutan dan bantahan. Di sinilah timbulnya bahaya membuat berbagai-bagai perubahan dasar atau paradigma tindakan tanpa kajian yang teliti tentang akibat-akibat tiap-tiap satu perubahan itu. Misalnya kuasa Yang Dipertuan Agung untuk menghalang rang undang-undang yg tidak dipersetujui untuk menjadi undang-undang, telah pupus dan tidak dapat dikembalikan lagi, Lagi pun perubahan jika hendak berkesan mestilah dibuat sedikit demi sedikat, bukan dilonggokkan sekaligus. Ia adalah ibarat menukar sistem aliran jalan raya diberbagai-bagai tempat dan simpang dengan sekaligus. Sudah tentu akan berlaku traffic jam yg gila dan huru-hara.

Adalah harapan kita supaya kita lebih hati-hati dengan perubahan paradigma dan dasar-dasar yang telah mengambil berpuluh-puluh tahun untuk dibina memandangkan kedudukan perimbangan ras yg amat sensitif dinegara ini. Menukar dan menghapuskan yg lama amat senang. Mengubati penyakit baru yang akan timbul mungkin amat payah dan hari ini banyak penyakit-penyakit itu sudah mulai menunjukkan kepala hitamnya. Mengeluarkan dasar baru untuk mengubati tiap-tiap penyakit yang timbul bukanlah cara penyelesaian masalah jangka panjang yang bijak.

Wednesday, March 10, 2010

MENGARANG LWN LEPAK

Sesudah mengikuti blog dan facebook di internet ni begitu lama, saya rasa kurang senang dgn kebolehan waris-waris kita menuliskan pendapat dan perasan mereka dgn jelas. Lepak-lepak style, cakap je apa teragak, memang boleh, Itulah yg banyak dlm facebook. Tapi tulis secara mengarang sikit, dengan pemikiran dan menyelipkan pengalaman dan analisa pengalaman berguna....amat kureeeeng.

Ini BUKAN CACIAN tapi suatu tuduhan (indictment) terhadap kelemahan sistem pendidikan kita, khususnya dlm hal mengajar cara mengarang. Sistem peperiksaan secara objektif TELAH MEMBUNUH kebolehan menulis secara kreatif. Akibatnya: anak-anak muda kita boleh lepak sampai pagi, Suruh menulis mengenai sesuatu perkara....dua tiga ayat, kering.Bila dah kerja, dah terlalu sibuk untuk menulis panjang dan kreatif. Demikian bangsa kita rugi; buah fikiran dan tanggapan hidup anak-anak bangsa tidak dapat dirakamkan untuk dibaca dan dikaji bersama.

Mengarang lain, lepak lain. Lepak main hentam saja apa yang terpikir, ada hubungan antara satu dan lain atau tidak tak kira. Cubalah baca komen-komen dlm facebook. Ini bukan salah. Seronok membacanya. Tapi, kalau sesuatu pendapat itu dapat dikemukan dengan teliti, tersusun dan ada kesimpulan yang dapat dikongsi, alangkah bergunanya.Bertambah kayalah sastera lepak kita macam sastera lisan dulukala, hehehe.

Tak bolehkah cikgu-cikgu Bahasa beri sedikit panduan dlm internet ini mengenai cara nak mengarang? Dalam buku atau kuliah dalam kelas, ramai tak dengar. Formal sangat. Di sin boleh main hentam kromo saja disisip dgn jenaka, ajalkan berguna untuk panduan. Biarlah saya beri satu dua contoh.

MENCARI IDEA UNTUK JADI SUBJEK BUALAN. Benda ni banyak timbul dalam cit-cat fb. Tapi komen yg dibuat cuma sepatah dua. Memanglah tak boleh panjang-panjang dlm fb. Tapi dlm 'wall' dan tempat lain boleh. Pendek pun kalau penuh 'insight' sudah cukup memenuhi syarat karangan pendek. Katalah mengenai: lapar. Apa komen yg mungkin diterima? Gi lah kedai mamak, takde duit nak soru ke? meh aku belanja tapi kau bayar.." Kalau disuruh mengarang mengenai lapar, dua tiga baris tentu kering idea.

MENGEMBANGKAN IDEA. Inilah yg penting. Camne? Pakailah petua 4Y iH dlm jurnalism. What, when, where, why dan How. Komen yg boleh berbentuk karangan ringkas:. Kau lapar kerana apa, jang? Poso, tak ada duit nak soru kedai mamak. Atau kena penyakit tak kenyang makan? Atau tak mau makan. Penyakit kedua tu bahaya, boleh membawa kepada penyakit anorexia. Yang pertama pun bahaya, selalunya mengambil bentuk tak kenyang makan, mandi tak basah, tidur tak lena dll. Yang mana satu hinggap pada kau? Barangkali juga kau ni makan tak betul, tak cukup nutrient. Ada zat yagn kurang, zat yang penting untuk badan kau. Poilah jumpo doktor. Ndak nasihat dari aku pun boleh jo. Tapi kau belanja makan untuk aku sekali yo? dan sebagainya.

Kalau pandai kembangkan idea, nak tulis panjang mana pun boleh. Itulah mengarang namanya. Satu idea tapi berkembang seribu cabang. Kalau lepak kering di situ macam ludah atas simin panas dan kenalah masuk topik-topik lain. Cukuplah dulu
mengenai cari idea dan kembangkan idea. Boring ke? Kalau boring lantaklah melepak tapi tetap kosong. Jangan marah!!!

Monday, March 8, 2010

Ikan dan Kolam...

Aku ada kolam kecil dan ikan-ikan koi di dalamnya semua nampak besar-besar. Tapi bila aku pergi lihat sebuah kolam yang amat besar, ikan-ikan yang besar di dalamnya pun kelihatan kecil-kecil belaka. Maknanya kalau ikan-ikan besar dalam kolam kecil aku melumpat masuk ke kolam yang besar, sudah tentu semua jadi kecil-kecil belaka kerana sduah ujud terlalu ramai yang lebih besar.....


Mungkin pemimpin-pemimpin besar dalam parti kecil mahu mengambil sedikat iktibar dari cerita ikan dan kolam di atas. Kalau terasa tidak diberi peluang menjadi lebih besar dalam kolam yang kecil, melumpat ke kolam yang jauh lebih besar tidak bererti peluang itu akan bertambah kerana sangat banyak ikan-ikan lebih besar dalam kolam itu. Tak betul-betul, terus menjadi ikan sangat kecil dan di'ngap' oleh ikan-ikan besar tu.

Tapi ikan-ikan kecil dalam kolam kecil tu akan sukadan bersorak rianglah kalau ikan-ikan yang besar melumpat masuk ke kolam lain. L:ebih banyak peluang ia menjadi ikan yang besar dalam kolam kecil itu. Cuma penjaga-penjaga kolamlah yang bimbang kerana ikan-ikan besar dalam kolamnya semakin berkurangan. Kecuali jika ia sanggup mencari ikan-ikan besar lain untuk dibawa masuk ke dalam kolamnya....

Isy...mengelirukan cita ikan dan kolam ni. Yang membimbangkan ada ikan-ikan kolam besar yang yakin ia sudah cukup besar untuk menjadi ikan lautan luas. Bila keluar dari Selat Melaka atau pesisiran pantai timur baru tergamam melihat samudera Atlantic atau Pacific yang begitu besar dan luas. Habis tu camne? Baliklah ke kolam sendiri buat hebuh, dah jumpa dan berkawan dengan ikan-ikan paus dan ikan-ikan yu lautan dalam, oleh itu janganlah nak pray-pray ( play-play) dengan mereka. Elok ikut saja kata mereka supaya kolam terus tenteram dan damai.

Cukuplah cita ikan dan kolam sampai di sini dulu, hehehe.

Saturday, March 6, 2010

Bacalah Blog-blog Scribe dan Jurnalis Ternama....

Waktu mula menulis dalam blog ini, aku memang tidak harap mendapat pembaca yg ramai. Ia lebih untuk jadi tempat meluahkan perasaan sendiri. Memang sudah ramai scribes dan jurnalis-jurnalis setengah bersara yg membawakan berbagai-bagai berita dan isu-isu semasa untuk mencabuk minda anak-anak Melayu dan msyarakat amnya. Mereka sudah menerima berjuta-juta pengunjung dan merupakan sumber maklumat utama disamping mainstream media. Malaysiakini mislanya merupakan sumber maklumat alternatif yg bertenaga.Website Cek Det, Kadir Jasin, Rocky Bru dll. amat penting dibaca untuk keep-up dengan hal-hal semasa.

Aku bukan scribe atau jurnalis. Cuma tukang komen mengenai hal-hal yang menarik perhatian. Kita harus maklum bahawa bukan semua maklumat boleh memberi erti dan bermunafaat kepada kita. Malah ia boleh mengelirukan, membuat kita bingung dan kadang-kadang terpesung. Fakta-fakta maklumat hanya membawa erti dalam konteks tertentu. Misalnya, siapa peduli jika berlaku kecurian atau pecah rumah di tempat yg kita tidak tau. Tapi kalau dekat rumah kita, baru jadi bimbang. Siapa peduli kalau berpuluh-puluh orang mati dalam pelanggaran jalanraya tiap-tiap hari. Tapi kalau ada sdr-mara kita terlibat, atau makin banyak pelanggaran berlaku waktu ada operasi tertentu, baru kita menyoal kenapa.

Sekarang kejadian Wakil Rakyat melumpat-lumpat tukar parti semakin menjadi-jadi. Pemimpin2 parti terlibat tentu bimbang. Tapi kita semua? Mereka yg tidak tau tentang perimbangan yang tipis dalam Dewan Perundangan Negeri atau Persekutuan, tidak sedar kepentingan wakil-wakil rakyat atau ahli J/K sesuatu parti melumpat keluar. Ia boleh menyebabkan sesuatu Kerajaan Negeri tumbang, juga Kerajaan Persekutuan. Pembangkang boleh naik jadi Pemerintah dan Pemerintah jatuh menjadi Pembangkang. Bila sudah sedarkan hal ini baru tiap-tiap kisah wakil rakyat melumpat keluar parti akan menjadi maklumat penting.

Malaysia sudah merdeka lebih 52 tahun. Tiap kali kita dengar pemimpin-pemimpin politik berkata 'rakyat sudah matang dengan hal-jal politik.' Pemimpin-pemimpin politik sendiri mengira mereka sudah amat matang. Tetapi jika mereka mengambil peluang untuk mengambil kursus sains politik dan mendengar ceramah mengenai teori-teori dan falsafah politik, tentu mereka akan sedar sedalam mana pengetahuan mereka mengenai politik. Pengalaman saja tak cukup. Ia mengandungi perbuatan yang betul dan yang salah. Kalau Communism, Socialism, Facism, Marxism dll mempunyai banyak aspek-aspek yg tak dapat diterima, demokrasi juga banyak kecacatan yang perlu diatasi. Socialism USSR gagal tetapi Communism dinegeri Cina masih ampuh dengan penyesuaian-penyesuaian yg bijak. Islamism di Afghanistan bawah pimpinan Taliuban gagal tapi Islamism cara Iran ok. Apa pulak corak Islamism di negara-negara Islam yg lain?

Kerana itu anak-anak muda Malaysia, khsusnya yg pada masa ini syok dengan videogames and lepak di facebook perlu meneliti blog-blog scribes dan jurnalis-jurnalis yang sudah ternama untuk mendapat pengertian yang baik dan lengkap mengenai keadaan negara dan masyarakat mereka. Apalagi kalau memang kurang membaca akhbar dan buku-buku ilmiah.
Kalau kita ikuti separuh dari perbualan dalam FB sekarang, kita akn berasa kurang senang dengan perkara-perkara yg jadi bualan - sangat remeh dan biasa. Tidak ada pertukaran maklumat yang boleh membawa kepada pengluasan kesedaran dan
horizon intelek. Internet dijadikan tempat bermain dan berhibur saja. Memang tak salah tapi boleh merugikan. Ia boleh mejadi halaman untuk mengasah bakat menulis dan mengembang buah fikiran.

Kenapa tak ambil peluang itu sebelum kita juga tertinggal dalam bidang poltical awareness seperti kita tertinggal dan terus tertinggal dalam bidang kemajuan ekonomi.

Thursday, March 4, 2010

Sajak Utk Mereka yg Masih Solo


Tuhan menjadikan semua
berpasangan
dari semulia manusia kepada serengga melata
sebelum tersempurna fitrah
tertangguhlah iradah.


Jejaka ibarat saham di pasaran
turun naik
harganya mengikut prestasi dan permintaan
boleh pecah lot dan tambah potfolio lagi
wanita seperti nobel penuh misteri
barunya panas hangat diperkatakan
terlajak musim
tiada yang nak simpan.

Janganlah jejaka menunggu saat pasaran
jatuh mendadak
tenaga lesu selera sebu dan jelak
sedang nobel yang tidak disentuh dibaca
menjadi rapuh dimakan kulat
lenyaplah nilai misteri
seperti lampu tidak berapi.


Tajamnya pisau diris-iriskan
asalkan jangan terluka tangan
harumnya raksi disapu renjiskan
terhidu harunm barulah sayang
hati ditawan dengan hati
janganlah leka sendiri.


Pak Sangkoriang
belum tercetak.
5.3.2010

Friday, January 8, 2010

Renungan Agama bagi Tahun 2010

Memang banyak masalah agama Islam yang telah dihadapi dalam tahun 2009 dan awal 2010. Dari soal penggunaan nama Allah oleh akhbar Herald yang mendukung agama Kristian hinggalah kepada soal kejadian murtad antara orang-orang Melayu, pengajarana agama oleh ilmuan (scholars) yang tidak mendapat kebenaran untuk mengajar oleh pehak berkuasa, dan sengketa antara ulamak UMNO dan PAS mengenai berbagai-bagi perkara.

Permasalahan-permasalahan itu akan berterusan kerana dalam agama Islam tidak ada pehak berkuasa tertinggi yang boleh memutuskan sesuatu seperti Kalifah di zaman Rasulallah SAW dan Kalifah-kalifah al-Rashidin termasuk yang mempunyai kuasa pemerintah selepasnya. Setiap keputusan/penyelesaian mestilah berasaskan al-Quran dan Sunnah, Ijtimak dan mungkin Qias,yang semuanya boleh menerima tafsiran yang berlainan dari berbagai-bagai mazhab. Walaupun di Malaysia kita berpegang kepada mazhab Shafie dan berpandukan Sunnah wal Jemaah, masih boleh timbul berlainan pendapat dan fahaman.

Oleh itu yang boleh dilakukan ialah bagi kita menyusun kepentingan isu-isu agama yang timbul mengikut keutamaan dan kepentingannya sebagai panduan hidup dan amalam mukmin.Janganlah hendaknya perkara-perkara kurang mengesani hidup kaum muslimin sehari-hari diperhebuh-hebuhkan lebih dari yang menyentuh aqidah dan amal ibadah yang wajib disempurnakan setiap hari dan waktu.Perkara-perkara yang secara terus boleh merosakkan aqidah, membatalkan sembahyang,merosakkan puasa dan lain-lain amal ibadah khusus dan am, harus diberi keutamaan. Perkara-perkara lain harus diterima sebagai cabaran dan dugaan kepada kekuatan iman dan taqwa kita. Jika adanya kedai menjual minuman arak berdekatan dengan rumah kita dikatakan mengancam iman dan ketaqwaan kita, ada khabar-khabar angin atau kata-kata yang digunakan oleh rakyat bukan Islam yang kurang menyenagkan dikatakan mengganggu-gugat aqidah dah iman kita, itu mungkin bererti iman dan ketaqwaan kita yang belum cukup teguh dan mantap. Ingatlah bagaiman iman Khatib dan pejuang-pejuang agama zaman Rasulallah dahulu diuji dan diancam oleh musuh-musuh Islam. Kemenangan Islam terletak pada kebolehan
menghadapi ujian-ujian itu dan mendapat kekuatan yang lebih darinya, bukan hanya dengan menewaskan musuh.
Kalah menang perang di medan peperangan, kalah menang di medan politik atau di mahkamah perundangan belum tentu dapat menentukan kemenangan akhir dalam perjuangan agama dan keyakinan manusia terhadap Tuhannya.Mereka yang terkorban atau tewas dalam perjuang agama di dunia boleh mendapat tempat yang lebih mulia di sisi Allah dari yang menang seperti mereka yang mati syahid. Iman dan taqwa yang tebal,mentap dan kukuh tidak begitu mudah diganggu oleh cabaran dan ujian-ujian duniawi.

Oleh itu isu utama yang perlu dibicarakan ialah bagaimana untuk memupuk iman dan taqwa yang demikian dikalangan umat Islam supaya dapat menghadapi ujian-ujian yang hebat. Penangkisan yang paling kukuh kepada ujian-ujian itu harus datang dari dalam hati sendiri, bukan dari perlindungan-perlindungan dunia yang tetap rapuh dan tidak kekal. Perjuangan Islam hari ini harus tertumpu kepada pembinaan jiwa dan hati mukmin yang paling tebal dengan iman dan taqwa, bukan melindunginya dari ujian-ujian yang akan terus timbul dari masa ke semasa.

Jika iman dan taqwa itu masih lemah, setinggi-tingi tembuk penahan ujian, sekuat-kuat peralatan perang dan sebijak-bijak strategi untuk mempertahankan hak Muslimin akan akhirnya-akhirnya tergugat juga.Wallahualam.