Wednesday, May 8, 2013

Era Kesedaran Semula Masalah Perkauman Selepas PRU13

PRU 13 sudah selesai dan walaupun memegang 133 kerusi sahaja dalam Parlimen, Barisan Nasional masih berkuasa. Menteri-menteri MCA habis gugur termasuk dua orang Menteri Besar (Johore dan Melaka) serta 8 orang timbalan Menteri. Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai paling banyak sokongan tidak berjaya PKR kepuncak kejayaan. Begitu juga PAS. Yang paling nyatqa mendapat sokongan penuh masyarakat keturunan Cina ialah DAP. Najib dan Mahathir menuduh telah berlaku tsunami kaum Cina, semuanya sepadu menyokong DAP. Penganalisa politik lain termasuk para akademik mengatakan masyarakat Melayu juga yang turut menyokong pehak Pembangkang kerana tidak puashati dengan pentadbiran Najib serta Kabinetnya yang begitu boros menggunakan wang rakyat untuk mendapatkan sokongan politik. Beratus juga dikeluarkan tanpa banyak soal, menubuhkan dana itu dan dana ini yang tentunya diurus pehak tertentu dan belum apa-apa sudah habis dibelnjakan. Apa saja masalah yang ada ujudkan dana untuk membantu tapi siapakah yang kayaraya dengan bantuan itu? BRIM dan bantuan2 kontan kepada rakyat berpendapatan bawah RM3000 semakin kerap dikeluarkan menjelang PRU13. Kenapa tidak dikeluarkan dari dulu? Kempen PRU13 penuh dengan tuduh menuduh, cacimencaci, fitnah memfitnah, kondem mengkondem antara UMNO dan PKR/PAS/DAP. Orang Melayu bercakaran dan berbalah sesama sendiri manakala Karpal Singh dan Kit Siang/Eng Guan ketawa besar.Lawanlah lagi. Kali ini BN tinggal 133 kerusi, dalam PRU 14 entahkan tinggal 110 dan DAP dapat 70-80 kerusi jika PKR dan PAS tak mampu mendapatkan lebih dari 30 kerusi.Pemimpin-pemimpinan UMNO/BN yang handalan jatuh kerana salah tempat disuruh bertanding. Siapa yang arah agaknya? Yang tinggal hanya 'yang serasi' atau 'termakan budi'. Jika BN tidak betul-betul memilih pemimpin mudanya untuk perjuangan masa depan, sudah pasti ia akan menjadi absolete. Orang Melayu perlu muhasabah diri. Nak terus bergaduh dan berpecah belah atau nak menyusun barisan semula supaya jiwa UMNO yang lama, semangat 46 ke atau semangat 57 dapat dipulihkan. Hentikanlah percakaran dan budaya UMNOputra dengan mercedes, bmw, lexus dan bungalo/istana besar masing-masing. Hiduplah seperti rakyat biasa semula, seperti cikgu2 yang menjadi tunggak UMNO dizaman lalu. Yang dah kayaraya tu tengok-tengoklah yang masih miskin dan tolong majukan seperti yang diharapkan oleh Tun Mahathir dalam bukunya Malay Dilemma dulu. Yang dah jadi meliana patut tolong yang lain jadi usahawan maju bukan terus cari peluang dapatkan kontrek untuk jadi biliana. Rakyat bukan buta..nampak segala yang dilakukan dengan alat-alat skodeng letronik sekarang. Mereka juga sanggup menutup yang busuk kalau tidak keterlaluan, kerana sayangkan pemimpin-pemimpin Melayu. Tapi kalau sudah melampau, sudah lupa daratan, sudah bersikap seperti Firaun sampai nilai agama Islam ditolak tepi, memang patutlah dijatuhkan. Putuslah kain pendukung, anak jatuh mati jua.

Sunday, March 17, 2013

Bahasa Melayu semakin hancur .....

Sudah lebih lima bulan saya tidak mengupdate blog BM ini kerana tidak ada pembaca. Muda-mudi Melayu juga kaum dewasanya lebih senang membaca blog dalam bahasa Inggeris. Bahasa Melayu, termasuk loghat tempatan, cuma banyak diguna dalam facebook. Dah bahasa Melayui yang digunakan memanglan bahasa cakap, bahasa pasar dan bahasa hentam keromo dengan nahu dan ejaan yang lintang pukang. Saya yakin lama kelamaan bahasa Melayu facebook ini akan menghancurkan Bahasa Melayu baku. Saya tidk ada hati untuk memberi komen tentang perkembangan keadaan semasa dalam blog BM ini lagi kerana tidak ada pengikutnya. Menjelang tahun 2016, pelajar2 mesti luslus BI untu mendapat sijil persekolahan. Ini sudah macam zam sebelum merdeka dulu. Tak lulus Bahasa Inggeris tak dapat MCE atau SPM. Lagilah kedudukan bahasa Melayu atau BM jatuh nilainya....Guru-guru khas akan diambil dari England dan India untiuk mengajarkan bahasa Inggeris. Adakah guru-guru yang mengajarkan bahasa Malaysia sekarang sudah betul-betul pakar? Tidak ada siapa yang peduli lagi. Pernah juga saya tengok soalan2 periksa BM untuk SPM dan juga untuk periksa peringkat lebih rendah. Saya terperanjat dengan kesilapan bahasa dalam soalan-soalan itu sendiri. Ah, jadilah setakat ini saya mengomel dalam BM. Cuma untuk menjengok blog BM ini dan melihat apa-apa perkembangan. Memang tidak ada. Oleh itu eloklah saya meneruskan blog dalam BI sahaja. Saya perhatikan blog BM penulis2 lain pun seperti Kassim Ahmad dan Mahaguru 58 juga tidak begitu mendapat swambut. Tak mungkin kerana isinya kurang menarik kerana saya dapat memang banyak perkara2 dan komen-komen penting yang boleh digarap. Kita tengok sahaja perkembanganya dulu....