Sunday, October 28, 2012

Kesesakan Jalanraya..

Sesudah hari ketiga hariraya Aidil Adha, jalanraya masih sesak gila. Perjalanan sejam dua sudah menjadi 5 hingg 7 jam. Hal ini berlaku baik dari Johore ke KL atau dari utara.Dari Kelantan ke KL khabarnya boleh mengambil 10 hingga 13 jam. Jalanraya penuh dengan kamera perangkap laju tapi jarang-jarang kelihatan polis tr4afik. Malah waktu saya pergi balik antara KL dan Juasseh, tidak seorangt pun kelihatan polis trafik.
Nyata sekali pehak plis trafik tidak ditugaskan lagi untuk mengawal kesesakan lalulintas dan memudahkan kelancaran perjalanan trafik. Hairannya op sikap atau dgn nama yang sudah diubah, tetap ada. Cuma tujuannya seolah hendak menyaman mereka yang buat kesalahn saja dan bukan untuk tolong melicinkan perjalanan. Malah, selalu juga diadakan sejatan jalan (road block) untuk menyaman mereka yang telah melanggar had laju. Itulah yang lebih menyebabkan macet kerana kereta akan berbaris sampai dua tiga kilometer untuk melalui pemeriksaan roadblock itu.
Saya sungguh hairan apakah prioriti polis trafik sekarang. Mau tangkap orang overspeeding dan buat kesalah=kesalahan trafik yang lain atau untuk memudahkan kelicinan aliran kenderaan dijalanraya? Polis seolah-olah mahu menangkap orang overspeeding dengan kamerea perangkap lajunya saja, supaya dapat dikeluarkan surat saman dengan sebanayk mungkin. Sebab itu bilangan kamera yang dipasang semakin banyak, termasuk dijalan-jalan yang jarang berlaku kemalangan. Apalagi dijalan-jalan lurus dan cantik dimana overspeeding selalu berlaku. Berjuta-juta ringgit digunakan membeli dan memasang kamera dan berbilion ringgit diperuntukan untuk kerja penyelenggaraaan untuk beberapa tahun. Ada pula berita yang mengatakan pehak swasta yang mengurus cpemasangan dan penyelenggaran kamerea perangkap laju itu juga akan mendapat peratus tertentu dari setiap saman yang dikeluarkan oleh pehak polis. Jika ini benar sudah pasti usaha sepenuhnya akan dijalankan untuk membanyakkan kamera perangkap laju dan pengeluaran saman - bukan untuk mengurangkan pelanggaran dan kesesakan lalulintas. Pehak polis perlulah menilai semula prioritinya. Nak memungut wang kompaun saman dengan sebanyak mungkin atau hendak mengurangkan kemalangan jalanraya serta melicinkan perjalan trafik? Kalau prioriti kerja polis trafik sudah terpesong, pasti masalah kesasakan jalanray ini akan semakin teruk dari tahun ketahun.

No comments:

Post a Comment