Sunday, December 18, 2011

Mengkaji Kelemahan bangsa Sendiri..




Kita sudah menuju sasaran menjadi negara berpendapatan tunggi - higj income nation. Sudah masuk tahun 2012 dan tinggal tiga tahub untuk habis tempuh.

Memang banyak sekali langkah yg diambil Kerajaan untuk mencapai ibjektif itu. Gagi penjawat awam disemak semula dan akan di naikkan mulai tahun hadapan. Berbsgai-bagai Tabung diujudkan untuk bantu usahawan memula dan membesarkan perniagaan, menjalan perniagaan frencais, memberi dan memi jamkan modal, mendorong pekembangan filem, penulisan buku, memodenkan perusahaan pertanian dll.

Hujung tahun ini Kerajaan memberi pelbagai bantuan kewangan pula kepada keluarga berincome bawah RM3000 sb. Kpd kanak-kanak sekolah, pelajar yang jesempitan belanja, nelatan-nelayan, warga emas, ibu tunggal dll. Memang brtmurah hati betul kerana seperti semua org tahu PRU13 sudah dekat. PAS sudah mengubah dasar perjusngannya dari menegakkan sebuah negara Islam kepada menegak Negara Kebajikan ( Welfare State). Dalam Welfare State Kerajaan membantu sara hidup semua rakyat miskin kedana tanpa pekerjaan melalui pemberian social security. Kita sudah ada SOCSO tapi. merupakan Agensi Insurance dan memberi perlindungan bila seorang peker itu sakit dan masuk hospital atau tak bole bekrrja. Jabatan Kebajikan Masyarakat pula. Beri bantuan wang kpd keluarga miskin yang memogon bantuan mekalui proses yang memetrukan belanja. Ramai orang miskin dan tak berpelajaran di kampung-kampung tidak tahu bagaimana hendak memohon. TV3 selalu mengemukakan kes keluarga midik yg tidak pernah dapat bantuan. Kenapa Pejabat Kenajikan Masyarakat tidak tahu hal itu. Ada juga yng memohon tetapi tidak dilayan kerana menyokong parti politik tertentu.

Dalam keghairah bergerak ke arah mendi high income nation, banyak sekali langkah Kerajaan yng membimbangkan. Takut sala terima dan salah guna. Banyak subsidi2 kpd kaum bumiputra dihentika, preference dan hak istimewa dihapuskan dan dasar meritocracy dijadikan keutamaan. Semua rakyat mesti mencari kemajuan atas dasar kebolean supaya tidak bergantung kepada bantuan Kerajaan saja, Quota system yang beri peuntukan hak tertentu kpd bumiputra dalam perkhidmatan awam, di puat-pusat pejaran dihapusjan dan keperluan penyertaan bumiputra dalam syarikat-syrikat perniagaan juga hak modal diketepikan. Semua untuk memajukan perniagaan oleh syrimatan tempatan dan dari luar negeri. Syarikat luar negeri sudah bole mssuk berbisga dengan hak modal sendiri 100% tanpa syarat penyertaan peniaga tempatan aoalagi bumiputra,

Ya, banyak lagi kemudan bagi kapitalis luar untuk maduk berniaga damn menanam modal dalam negeri ini. Banyak keperluan bayar cukai yang diketepilan. Pintu masuk berniaga melakui koridor utara dan selatan dibuka seluas-luasnya.

Inilah kedudukan kita menjelang tahun 2013 tahun PRU13 yang akan menentukan aeah kemajuan negara bagi lima tahun akan datang. Dapatkah anak-anak bumi menyambut cabaran-cabaran yang ternyata darintindakan-tindakan leberisasi ekonomi dan syarat perniagaa dan milik modal oleh Kerajaan itu. Apaka usahawan bumi sudah sedia untuk bersaing dgn usahawan-usahan ulung yng memiliki sebahagian besar dunia perniagaan di negara ini sejak begitu lama? Apalagi untuk bersaing dgn pemodal-pemodal raksaksa dari luar negeri? Apakah anak-anak bumiputra sudah sedia berobah dari sifat subsidu-oriented kepada berdikari, biarpun baru dapat betniaga ditepi-tepi jalan dan itu pun sentiasa diburu olle pehsk berkuasa tempatan atau majlis petbandaran kerana kesakahan-kesalahan tertentu?

Sama-samalah kita lihat perkembangan selanjutnya, melihat bagaimana langkah-langkah liberisasi Kerajaan ini akan mengesani nadub usahawan bumi dan juga rakyat bumiputra seluruhnya.