Thursday, October 29, 2009

Di manalah Anak-Anak Buahku Yg Bijak Pandai...



Sudah lama halaman ini dibuka untuk berkongsi pendapat dengan anak-anak buah dan bloger-bloger dlm bahasa Ibunda. Nampaknya tidak ada satu komen pun yang diterima. Tak taulah sama ada ia ada pembaca atau tidak; kadang-kadang ada pembaca tetapi mereka malas nak buat komen. Ada yang kata tak tau macam mana nak buat komen - tak ada modal.

Hal kedua inilah yang merunsingkan hati. Ramai antara kita yang cukup rengan mulut untuk mengatakan hal itu ini, hal orang itu dan orang ini, hal si polan dan si polan, Tapi cuma boleh cakap saja. Bila nak dituliskan semua yang ada dalam kepala hilang 'losap'. Inilah yang merugikan masyarakat dan bangsa sendiri. Orang lain keturunan semakin 'articulate', semakin lantang bersuara dan semakin banyak membuat tuntutan dn desakan terhadap Kerajaan dlma blog-blog mereka. Orang-orang kita sendiri sonyap jo. Tak berdocik.

Bila kita perhatikan ucapan-ucapan yang keluar dalam SMS di radio dan TV, semuanya ringkas-ringkas dan mengenai perkara-perkara ringan. Tak ada pandangan-pandangan yang tajam dan menggemparkan sehingga orang hebuh memberi pendapat dan komen balas.Yang selalu buat begitu hanya bloger-bloger yang terdiri dari wartawan atau yang memang selalu memberi komen kepada tulisan-tulis wartawan dan negarawan-negarawan.

Apalah yang ditakutkan untuk masuk campur? Di mana lagi kita nak berlatih menulis, memberi komen, mengeluarkan pendapat dsb kalau bukan melalui halaman blog ini. Kita bebas berkata apa saja walaupun mestilah bertanggungjawab tentang apa yang kita katakan. Salah bahasa,salah fakta, salah eja, orang tak peduli. Bahasa campur-campur, bahasa rojak, mee siam, loghat jawa, minang. loghat negeri, tak siapa peduli. Pokoknya kita berani mengeluakna pendapat dan mengaturkan pendapat itu dengan baik supaya senang difaham orang.

Mana dia anak-anak buah ku yang bijak pandai tu? Cuba tunjukkan bakat menulis dengan menulih dalam halaman web ni, tulis mengenai perkara-perkara yang topical, bukan setakat bertanya apa khabar, buat apa. dan cerita mengenai jalan-jalan hariraya dulu. Kalau nak tunjukkan bakat kelakar dan buat orang ketawa, inilah tempatnya. Belajar buat komen-komen ringkas dulu terhadap tulisan orang lain. Esok baru bukan halaman web sendiri.

Cumbalah. Mana taukan, entahkan boleh menjadi seorang penulis ternama nanti, hehe.