Thursday, October 29, 2009

Di manalah Anak-Anak Buahku Yg Bijak Pandai...



Sudah lama halaman ini dibuka untuk berkongsi pendapat dengan anak-anak buah dan bloger-bloger dlm bahasa Ibunda. Nampaknya tidak ada satu komen pun yang diterima. Tak taulah sama ada ia ada pembaca atau tidak; kadang-kadang ada pembaca tetapi mereka malas nak buat komen. Ada yang kata tak tau macam mana nak buat komen - tak ada modal.

Hal kedua inilah yang merunsingkan hati. Ramai antara kita yang cukup rengan mulut untuk mengatakan hal itu ini, hal orang itu dan orang ini, hal si polan dan si polan, Tapi cuma boleh cakap saja. Bila nak dituliskan semua yang ada dalam kepala hilang 'losap'. Inilah yang merugikan masyarakat dan bangsa sendiri. Orang lain keturunan semakin 'articulate', semakin lantang bersuara dan semakin banyak membuat tuntutan dn desakan terhadap Kerajaan dlma blog-blog mereka. Orang-orang kita sendiri sonyap jo. Tak berdocik.

Bila kita perhatikan ucapan-ucapan yang keluar dalam SMS di radio dan TV, semuanya ringkas-ringkas dan mengenai perkara-perkara ringan. Tak ada pandangan-pandangan yang tajam dan menggemparkan sehingga orang hebuh memberi pendapat dan komen balas.Yang selalu buat begitu hanya bloger-bloger yang terdiri dari wartawan atau yang memang selalu memberi komen kepada tulisan-tulis wartawan dan negarawan-negarawan.

Apalah yang ditakutkan untuk masuk campur? Di mana lagi kita nak berlatih menulis, memberi komen, mengeluarkan pendapat dsb kalau bukan melalui halaman blog ini. Kita bebas berkata apa saja walaupun mestilah bertanggungjawab tentang apa yang kita katakan. Salah bahasa,salah fakta, salah eja, orang tak peduli. Bahasa campur-campur, bahasa rojak, mee siam, loghat jawa, minang. loghat negeri, tak siapa peduli. Pokoknya kita berani mengeluakna pendapat dan mengaturkan pendapat itu dengan baik supaya senang difaham orang.

Mana dia anak-anak buah ku yang bijak pandai tu? Cuba tunjukkan bakat menulis dengan menulih dalam halaman web ni, tulis mengenai perkara-perkara yang topical, bukan setakat bertanya apa khabar, buat apa. dan cerita mengenai jalan-jalan hariraya dulu. Kalau nak tunjukkan bakat kelakar dan buat orang ketawa, inilah tempatnya. Belajar buat komen-komen ringkas dulu terhadap tulisan orang lain. Esok baru bukan halaman web sendiri.

Cumbalah. Mana taukan, entahkan boleh menjadi seorang penulis ternama nanti, hehe.

Tuesday, September 29, 2009

RD3 - Perhimpunan Keluarga yg Penuh Erti









Pada 26 September 2009 ahli-ahli keluarga keturunan Robah dan Derai Golak berhimpun untuk menyambut Aidilfitri di rumah Andak Dola ( Abdullah Zainal), Kd Kundang, Terachi (tampek den dilahirkan), NS. Ini perjumpaan keluarga RD yang ke 3...dan walaupun ramai yang masih tak hadir (dgn berbagai-bagai sebab tentunya), terasa bahawa tujuan perhimpunan-perhimpunan begini semakin tercapai.

Terima kasih tak terhingga kepada semua yg menganjurkan perhimpunan ini dan kepada Andak suami isteri kerana sanggup menjadi tuan rumah, serta Rahman, Isyak dll yg menjadi orang pangkal. Kalaulah masih ada Ulung Meon (arwah ayah Tan Sri Hashim Meon), Utih Jantan ( arwah Mohd Zain) Acik Khamis ( arwah Ramly Zainal) dan Acik Ramlah, mereka tentu bangga sekali melihat keturunan mereka makan minum dan bermaaf-maafan dgn penuh mesra dihari yg mulia. (Alfatihah kpd ruh-ruh mereka).

Saya telah dapat menemui ramai yg lama tak jumpa dan merapati yg sudah menjauh diri. Acik Rahmah (balu Acik Khamis) serta Rusdi ada sama, semua anak-anak Andak Dolah yang sudah mempunyai keluarga sendiri, Karim adik Akam, adik-adik TS Hashim Meon ( Mariam, Maimon dan Akim serta anak-anak mereka), dll.dll. Terasa diri begitu kaya dengan ahli-ahli keluarga
yg masing-masing sudah mencapai kejayaan hidup yg membanggakan.

Ese bercadang nak masukkan semuo gambar yg diambil di rumah Andak Dolah dlm blog ini. Tolonglah downloadkan kepada laman Geni sesiapa yang ado ambil gambar. Faerouk dah pun mendownloadkannya nampak e. Timokasihlah. Yg lain, tolong yo. Nanti se susun album yang lengkap. Insyaallah.

Akhirkata timokasik kpd semua yang meluangkan maso untuk menghadiri RD3. Kpd yang masih belum turut serta tanyo-tanyolah apo yg berlaku dan apo yg miss. Kalau kita hadir keramaian macam ni, bila buek kenduri kenara sok tontu ramai yg datang. Kalau ambil rengan jo, oghang pun buek macam tu jo bila kito ada kenduri sok.

Lagi akhir kato se suka mencadangkan RD4 kita buek diUlu Bendul dokek rumah Acik Midah. Itulah rumah asal se dan adek-adek se. Tarikhnya se serahkan kepada cadangan ramai. Rumahnya seperti dalam gambar terletak di batu 15 Jalan ke Kuala Pilah.

Wednesday, September 23, 2009

Aidilfitri walMaulidi

Hariraya Aidilfitri tahun ini mencucuri berkah
pada harijadiku yang kian bertambah
terasa begitu berliku jalanan pahit dan manis bertukar ganti
seolah-olah menunggu untuk menyampaikan suatu hakiki
mengenai rahsia hidup dan mati.


Negeri terjajah sudah merdeka lebih setengah abad
membawa bahagia, kemewahan dan kini ujian berat
rakyat berbilang kaum mulai mendesak tuntutan tersendiri
tanpa mengenang asal sebagai perantau yang mengecap seribu budi
melihat kuasa pemerintah sudah mulai berpecah bahagi.

Ramai yang kayaraya tapi bukan kerana berniaga
kuasa bukan lagi serana untuk menegakkan kebenaran saksama
pabila keduanya terpisah ramailah yang lemah menjadi magsa
hak asasi terjejas dan janji-janji murni tinggal sebutan
sedang yang sudah kaya hidup berpesta lupa daratan.

Wang melimpah ruah disedut raksaksa jelmaan manusia rakus
rintangan undang-undang dapat ditangkis dan dibulus
sehingga neraca keadilan menjadi peremainan angin kencang
ke mana kuasa melambai ke situlah penghakiman ditatang
kuasa raja dalam perlembagaaan telah dihakis dewan perundangan.

Ke mana lagi kedaulatan negara hendak berlindung
jika semua pokok-pokok keadilan telah kehilangan daun dan condung
permainan politik menjadi taruhan masa hadapan
tersilap membuang undi akan runtuhlah suatu gagasan
sebuah negara berdaulat dengan rakyat dari berbagai keturunan.

Bertembungnya bulan Syawal dengan September bulan kelahiranku
hati ini terasa riang tetapi sekaligus diserang sendu
melihat kepimpinan negara terumbang ambing kehilangan restu.

24.9. 2009. Norzah

Tuesday, September 15, 2009

Kenapalah Keadilan, PAS dan DAP Ta' Pernah Sepakat?

Dalam masa Batisan mengalami berbagai-bagai perpecahan dalaman ( inter parti komponen dan intra), Pakatn pula mulai bercakaran. Walaupun Kit Siang ta' pernah konfrontasi dengan Anwar, Karpal Singh pernah menuduh Anwar tiada pendirian dan menyuruh Anwar meletak jawatan. PAS pula macam tak betah saja dengan Parti Keadilan Rakrat sedang parti itu sendiri mulai berbalah antra pihak yang mau berbik dengn UMNO sedangkan pehak lain menganggap UMNO kurang tulen keislamananya ( kalau tidak lebih teruk dari itu).

Perpecahan dan perbalahan dalam UMNO, MCA dan MIC itu sendiri kita tau sebabnya. Nak rebut jawatan-jawatan 'kerusi empuk'.
Yang dah terlibat dalam melakukan kesalahan politik wang, skandal seks, juga menghadapi gosip rasuah, tetap mahu bertading bagi jawatan-jawatan tinggi dalam parti, tetap mahu bertahan dlm jawatan masing-masing. Politik wang alias rasuah seolah-olah menjadi perkara kecil saja. Beri orang wang apa salahnya? Itulah tanda baik hati, pemurah, prihatin....

Pakatan Rakyat pula, kenapalah tak berunding untuk buat guideline kerjasama, tentukan siapa ketua spiritual, ketua strategi, ketua hentam musuh, ketua berunding dengan musuh dll. Tiap ketua boleh jalankan kepintaran sendiri utk cari pengaruh dengan
pengetahuan ketua-ketua lain. Barulah tak bertembung antara sesama sendiri. Buat apa DAP takut dengan cite-cite ugama dari PAS, macam apa yg nak dibuat dek Hasal Ali? Islam tak sentuh hak org bukan Islam punya: tindakan Hasan cuma melibatkan org Islam. Nik Aziz tak perlu bimbang tentang apa Kit Siang dan Karpal Singh buat. Mereka takkan boleh jejaskan Islam. Tapi Kit Siang dan Karpal, janganlah na' cuba jadi ustaz pulak, Kalau ada understanding macam tu, baru orang dapat terima sebagai alternatif kepada BN dalam GE akan datang.

Kalau BN terus letakkan calun-calun yang ada rekod hitam dalam by election atau GE nanti, tentu parti alternatif ada can untuk menang.

Selamat Hariraya Aidilfitri.




Kepada semua yang melawat website ni, Selamat Hariraya Aidilfitri. Se dan kuarga akan berado di Juasseh ( rumah belakang masjid Juasseh) pada hariraya ni, jemputlah ke ghumah kalau ke KP atu Bahau. Tak kirolah siang atau malam. Park kek masjid dan jalan jo kebelakang, Rumah yg nampak dari tompek ambik air sembahyang atau kawasan kubur lamo tu, pondok se lah tu..Janganlah takut lalu kek kubur tu, lesen pakai e dah tutup.

Kalau nak datang dari dopan rumah, lalulah pokan Juasseh tu macam nah ke Bahau, ikut jalan baru. Bila jalan belok ke kiri JANGAN BELOK. Ikut luruh sampai hujung jalan lalu kek rumah-rumah teres dan tompek jual barang-barang. Hujung jalan kocik tu belok kiridan jalan sampai nampak rumah baru dalam kobun ghotah. Masuklah gate orange tu.

Selamat datang!

Wednesday, August 26, 2009

Menyambut Ramadhan Mubarak

Sudah masuk enam hari kita berpuasa, Mereka yang tidak tahan kerana uzur tentu sudah mulai goyang hati manakala yang kukuh iman sudah mulai berasa seperti biasa saja, tidak terganggu untuk melakukan semua urusan biasa tanpa berasa letih atau lesu. Surau dan masjid nampaknya sudah menjadi penuh dan wajah yang jarang-jarang nampak pun sudah timbul semula.

Sembahyang Terawih ada yang 8 rakaat saja ada yang 20, 11 atau 23 termasuk sembahyang Witir. Ada imam yang membaca surah-surah pendek saja dan ada pula yang membaca dari al-Quran dengan al-Quran terbentang di atas 'lectern' di hadapan mereka. Memang panjang-panjang ayat yang dibaca untuk sesuatu rakaat, sampai kaki berasa sengal. Jika bacaannya laju dan fasih seperti Imam di Mekah, ok juga. Tapi jika bacaannya perlahan, berulang-ulang kerana tidak cukup nafas untuk berhenti ditempat sepatutnya, atau tersasul kerana kehilangan baris yang dibaca, memang menduga kesabaran makmum. Kasihan kepada mereka yang sudah berumur dan agak uzur.Apalagi jika dibuat 8 rakaat saja dengan bacaan ayat-ayat panjang, tanpa pilihan untuk berhenti.

Ada surau atau masjid yang mengadakan bacaan tahlil sesudah sembahyang Terawih dan Witir. Tentu makmum sudah letih betul. Tidakkah lebih baik jika tahlil itu diadakan setengah jam sebelum waktu berbuka? Selesai tahlil terus berbuka, sembahyang Maghrib, kemudian makan nasi. Kalau makan sebelum Maghrib, tentu mengah. Namun, Islam memberi banyak pilihan dan terserahlah kepada JK Masjid atau Madrasah untuk menentukan peratoran yang disenangi asalkan mengikut Sunnah.

Berbuka puasa di Surau atau Masjid di kampung-kampung masa dahulu adalah merupakan peluang menjamu selera dengan berbagai-bagai juadah yang tidak akan dapat dinikmati jika berbuka di rumah saja. Tapi kini sudah terbalik. Kalau berbuka di rumah boleh beli dan makan apa saja yang teringin, semewah yang diingini. Kalau di Surau atau Mesjid tentulah terbatas kepala pilihan Penderma atau JK. Mungkin tidak semewah berbuka di rumah. Namun pahalanya tentu lebih besar seperti juga sembahyang berjemaah. Inilah suatu petanda perubahan masa. Hanya mereka yang masih hidup dalam kesukaran akan mendapati berbuka puasa di Surau atau Masjid lebih mewah dan meriah.

Apapun, selamat berpuasa dan membanyakkan amal ibadah di bulan yang amat mulia ini. Muga-muga segala kekurangan dalam memenuhi tuntutan ibadah di bulan-bulan yang lain dapat diimbuhi degan ibadah tambahan dalam bulan Ramadhan ini. Dan jika dapat menemui Malam Lailatulkadar dengan amal ibadah yang penuh, maka
ia akan menyerupai seribu malam yang biasa. Subhanallah.

Wednesday, August 19, 2009

Siapa Masuk Syurga?

Surat khabar dan tv heboh membicarakan soal siapa yg boleh dan siapa yg tak boleh masuk syurga, ekoran penegasan mursyidul PAS tokguru Nik Aziz bahawa penyokong UMNO tidak akan dapat masuk syurga. Nik Aziz terus dituduh sudah melampau kerana hanya Allah yang boleh menentukan siapa yg masuk syurga dan siapa masuk neraka.

Semua umat Islam tentu tahu bahawa hanya Allah yg berhak menentukan siapa yang akan masuk syurga itu. Sudah pun diterangkan di dalam al-Quran sifat orang-orang yang akan masuk syurga - yang beriman, taqwa, ikhlas, tidak menipu,tidak menganiaya sesama manusia, tidak membuat kesosakan di dunia, mengerjakan amar makruf dan menjauhi nahi mungkar, tidak mendustakan ayat-ayat Allah, tidak menyekutukanNya...seterusnya diberikan buku catitan amalannya dengan tangan kanan (kitab Illiyiin) manakala yang menerimanya dari tangan kiri ( kitab Sijjiin) kan ke neraka.

Kenapa heboh-heboh lagi mengenainya sedangkan keadaan negara dan masyarakat (Melayu klhusus) menghadapi berbagai-bagai masalah yang mendesak? Cukuplah jika dikatakan Nik Aziz membuat timbangannya mengikut persepsinya mengenai penyokong2 UMNO dibandingkan dengan kandidat2 syurga yang disebutlah di dalam al-Quran. Persepsi itu pasti dipengaruhi oleh pendirian politiknya. Jujur atau tidak, ikhlas atau tidak, berlawanan dengan ajaran Islam atau tidak, biarlah Allah yang menentukan. Ulamak UMNO juga tidak boleh menjatuhkan hukuman.

Janganlah orang2 Melayu heboh mengenai kelayakan masuk syurga akhirat yg sudah dijelaskan oleh al-Quran, sedang kedudukan mereka di dunia di sisi rakyat selainnya sudah membimbangkan. Berapa ramai yang menjadi kayaraya kerana berniaga ( menetukan 9/10 dari rezki) dan bukan kerana berpolitik? Berapa ramai yang menambah nilai kepada barangan dan hasil bumi, bukan mengutip untung dari hasil usaha orang lain?

Mengapalah Ulamak-ulamak kita hendak bermuzakarah dan mengeluarkan fatwa baru mengenai soal siapa boleh masuk syurga dan siapa yang akan masuk neraka. Al-Quran dan Hadis sudah cukup untuk menjelaskannya. Tak perlu ditukuk tambah lagi. Carilah jalan untuk membebaskan jiwa dan pemikiran umat dari bidaah dan khurafat agar dapat hidup lebih mulia dalam negara sendiri, tidak menjadi 'yurauun' serta 'mauun' atau peminta-minta dalam negara yang kaya.

Friday, August 7, 2009

Masjid dan Surau (Madrasah).

Mulai bulan Syaaban ini dan memuncak dalam bulan Ramadhan, masjid dan madrasah-madrasah akan dibanjiri manusia Muslimin.Yang jarang-jarang ke masjid atau surau pun akan mulai hadir untuk turut serta dalam majlis berbuka puasa dan morei.


Saya memang rasa lebih seronok pergi ke madrasah atau surau saja. Yang paling dekat ke rumah tentunya. Kita kenal semua hadhirin (dan separuh dari hadhirat). Sambil berbuka puasa atau menunggu kamat untuk solat, perbualan akan berjalan dengan rancak mengenai apa saja - penuh kemesraan dan gelak ketawa. Terasa hubungan silaturrahim menjadi begitu erat.

Perkumpulan di masjid tentunya lebih besar. Tetapi sentiasa ramai yang tidak dikenali sangat dan berbual pun lebih bercorak 'making conversation' dari bergurau senda dan berjenaka. Jika ada kalanya terselit antara orang-orang yang tak dikenali dan tak pula begitu peramah, akan muram sajalah suasana perhimpunan pada malam itu. Mungkin wirid, ratib dan solat akan menjadi lebih khosyok kerana tiada gangguan kawan-kawan dan kenalan rapat. Mungkin ia akan memberi peluang berkenalan dengan
orang-orang baru. Tetapi setiap majlis yang sunyi dari senda gurau dan gelak ketawa akan berasa lebih 'kering' dan membosankan.

Benar kita ke masjid dan surau untuk mendekati Allah. Tatapi menhampiri Allah dengan orang-orang yang kita sedia kenal mesra
tentu lebih memberi kesan dan menjadi ingatan. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan selamat berpuasa.

Thursday, July 23, 2009

Mengembalikan Keyakinan Rakyat....

Sudah terlalu banyak perkara yang menyebabkan rakyat kurang yakin kepada kerajaan. Termasuk orang Melayu yang kurang yakin kepada UMNO. Namun orang-orang kuat UMNO tetap senyum confident dengan tindakan-tindakan mereka apabila timbul cabaran dan kejutan baru seperti kematian Teoh Beng Hock. 'Kita siasat dulu, kita siasat dulu...' Mestilah. Soalnya adakah tindakan tegas diambil untuk menahan semua yang disyaki, untuk disiasat, untuk menenangkan keresahan orang ramai, untuk menunjukkan urgency bertindak?

Sudah diadakan penyasatan pula, termasuk siasatan oleh Suruhanjaya DiRaja, penemuan dan pengakuannya didiam-diamkan saja, tidak ketara urgency bertindak membincangkan atau melaksanakan perakuan-perakuan yang terus dapat diterima. Rakyat tidak berpeluang menimbulkan isu-isu yang tidak memuaskan hati. Begitulah halnya dengan kes Lingam, siasatan terhadap polis diRaja, kes Zakaria, KFTZ, Khir Toyo dll. Cuma kes yang melibatkan parti pembangkang yang cepat-cepat diketengahkan.

Kenapalah Kerajaan tidak menunjukkan urgency secara nyata dalam semua hal yang membimbangkan rakyat. Segera pegang dan tahan mereka yang disyaki tak kira siapa, jangan biarkan terus bertugas, sehingga selesai siasatan dan sama ada ia bersalah atau tidak jelas ternyata kepada semua. Kalau belum disiasat Kerjaan sudah mengatakan sifolan tidak bersalah dan ia terus menjalankan tugas dengan senyum sipu, tentu orang marah. Apalagi jika ia terus mengetuai jawatankuasa itu dan itu, menyiasat itu dan ini serta mengurus itu dan ini. Bila orang yg disyaki menerima/memberi rasuah, menyalahgukankan kuasa dsb terus menjalankan tugas untuk mengendalikan dana yang banyak, adakah orang akan percaya?

Rakyat sudah bijak, tidak boleh dipujuk dan ditipu dengan gula-gula lagi. Janganlah beri keterangan melepas batuk ditangga sambil tersenyum menggosok-gosok belakang orang yang hendak dipujuk. Itu tak jalan lagi. Pemimpin UMNO disemua peringkat harus sedar hal itu. Pemberian wang memang boleh memujuk hati tetapi TIDAK AKAN MEYAKINKAN. Kesannya akan hilang sebaik pemberi wang itu pergi,

Orang penuh syak ttdak boleh lagi diyakinkan dengan kata-kata dan janji tetapi dengan perbuatan yang menepati kehendak pehak yang berharap. Sebarang perbuatan yang tidak menepati janji akan membuat syak itu lebih tebal sehingga meragui semua perbutanan lain walaupun dilakukan dengan sepenuh ikhlas. Itu;ah yang harus dtjaga oleh pemimpin-pemimpin UMNO jika mahu memenangi semula hati mereka yang sudah merajuk, sudah 'fed up' atau sudah hilang keyakinan. Tunjukkanlah urgency bertindak untuk menghapuskan keresahan mereka, bukan memujuk dengan senyuman dan janji-janji manis seperti dahulu. Tun Mahathir sewaktu menjadi PM pernah dikatakan susah hendak tersenyum, but he delivered dan rakyat berasa yakin kepadanya. Tun Pak Lah sering tersenyum tetapi hanyut dalam ' mencari' Syafie dan Ghazali. Mungkin Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin boleh mengambil iktibar dari kekuatan dan kelemahan mereka.

Sunday, July 19, 2009

Perjalanan Waktu Seperti Kilat.









Aku masih ingat betul hari Norzam (anak lelaki kami yang bongsu)menyatakan keinginan hendak berkahwin.






Kami terus menguruskan hari merisik dan bertunang.
Meriah sekali kedatangan kami disambut oleh keluarga bakal isterinya di JB.


Kemudian kami menunggu hari Walimatul Urus dan Ijab Kabul di JB.
Malamnya disambut meriah antara mereka yang mengiringi kami ke JB.

Hari meraikan perkhawinan dan persandingan diadakan kemudian di Taman Melawati dengan penuh keriangan.



Masa berlalu seperti kilat.



Setahun kemudian kami dikurniakan seorang cucu.
Kini sudah pun boleh bermain-main dengannya.


Hana Malissa sudah menjadi chaya yangf meneranfgi keluarga kami.

Saturday, July 18, 2009

Balik Kampung di Hujung Minggu




Jika pemerhatianku betul ramai orang sekarang suka balik kampung di hujung minggu. Apalagi jika tidak jauh sangat. Jalan KL ke Seremban seterusnya ke Melaka dan Johor selaunya penuh sesak dihujung minggu.

Bagiku balik kampung pada pagi Sabtu sudah kebiasaan. Rumah asal (rumah arwah Ibu dan Ayah) adalah di Ulu Bendul manakala rumah isteri di Juasseh. Aku akan balik ke Ulu Bendul saja untuk membersihkan rumah yang tinggal jika Ayah dan Ibu mertua tidak balik
kampung di Juasseh. Jika mereka juga balik aku akan terus ke Juasseh untuk bermalam di sana dan balik ke KL pada hari Ahad.

Buat apa ke kampung? Kan lebih seronok merayau-rayau di KL, membeli belah atau melawat ke bandar-bandar lain? Soalku pula, tidakkah bosan membeli-belah, melawat-lawat tanpa tujuan beberapa kali ke tempat yang sama ( kalai pertama atau kedua ok), tengok orang sedang orang tidak kenal kita. Balik kampung semua kenal dan 1001 macam kerja boleh dibuat untuk memelihara rumah dan tempat kediaman lama.Betulkan pagar, tanam bunga dan pokok-pokok baru, cat rumah, bersihkan kawasan,
baikkan longkang dll. Letih berja bru duduk makan secara berpiknik di susut halaman tempat teduh dan berangin. Huuuu best.

Tuesday, July 14, 2009

Manik Urai: Pelajaran baru


Pilihanraya kecil Manik Urai telah berlalu dan PAS menang dengan majoriti yang amat kecil. Ternyata BN semakin berpengaruh. Tetapi eloklah dielakkan memberi umpan janji yang begitu nyata maksudnya: kalau kami menang kami buatkan jembatan! Ini macam memikat hati kanak-kanak dengan mengacungkan gula-gula atau aiskrim. Cukuplah kalau dinyatakan BN sedang memikirkan hal membuatkan jembatan itu.

Ngapolah pekerja-pekerja BN/UMNO nyato sangak berbeda dari pekerja-pekerja dan penykong-penyokong PAS. Cumo sikik yang pakai songkok atau ketayap. Di rumah ore buaklah mace ore di rumah tu. Ghoyakle mace ore di rumah 'tu. Baru ore rumah raso nyaman, satu se satu keturune, satu Malaysia. Ini date mace ore dari bule bawok janji sate lori penuh. Takko diraso mace nak menipu, gak?

Hambo como ngoyak jo. Nak berpolitik tak tau.

Friday, July 10, 2009

Menuliskan Pendapat melalui Blog

Aku dapati sudah ramai orang Melayu yg membuka facebook. Tapi yg mengendalikan halaman blog tidak ramai berbanding dengan bloggers berketurunan lain. PM sendiri telah menyeru pemimpin-pemimpin masyarakat untuk membuka halaman blog sendiri supaya senang hendak dihubungi oleh rakyat untuk menyampaikan pendapat.

Blog sudah merupakan suara orang ramai. Jika masyarakat Bumiputra tidak mau menyuarakan pendapat melalui blog (kendalian sendiri atau melalui blog orang lain), maka suara orang lainlah yang lebih lantang, lebih berpengaruh dlm menentukan 'public opinion' (pendapat awam).

Pengaruh blog sebagai media alternatif sudah diakui ramai. Apakah kaum Bumi mau ketinggalan pula dlm bidang usaha pembentukan 'public opinion' atau pendapat awam ini? Dulu pendapat itu mungkin disampaikan melalui wakil rakyat. Sekarang orang lebih suka menyampaikannya terus, walaupun kepada PM sendiri, melalui halaman blognya.

Wahai orang yang masih 'berselimut' walaupun selimut pelindungmu ( ekuiti dan hak-hak istimewa) sudah semakin terhakis.Bersuaralah melalui blog sendiri atau blog org lain
supaya dapat didengar dan diambil kira. Kalau terus berselimut dan berdiam diri
dan
cuma hebuh di kedai-kedai kopi, suaramu akan tenggelam seperti tenggelamnya hak-hak
pribumi yang lain.

Bersuara melalui blog lebih berdisiplin dan tertib, bukan main hentam kromo saja. Kena fikir betul-betul dulu sebelum bersuara. Kena ada 'opinion' (pendapat)yang tegas. Untuk buat begitu kena dengar dan membaca berita,baca buku dll. Kalau dengar berita, baca buku, menganalisa isu dan masalah masyarakat, menyuarakan fikiran dan menuliskan pendapat dengan lantang semuanya malas hendak dibuat - atau tidak tahu - janganlah hairan jika tiba-tiba menyedari
diri menjadi org asing di bumi sendiri. 1 Malaysia memerlukan masyarakat Bumi sama aktif dan sama berani dengan masyarakat keturunan lain.

BERSUARALAH MELALUI BLOGMU SENDIRI ATAU BLOG PENULIS-PENULIS LAIN UTK KEPENTINGAN BANGSA DAN NEGARA.

Saturday, July 4, 2009

Masalah Pembantu Rumah


Kerana banyaknya masalah mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia, telah ada cadangan untuk mendapatkan mereka dari Cina dan Filipina. Mengikut suatu sumber pembantu dari Cina itu cukup murah dan.......hebat. Saya minta izin untuk memetik blogger 'Cakap Tak serupa Bikin' yang
telah mendapatkan suatu gambar seorang pembantu yang kononnya digunakan oleh seorang kenamaan Cina di M alaysia.

Apakah isteri-isteri tidak menyinga jika suami mengambil pembantu rumah seperti dalam gambar? Apalagi dikalangan masyarakat Bumiputra! Hey, hey, hey......

Friday, July 3, 2009

Share Bumiputra Dlm Ekonomi Negara.


PM telah baru-baru ini telah membebaskan lagi sekatan-sekatan pelaburan dan perniagaan dalam negara untuk mencapai peningkatan ekonomi yang lebih pesat. Galakan pelaburan mesti lebih menarik dari yang terdapat dinegeri-negeri jiran untuk bersaing.

Tujuannya amat bagus. Tapi ia memerlukan 27 jenis perniagaan dibebaskan dari sebarang sekatan
untuk menjaga kepentingan Bumiputera. Ia termasuklah perniagaan di bidang kesihatan, sosial, pelancungan, pengangkutan, perniagaan, komputer, dan insuran. Peruntukan 3o% penyertaan Bumiputera dlm bidang-bidang ini dihapuskandan modal asing boleh mencapai 100%. Had penyertaan modal asing dalam bidan perniagaan borong (wholesale) dan pengurusan dana (fung management) dilonggarkan dari 49% kepada 70%.

Semua ini juga perlu kerana ekuity modal Bumiputera terus tertahan pada tahap 19.4% sejak 19 tahun laluwalaupun sasaran DEB ialah 30%. Ini kerana pehak Bumi telah menjual banyak saham yang dibeli. Dari RM54 billion ekuity yg terkumpul antara 1985-2005, hanya RM2 billion yg masih ada di tangan Bumiputers.

Soal yang boleh ditimbulkan dalam hal ini ialah: Apakah yang telah dibuat oleh PNB dengan segala skim dan syarikat di bawahnya ( ASN, ASB, ASM dll) yang bertujuan menambah milik saham Bumi putera? Kenapa hak milik itu terus berada diperingkat 19.4% sedang dana yang telah dikumpulkan terus berkembangah ? Tidakkah ia digunakan untuk menambah milik saham
Bumiputera? Dividen yg dikeluarkan tiap-tiap tahun tidaklah begitu tinggi. Apakah pengurusannya berjalan ditahap kecekapanan antarabangsa?

Jika PNB betul-betul berkesan kenapakah perlu ditubuhkan EKUINAS, untuk menjamin supaya
hakmilik saham Bumiputra terjamin dan dapat ditingkatkan lagi?

Sekarang kuasa FIC ( Foreign Investment Committee) sudah di kurangkan,siapakah yang akan menapis dan meluluskan permohonan untuk melabur di Malaysia? Siapakah yang akan menapis permohonan untuk melabur di Malaysia untuk memastikan bahawa kepentingan Bumiputra akan terus terjamin. Syarikat-syarikat Bumi yang mempunyai potensi akan dimajukan untuk menapai taraf operasi peringkat global. Apakah keriteri-keriteria yang akan digunakan untuk memilih syarikat-syarikat itu dan siapakah yang akan memilih?

Memang banyak sekali soalan-soalan yang belum terjawab. Kaum Bumiputra sendirilah yang harus menimbulkannya kerana orang-orang lain akan gembira dengan pemotongan syarat-syarat untuk melindungi hak Bumi itu.
m

Thursday, July 2, 2009

Mat Rempit....



Nampaknya pehak polis mahu kerjakan Mat Rempit secara habis-habisan kerana mengganggu pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Membahayakan nyawa mereka.

Aku simpati juga dengan anak-anak muda yang ingin mencuba kebolehan mereka mengawal sebuah motosikal yang sanggup dibeli. Ayah atau emak yang beli soal lain. Mereka mahu cuba memecut dan mengawal jentera itu. Soalnya di mana? Mana ada tempat yang sesuai jika tidak di jalan raya, waktu malam. Nak masuk gelanggang racing, nak bayar tiket tengok orang racing pun tak cukup modal.

Memang aku sendiri mahu try jadi Mat Rempit. Tapi motosikalnya mesti yang macam dalam loggambar. Tayar besar dan injinnya besar........

Betulke besar boleh bawa rebah. Tidak. Cukup kecil untuk diangkat ke mana-mana dan dimasukkan dalam boot kereta. Ha, haaaa....Gambarnya seperti yg diselipkan di sisi blog.

Monday, June 29, 2009

Nubhan Menghiburkan Jemputan Majlis Kahwin




Saya dan keluarga menghadiri suatu majlis perkahwinan di Kelana Jaya dan terkejut apabila mendapati bahawa Nubhan, bintang Akademi Fantasia ke 6 ada bersama dan telah sudi menyumbangkan beberapa buah lagu untuk hiburan hadirin. Walaupun alat karoake dan mikrofon yang disediakan untuknya tidaklah begitu baik. Ia juga tidak diberi pengenalan selayaknya oleh Juruhebah yang mengendalikan gerai karaoke itu.

Saya syngguh-sungguh terharu dengan kemurahan hati Nubhan untuk menunaikan permintaan hadirin walaupun dalam keadaan yang kurang memuaskan. Saya pernah melihat recording artist lain yang menolak permintaan menyanyi seperti itu kerana ....mungkin ia sumbangan percuma dan alat-alat pengiring serta pembesar suara yang digunakan tidak ada kelas....

Sayang lagu yang dinyanyikan tidak dapat dirakamkan. Cuma gambar-gambar kenangan ini saja yang ada.

Tuesday, June 23, 2009






It appears that this blog has been visited by a guess from oversea and I'm sorry that everything here is in Malay. So I'll just insert something in English to say our welcome to the blog. My other blog in English is at Norzah Thoughts on Life. The subjects touched upon are of course different. But pictures which are the prime concern of Gema Suka speak for themselves. So I'll insert more pictures for our oversea follower(s).
Pic 1. The little Darling.
Pic 2. The Little Dancers.
Pic 3: Malay mother and daughter.

Monday, June 22, 2009

Sunday, June 21, 2009

Nilai 3



Petang tadi Tun, Ani dan aku buat ekspedisi pergi ke Nilai 3 ikut jalan LEKAS. Dari Jalan Ampang menuju ke S'ban tanda jalan LEKAS begitu cepat dapat dilihat dan menuju ke Mantin dan Nilai. Kami ikut dengan gembira tapi tiba-tiba penunjuk jalan LEKAS itu hilang. Kami ikut terus jalan utama yang disedang dilalui menuju ke Seremban dan Johor Bahru. Tapi nama Mantin sudah tak jumpa lagi begitu juga nama Nilai yang hendak dituju. Sesudah beberapa simpan di lalui dengan merungut kerana tidak pasti kami masih di jalan yang betul atau tidak, barulah jumpa papantanda ke Seremban dan Johor semula. Heeh, dahsyat cara pehak berkuasa membuat tanda jalan. Kalau termasuk jalan salah tentu tak sampai ke tempat yang dituju.

Tak bolehkah tanda jalan diletakkan pada tiap-tiap kali hendak sampai ke simpang, tertulis besar pada papantanda DAN JUGA JALANRAYA ITU SENDIRI, SATU LAGI PADA PERSIMPANGAN DAN SATU LAGI SELEPAS SIMPAN. Yang akhir ini perlu untuk menyedapkan hati pelancung bahawa ia sudah memilih jalan yang betul. Banyak kali nama tempat yang hendak dituju terus hilang sehingga sudah dekat pada tempat itu. Kemungkinan masuk ke simpang yang salah amat besar sekali kepada pelancung yang belum kenal nama-nama bandar di Malaysia dan aturannya dari utara sampau ke selatan supaya tau misalnya bahawa
Mantin terletak di jalan ke Seremban, Tanjung Malim terletak di jalan ke Ipoh dan Ipoh terletak di jalan ke Kayu Hitam.

Bila papantanda hanya terletak dipersimpangan dan tulisannya adalah kecil, mana pemandu mahu tahu samaada hendak memasuki sesuatu simpang, hendak ke kiri atrau ke kanan, sehingga sudah terlepas dari simpan itu. Mahu undur semula bukannya senang di jalan yang sibuk.

Saturday, June 6, 2009

Hujung Minggu

">

Biasanya orang dihujung minggu bercuti dan bersenang-senang. Tapi kami telah balik kampung ( ke rumah di dalam post 'terkenang') dan bekerja membersihkannya sesudah selesai kerja menukar siling. Aku pun tunjuk muka seperti dlm gambar tapi sebenarnya bekerja mengecat atap di luar rumah. Tak siapa pun nak ambil gambr. Nanti esok aku tunjuk gambar rumah yang sudah dicat.

Friday, June 5, 2009

Kenangan


Sesudah memerhatikan berbagai-bagai bangunan moden yang terdapat di Ibukota, aku terkenang kepada rumah asalku di kampung Ulu Bendul. Ini rumah limas tempat aku membesar. Rumah asal lagi jauh ke dalam kampung dan gambarnya masih dicari.

Tidak ada sesiapa yang tinggal di rumah ini sekarang dan aku hanya mengunjunginya dalam sekali seminggu atau dua minggu.
Memang banyak sekali rumah-rumah yang tertinggal di kampung kerana orang-orang tua sudah meninggal dan yang muda sudah beli rumah di bandar.

Belum ada gambar rumah tempat aku tinggal sekarang yang diambil. Cuma pemandangan dari balkoni rumah. Di sinilah aku akan menghabiskan sisa-sisa hidupku, insya Allah.

Tuesday, May 26, 2009

warna warni

Dunia ini penuh warna warni. Cuma kita tidak sedar atau nampak perubahan-perubahan warna itu. Hanya kamera dan imaginasi yang dapat merakamkannya seperti berikut:




Dunia ini penuh warna warni. Cuma kita tidak sedar atau nampak peruban-perubahan warna itu. Hanya kamera dan imaginasi yang dapat merakamkannya seperti dalam gambar-gambar di atas.

Pemandangan Untuk di abadikan


Memang banyak sekali pemandangan di pantai-pantai tanah air yang amat menarik. Tapi kita imbas saja kemudian lupa. Aku cuba abadikan beberapa pemandangan di pantai Port Dickson dan Pulau Langkawi. Cubalah teka di mana dan ingatkan jika anda pernah ke situ tapi tidak menyedari keindahan yang terpampang di mata.




Gambar akhir ini telah diedit sedikit tapi tetap menunjukkan suatu pemandangan yang menarik nafas.

Monday, May 25, 2009

Sekejap di Langkawi


Aku telah menyertai isteri dan anak ke Langkawi pada 22 Mei.Dia org hadiri kursus pendek hujung minggu, aku mengulangkaji
bahasa Arab, baca novel Ken Follet 'World Without End" (1237 ppg) dan tumpang makan bersama dgn peserta-peserta kursus.
Terkenang masa berkursus dahulu, penuh gelak ketawa dan jenaka. Masih begitu rupanya dan aku turut seronok.
Aku pun ikut serta naik Bukit Mat Cincang, naik kereta kabel dan menyeberang jembatan gantung.

Inilah gambar gadis-gadis comel Jabatan Perumahan Negara cuba berenjut atas jembatan itu. Tapi sempat juga posing gila.

Thursday, May 21, 2009

Party



Berapa kalikah kita sudah menghadiri parti dan keramaian? Tentu sering sekali. Tetapi berapa kali pula kita mengadakan parti keluarga - parti untuk ahli-ahli keluarga bagi merapatkan silaturrahim, mendekatkan yang jauh dan memesrakan yang dekat. Mungkin ini lebih membahagiakan hidup.

Monday, May 18, 2009

Lepak dengan Baby



Kita selalu buang berjam-jam kerana lepak dengan kawan-kawan, dengan pakwe atau dengan makwe. Tau tak bahawa lepak dengan baby macam ni lebih menyeronokkan. Cakaplah apa saja, Dia cuma senyum, ketawa dan kalau dia bosan menangis. Beri susu dan boleh lepak lagi. He, he.

Saturday, May 16, 2009

Bual Keluarga



Sesudah anak-anak kita besar dan bekerja, susah nak dapat berbual-bual kosong bersama pada pagi minggu, Pagi ini kami dapat berbuat begitu dan memang membuka minda dan hati. Masing-masing punya falsafah hidup yang membuat kita rasa tua serta ketinggalan waktu. Abang yakin usahawan-usahawan Melayu tidak mendapat pengalaman dari jual barangan tepi jalan, hingga punya kedai sendiri dan akhirnya mengurus kilang-kilang sendiri. Ramai yang sudah kayaraya kerana peluang yang diberi oleh Kerajaan dan bukan kerana titik peluh dan perah otak dari kuli hingga menjadi CEO. Adik pula yakin orang Melayu banyak yang berpandangan negatif, tidak menerima segala ujian sebagai cabaran untuk menguji kebolehan sendiri dan berusaha mengatai kelemahan mereka.

Bagus. Dah tau masalah bangsa dan diri sendiri, carilah jalan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan itu. Kita orang sudah menjadi warga emas dan cuma boleh beri nasihat aje. Suruh buat apa-apa tak terdaya lagi he, he.