Friday, March 12, 2010

Paradigma Baru dan Perubahan-Perubahan Dasar Dasar

Banyak sekali perubahan-perubahan dasar dan 'model' kerja serta approach pembangunan yang sudah dan akan diistiharkan oleh Kerajaan sejak perubahan kepimpinan utamanya. Mantra 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan', slogan 1 Malaysia, dasar Meritocracy, dasar Pelaburan Asing tanpa syarat ekuiti 30% untuk Bumiputera, sistem IPTA dan IPTS dalam memberikan peluang mendeapat pendidikan tinggi, penghapusan berbagai-bagai jenis subsidi, penggunakan sistem NKRA dan KPI dalam penilaian kamajuan kerja dll. semua sudah diistiharkan. Hujung bulan Mac 2010, model ekonomi baru akan di istiharkan dan tidak lama lagi RMK11 pula akan dilancarkan.

Semua pehak pelaksana, Pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengimlementasikan semua perubahan-perubahan ini tentu PENING KEPALA. Apalai dengan gesaan yang tak putus-putus untuk tukar sikap, buat keputusan dengan cepat, dan bertindak secara innovatif dan kreatif. Memandangkan perkhidmatan awam mempunyai peratoran-peratoran kerja, perintah am dan surat-surat pekeliling yang bertimbun-timbun untuk di patuhi- kalau tidak nanti kena tindakn disiplin -
hanya yang betul-betul berani dan bersifat non-conformist akan berani bertindak mengikut initiatif sendiri.

Tambahan lagi, amat jelas dalam perkhidmatan awam, orang yg patuh mengikut perintah, angguk atas apa saja yg disuruh baik betul atau tidak, adil atau tidak, sentiasa mengipas buntut boss, itulah orang yang cepat naik pangkat, yang disambung khimat mereka secara kontyrek berkali-kali, walaupun sudah melepasi umur bersara. Yang punya pendirian sendiri, menggunakna otak dan pertimbangan sendiri, menggunakan initiatif dan daya innovasi dan kreatif sendiri, selalu jadi mangsa tuduhan keras kepala, tak ada team spirit, dan mahu menjadi 'smart alex' yang dicemuh.

Peerubahan model bertindak, sikap dan dasar-dasar yg telah diistiharkan oleh regim pentadbiran baru membawa implikasi yg amat banyak - yang sudah tentu belum pernah dikaji atau diteliti. Ia menghapuskan banyak asas-asas pentadbiran mengikut Dasar Ekonomi Baru, Penyusunan Semula Masyarakat, Penghapusan Jurang Pendapatan antara yang kayai dan yang miskin,
peningkatan ekuiti Bumiputera kepada 30%, pengaghian semula (redistribution) hasil dari pertumbuhan kekayaan negara (bukan hak yg sudah dimiliki oleh masing-masing kaum), menaikkan taraf hidup luarbandar dll. Penghapusan asas-asas yang telah menstabilkan negara itu boleh merosakkan imbangan yang sensitif, yang amat dijaga pada zaman DEB dulu.

Sudah menjadi adat kemajuan masyarakat, apa yang terhapus tidak akan dapat diujudkan kembali tanpa menimbulkan berbagai-bagai rungutan dan bantahan. Di sinilah timbulnya bahaya membuat berbagai-bagai perubahan dasar atau paradigma tindakan tanpa kajian yang teliti tentang akibat-akibat tiap-tiap satu perubahan itu. Misalnya kuasa Yang Dipertuan Agung untuk menghalang rang undang-undang yg tidak dipersetujui untuk menjadi undang-undang, telah pupus dan tidak dapat dikembalikan lagi, Lagi pun perubahan jika hendak berkesan mestilah dibuat sedikit demi sedikat, bukan dilonggokkan sekaligus. Ia adalah ibarat menukar sistem aliran jalan raya diberbagai-bagai tempat dan simpang dengan sekaligus. Sudah tentu akan berlaku traffic jam yg gila dan huru-hara.

Adalah harapan kita supaya kita lebih hati-hati dengan perubahan paradigma dan dasar-dasar yang telah mengambil berpuluh-puluh tahun untuk dibina memandangkan kedudukan perimbangan ras yg amat sensitif dinegara ini. Menukar dan menghapuskan yg lama amat senang. Mengubati penyakit baru yang akan timbul mungkin amat payah dan hari ini banyak penyakit-penyakit itu sudah mulai menunjukkan kepala hitamnya. Mengeluarkan dasar baru untuk mengubati tiap-tiap penyakit yang timbul bukanlah cara penyelesaian masalah jangka panjang yang bijak.

No comments:

Post a Comment