Wednesday, March 10, 2010

MENGARANG LWN LEPAK

Sesudah mengikuti blog dan facebook di internet ni begitu lama, saya rasa kurang senang dgn kebolehan waris-waris kita menuliskan pendapat dan perasan mereka dgn jelas. Lepak-lepak style, cakap je apa teragak, memang boleh, Itulah yg banyak dlm facebook. Tapi tulis secara mengarang sikit, dengan pemikiran dan menyelipkan pengalaman dan analisa pengalaman berguna....amat kureeeeng.

Ini BUKAN CACIAN tapi suatu tuduhan (indictment) terhadap kelemahan sistem pendidikan kita, khususnya dlm hal mengajar cara mengarang. Sistem peperiksaan secara objektif TELAH MEMBUNUH kebolehan menulis secara kreatif. Akibatnya: anak-anak muda kita boleh lepak sampai pagi, Suruh menulis mengenai sesuatu perkara....dua tiga ayat, kering.Bila dah kerja, dah terlalu sibuk untuk menulis panjang dan kreatif. Demikian bangsa kita rugi; buah fikiran dan tanggapan hidup anak-anak bangsa tidak dapat dirakamkan untuk dibaca dan dikaji bersama.

Mengarang lain, lepak lain. Lepak main hentam saja apa yang terpikir, ada hubungan antara satu dan lain atau tidak tak kira. Cubalah baca komen-komen dlm facebook. Ini bukan salah. Seronok membacanya. Tapi, kalau sesuatu pendapat itu dapat dikemukan dengan teliti, tersusun dan ada kesimpulan yang dapat dikongsi, alangkah bergunanya.Bertambah kayalah sastera lepak kita macam sastera lisan dulukala, hehehe.

Tak bolehkah cikgu-cikgu Bahasa beri sedikit panduan dlm internet ini mengenai cara nak mengarang? Dalam buku atau kuliah dalam kelas, ramai tak dengar. Formal sangat. Di sin boleh main hentam kromo saja disisip dgn jenaka, ajalkan berguna untuk panduan. Biarlah saya beri satu dua contoh.

MENCARI IDEA UNTUK JADI SUBJEK BUALAN. Benda ni banyak timbul dalam cit-cat fb. Tapi komen yg dibuat cuma sepatah dua. Memanglah tak boleh panjang-panjang dlm fb. Tapi dlm 'wall' dan tempat lain boleh. Pendek pun kalau penuh 'insight' sudah cukup memenuhi syarat karangan pendek. Katalah mengenai: lapar. Apa komen yg mungkin diterima? Gi lah kedai mamak, takde duit nak soru ke? meh aku belanja tapi kau bayar.." Kalau disuruh mengarang mengenai lapar, dua tiga baris tentu kering idea.

MENGEMBANGKAN IDEA. Inilah yg penting. Camne? Pakailah petua 4Y iH dlm jurnalism. What, when, where, why dan How. Komen yg boleh berbentuk karangan ringkas:. Kau lapar kerana apa, jang? Poso, tak ada duit nak soru kedai mamak. Atau kena penyakit tak kenyang makan? Atau tak mau makan. Penyakit kedua tu bahaya, boleh membawa kepada penyakit anorexia. Yang pertama pun bahaya, selalunya mengambil bentuk tak kenyang makan, mandi tak basah, tidur tak lena dll. Yang mana satu hinggap pada kau? Barangkali juga kau ni makan tak betul, tak cukup nutrient. Ada zat yagn kurang, zat yang penting untuk badan kau. Poilah jumpo doktor. Ndak nasihat dari aku pun boleh jo. Tapi kau belanja makan untuk aku sekali yo? dan sebagainya.

Kalau pandai kembangkan idea, nak tulis panjang mana pun boleh. Itulah mengarang namanya. Satu idea tapi berkembang seribu cabang. Kalau lepak kering di situ macam ludah atas simin panas dan kenalah masuk topik-topik lain. Cukuplah dulu
mengenai cari idea dan kembangkan idea. Boring ke? Kalau boring lantaklah melepak tapi tetap kosong. Jangan marah!!!

No comments:

Post a Comment