
Penerangan: Bahasa Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak zaman Pendita Zaaba. Apakah nahu dan struktur ayat juga sudah berubah? Apaka bahasa perbualan mesti lain dari bahasa tulisan sehingga menggunakan bahasa perbualan dalam tulisan boleh menyebabkan kesalahan nahu? Tidakkah susunan dan nahu Bahasa juga perlu dimodenkan mengikut keperluan masa?
1.Penggunaan "Ada" dan "Adalah" ( Ing: "is")
Di atas meja ada sebuah buku.( Susuan ayat biasa yang betul).Di atas jalanraya ada banyak kereta. Bolehkah di tulis:
Di atas meja sebuah buku. Di atas jalanraya banyak kereta, (?)
Ini adalah (sebuah) pasu bunga. Dia adalah seorang Guru. Bolehkan ditulis:
Ini (sebuah) pasu bunga. Dia seorang guru. (?)
Ayat-ayat dalam huruf condong dgn tandatanya itu adalah tidak betul jika mengikut nahu Inggeris di mana ayat mesti mengandungi katakerja (verb). Padahal mengikut nahu bahasa Arab tidak perlu katakerja itu dalam ayat penegasan seperti "Hua mudarisun" ( Ia seorang guru).
Dalam menjawab soalan lisan 'ada' dan 'adalah' juga tidak perlu digunakan. Contohnya, : "Ini apa?" jawabnya " Ini pasu bunga." "Apakah (yang ada) di atas meja itu?" Jawabnya: "Di atas meja (itu) sebuah buku." Memang tidak perlu "ada". Begitu juga dengan soalan "Dia siapa?". Jawabnya "Dia seorang guru." ( Tak perlu "adalah')
Oleh itu ayat-ayat bertanda soalan itu tidaklah salah. Di dalam peperiksaan ia mungkin di salahkan dan ini patut dikaji semula. Kita mahu ikut tatabahasa Inggeris atau Arab?
Lain halnya dengan penggunaan ada dan adalah sebagai katakerja menunjuk kepunyaan. 'Saya ada sebuah buku" adalah serupa dengan " Saya mempunyai sebuah buku". " Ada air adalah ikan" Di sini penggunaannya memang wajib.
2.Penggunaan "oleh" (Ing: "by") dalam ayat berbertuk Pasif ( Passive mode).
Kerja itu dibuat oleh Talib. Tidak kah cukup jika disebut: "Kerja itu dibuat Talib," saja? Mengikut atoran nahu Inggeris yang memberi bentuk aktif dan pasif kepada ayat, ayat pasif mesti menggunakan "by" (oleh). Istilah itulah yang membezakan bentuk aktif dan pasif. "Talib membuat kerja itu." (aktif), " Kerja itu dibuat oleh Talib" (pasif). Perlukan hukum ini dipertahankan kerana "Kerja itu dibuat Talib' sudah cukup jelas maksudnya."Rumah itu dipecah pencuri" juga sudah jelas maksudnya tanpa penggunaan "oleh" dan menambah "i" kepada "pecah" (pecahi),( dimasuki dll.)[ Penggunaan awalan dan akhiran seperti "i" akan dibincangkan kemudian.]
Jika cara baru ini diterima istilah "oleh" cuma terdapat dalam bentuk istilah terbitan :beroleh (mendapat), memperoleh (mendapati), perolehan (yang didapati) dll.
3. Mengulang-ulangi perkataan" telah" untuk menunjuk perbuatan berlalu (Ing:past tense)
Katakerja dalam bahasa Malaysia tidak berubah bentuknya apabila sesuatu perbuatan itu dalam bentuk masa lalu. Kita hanya menggunakan telah sebagai penunjuk waktu silam. Akibatnya ia perlu disebut berulang-ulang kali. Contohnya: "Saya telah pergi ke Seremban. Saya telah bertemu dengan seorang kawan. Ia telah menetap di sana sejak ia telah bersara. Rupanya telah bertambah tua dan ia telah tidak boleh berjalan dengan tegap lagi." Terdapat enam telah dalam petikan itu. Tak bolehkah kita gunakan satu telah saja pada ayat pertama dan yang lainnya digugurkan?Lantas petikan itu menjadi: "Saya telah pergi ke Seremban. Saya bertemu dengan seorang kawan. Ia menetap di sana sejak bersara....(dll)" Ini akan memadatkan karangan selain usaha mencantumkan ayat-ayat pendek itu.