Sunday, June 21, 2009

Nilai 3



Petang tadi Tun, Ani dan aku buat ekspedisi pergi ke Nilai 3 ikut jalan LEKAS. Dari Jalan Ampang menuju ke S'ban tanda jalan LEKAS begitu cepat dapat dilihat dan menuju ke Mantin dan Nilai. Kami ikut dengan gembira tapi tiba-tiba penunjuk jalan LEKAS itu hilang. Kami ikut terus jalan utama yang disedang dilalui menuju ke Seremban dan Johor Bahru. Tapi nama Mantin sudah tak jumpa lagi begitu juga nama Nilai yang hendak dituju. Sesudah beberapa simpan di lalui dengan merungut kerana tidak pasti kami masih di jalan yang betul atau tidak, barulah jumpa papantanda ke Seremban dan Johor semula. Heeh, dahsyat cara pehak berkuasa membuat tanda jalan. Kalau termasuk jalan salah tentu tak sampai ke tempat yang dituju.

Tak bolehkah tanda jalan diletakkan pada tiap-tiap kali hendak sampai ke simpang, tertulis besar pada papantanda DAN JUGA JALANRAYA ITU SENDIRI, SATU LAGI PADA PERSIMPANGAN DAN SATU LAGI SELEPAS SIMPAN. Yang akhir ini perlu untuk menyedapkan hati pelancung bahawa ia sudah memilih jalan yang betul. Banyak kali nama tempat yang hendak dituju terus hilang sehingga sudah dekat pada tempat itu. Kemungkinan masuk ke simpang yang salah amat besar sekali kepada pelancung yang belum kenal nama-nama bandar di Malaysia dan aturannya dari utara sampau ke selatan supaya tau misalnya bahawa
Mantin terletak di jalan ke Seremban, Tanjung Malim terletak di jalan ke Ipoh dan Ipoh terletak di jalan ke Kayu Hitam.

Bila papantanda hanya terletak dipersimpangan dan tulisannya adalah kecil, mana pemandu mahu tahu samaada hendak memasuki sesuatu simpang, hendak ke kiri atrau ke kanan, sehingga sudah terlepas dari simpan itu. Mahu undur semula bukannya senang di jalan yang sibuk.

1 comment:

  1. salam Dato'
    Masalah signboard ni berlaku di mana mana kat Msia... Jumpa signboard ..Ikut punya ikut pastu hilang..bukan setakat sesat barat lagi sesat timur sesat selatan semua semuanya berlaku..... Apa punya mentality la Bhgn yang buat signboard ni..Cuba lah berfikir bagi pihak pengguna...agaknya dia letak papan tanda tu ikut apa yang dia fikir ok je.....Semakin lama semakin tenat keadaan ni tak improve 2...

    ReplyDelete