Friday, June 5, 2009

Kenangan


Sesudah memerhatikan berbagai-bagai bangunan moden yang terdapat di Ibukota, aku terkenang kepada rumah asalku di kampung Ulu Bendul. Ini rumah limas tempat aku membesar. Rumah asal lagi jauh ke dalam kampung dan gambarnya masih dicari.

Tidak ada sesiapa yang tinggal di rumah ini sekarang dan aku hanya mengunjunginya dalam sekali seminggu atau dua minggu.
Memang banyak sekali rumah-rumah yang tertinggal di kampung kerana orang-orang tua sudah meninggal dan yang muda sudah beli rumah di bandar.

Belum ada gambar rumah tempat aku tinggal sekarang yang diambil. Cuma pemandangan dari balkoni rumah. Di sinilah aku akan menghabiskan sisa-sisa hidupku, insya Allah.

1 comment:

  1. Salam Dato', setiap sudut dalam kawasan rumah tu ada kenangan tersendiri....bak kata lagu:
    Tidaklah boleh dikenangla kenang
    Airlah mata jatuh berlinang
    Karam di laut boleh direnang
    Karam di hati....(teringat nak pulang)

    ReplyDelete