Wednesday, June 16, 2010

Suatu Sikap Orang Melayu Yg Merugikan

Telah banyak yang diperkatakan mengenai sifat-sifat orang Melayu yang menyebakan masyarakat Melayu pada keseluruhannya susah mahu bersaing dengan bangsa asing dalam mencari kemajuan ekonomi.Mereka pernah dikatakan "pemalas", mempunyai sikap "tidak apa" atau "tidakpathy", "tidak suka menolong orang lain", tidak suka jika orang lain lebih maju dari mereka" dan sebgainya. Sama ada semua ini benar atau tidak, tidak menjadi soalan. Yang penting semuanya sedikit sebk menyebabkan setelah lebih 50 tahun merdeka, orang Melayu masih belum dapat menandingi masyarakat keturunan asing dalam mencari kemajuan ekonomi.

Sebelum memepersoalkan kenapa cubalah kita perhatikan masalah tidak suka menolong orang lain itu dahulu atau tidak suka melihat orang lain (bangsa sendiri) lebih maju. Antara faktor-faktor yang melibatkan lahirnya sikap itu mengikut pandangan saya adalah kerana diri sendiri belum cukup, hati belum dapat menerima akikat rezki orang takkan dapat dek kita dan rezki kita takkan pergi kat orang. Belum ada sifat kinaah, puashati dan redha dgn apa yang diberi Allah pada diri sendiri.

Dengarlah cakap-cakap orang sekeliling, siaran radi dan tv dan bacalah surat-surat khabar. Orang Melayulah yang hebuh mencela, mengumpat, mengutuk dan menghentam perbuatan pemimpin bangsa sendiri. Pemimpin-pemimpin dari keturunan asing buat macam-macam, no comment. Buat duit bertan-tan, no comment. Beri kontrek kerja kepada kaum sendiri, no comment. Lantik kaum keluarga jadi itu dan ini, no komen. Orang Melayu, jangan sila[p sikit, basah kepala kena ludah. Kita lupa perpatah: Tepuk air dalam dulang, terkena muka sendiri.

Sebab tu bany7ak perkara orang Melayu nak buat tak jadi. Belum apa-apa dah hebuh, riuh kena kecam dan kena keji. Orang lain buat senyap-senyap tiba-tiba warung tepi jalan dah jadi kompleks beli belah, kolej kecil dah jadi universiti dengan nama
peribadi sendiri, tempat peranginan dah jadi sebuah negeri sendiri, lorong jual minuman ringan jadi Petaling Street atau Little China yg hebat. Melayu semua hilang. Dulu ada pasar malam hebat di Kg Bharu, dah hilang, ada bas Serijaya dah hilang, ada
Kg Melayu di PJ dah hapus oleh bangunan perniagaan bangsa asing yang lebih hebat.....

Dahlah, Panjang cerita tak guna. Nampaknya kita akan selama-lamanya jadi bangsa yang pandai mengumpat, mencaci, mendengki, mengutuk dan menjatuhkan kaum sendiri. Janganlah salahkan orang lain.

1 comment:

  1. Saya pernah dengar pengucapan seorg insan..bukan Islam..."awak cakap Islam agama bagus..tapi awak lihatlah sendiri berapa ramai org Islam yg bagus"...KENAPA???..hanya kerana ramai insan mewarisi agama dari keturunan mereka..."orang Melayu mewarisi Islam"...tapi tidak mengamalkan tuntutan agama Islam...itulah yg menjadi pokok kepada segala masalah....bila kita nak sedar...bila kita nak bangkit?....sedangkan org2 Yahudi sanggup mempelajari al Quran utk ilmu dan mengenal cara melemahkan kita...

    ReplyDelete