Sunday, May 23, 2010

Nasionalisma dan Perkauman

Sudah lama tidak ada entry baru di ruangan ini kerana tidak ada respon yang boleh memberi dorongan. Ternyata blog dlm bahasa Inggeris lebih mendapat perhatian dari blog dalam Bahasa Malaysia - Bahasa Melayu sendiri,

Ada dua kesimpulan yang boleh dibuat. Kawan-kawan yang membaca tidak begitu berminat berbertukar pendapat dalam Bahasa Melayu atau mereka tidak begitu mengerti camna nak buat blog dan berbincang dlm ruangan blog. Saya cenderung mempercayai
kesimpulan kedua kerana komen-komen dlm facebook cuma pendek-pendek aja dan penuh tirubunyi ( aah, oooh, eik, perg dll,)
Kadang-kadang catitannya cuma sepatah dua. Andai ketiga, Mereka malas untuk menulis panjang sikit, Andai keempat, tak ada modal. Sebab? Tak membaca.

Jangan marah kerana semua tu andaian je. Sayang sekali jika peluang belajar menulis dalam blog tu tak digunakan. Cuma mampu
menulis sepatah dua dlm facebook aja. Kalau alasannya takut nak menulis panjang, takut tersalah, blog adalah untuk merapu. Boleh hentam apa saja asalkan bertanggungjawab dan tidak lucah.

Hari ini negeri ini penuh dengan tuduhan masing-masing keturunan bersifat perkauman. Satu pihak menuduh yang lain begitu dan terus mau turut melaung-laungkan hak kaum sendiri. Ini membuat pihak lain bimbang dan mulai pulak melaung-laungkan hak sendiri. Lalu semua kaum melaung-laung hingga boleh menimbulkan huru-hara.

Sifat perkauman tidak sama dengan nasionalisma. yang memperjuangkan hak bangsa dan negara - hak 1 Malaysia bukan hak masing-masing kaum. Nasionalisma menumpukan perhatian kepada kepentingan negara dan rakyat secara menyeluruh, bukan kepentingan masing-masing kaum. Jika kepentingan kaum sendiri saja yang diutamakan, itu bukan nasionalisme.Pemimpin politik masing-masing kaum harus sedar hal itu. Bila memperkatakan kepentingan kaum sendiri mesti ambil kira kepentingan kaum-kaum lain yang juga rakyat tanah air ini.

Itu saja yang ingin ditekankan kali ini. Tulis panjang-panjang dalam Bahasa melayu nanti tak ada yang mau membaca. Apalagi kalau mengenai Bahasa itu sendiri, Nampaknya ramai yang lebih suka membaca blog dlm bahasa Inggeris. Apa nak jadi kepada Bahasa Malaysia - bahasa Melayu, almaklum sendirilah.

2 comments:

  1. memang kajian perlu dibuat tentang hal memartabatkan BM.sbg contoh sila perhatikan pelajar2 Cina yg wajib menduduki kertas BM..mrk mmg tidak mahir berbahasa Melayu..tetapi blh menulis dengan baik,seterusnya mencapai keputusan A dlm BM...sedangkan kebanyakan org Melayu sekadar cukup makan ...memang benar kata dato..org Melayu krg membaca...sebab tu kurang idea utk dipersembahkan..org tu termasuklah sy...moga dato terus menulis..insyaAllah ada yg ingin membaca...

    ReplyDelete
  2. Terima ksih atas komen tu, Summer. Lama saya tak update blog ini kerana tak ada sambutan. Insyallah sekali sekali akan saya update juga.

    ReplyDelete