Wednesday, September 23, 2009

Aidilfitri walMaulidi

Hariraya Aidilfitri tahun ini mencucuri berkah
pada harijadiku yang kian bertambah
terasa begitu berliku jalanan pahit dan manis bertukar ganti
seolah-olah menunggu untuk menyampaikan suatu hakiki
mengenai rahsia hidup dan mati.


Negeri terjajah sudah merdeka lebih setengah abad
membawa bahagia, kemewahan dan kini ujian berat
rakyat berbilang kaum mulai mendesak tuntutan tersendiri
tanpa mengenang asal sebagai perantau yang mengecap seribu budi
melihat kuasa pemerintah sudah mulai berpecah bahagi.

Ramai yang kayaraya tapi bukan kerana berniaga
kuasa bukan lagi serana untuk menegakkan kebenaran saksama
pabila keduanya terpisah ramailah yang lemah menjadi magsa
hak asasi terjejas dan janji-janji murni tinggal sebutan
sedang yang sudah kaya hidup berpesta lupa daratan.

Wang melimpah ruah disedut raksaksa jelmaan manusia rakus
rintangan undang-undang dapat ditangkis dan dibulus
sehingga neraca keadilan menjadi peremainan angin kencang
ke mana kuasa melambai ke situlah penghakiman ditatang
kuasa raja dalam perlembagaaan telah dihakis dewan perundangan.

Ke mana lagi kedaulatan negara hendak berlindung
jika semua pokok-pokok keadilan telah kehilangan daun dan condung
permainan politik menjadi taruhan masa hadapan
tersilap membuang undi akan runtuhlah suatu gagasan
sebuah negara berdaulat dengan rakyat dari berbagai keturunan.

Bertembungnya bulan Syawal dengan September bulan kelahiranku
hati ini terasa riang tetapi sekaligus diserang sendu
melihat kepimpinan negara terumbang ambing kehilangan restu.

24.9. 2009. Norzah

No comments:

Post a Comment