Saturday, May 16, 2009

Bual Keluarga



Sesudah anak-anak kita besar dan bekerja, susah nak dapat berbual-bual kosong bersama pada pagi minggu, Pagi ini kami dapat berbuat begitu dan memang membuka minda dan hati. Masing-masing punya falsafah hidup yang membuat kita rasa tua serta ketinggalan waktu. Abang yakin usahawan-usahawan Melayu tidak mendapat pengalaman dari jual barangan tepi jalan, hingga punya kedai sendiri dan akhirnya mengurus kilang-kilang sendiri. Ramai yang sudah kayaraya kerana peluang yang diberi oleh Kerajaan dan bukan kerana titik peluh dan perah otak dari kuli hingga menjadi CEO. Adik pula yakin orang Melayu banyak yang berpandangan negatif, tidak menerima segala ujian sebagai cabaran untuk menguji kebolehan sendiri dan berusaha mengatai kelemahan mereka.

Bagus. Dah tau masalah bangsa dan diri sendiri, carilah jalan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan itu. Kita orang sudah menjadi warga emas dan cuma boleh beri nasihat aje. Suruh buat apa-apa tak terdaya lagi he, he.

1 comment:

  1. Adik pula yakin orang Melayu banyak yang berpandangan negatif <--- ..orang Melayu ramai yang positif..tak caya pergi check kat Pusat serenti Positif Dadah dan HIV ekekeke. Orang Melayu punya vision..tapi vision dia di Langkawi ...pinggan mangkuk vision muuhhahahaaaa... Hidup Melayu!

    ReplyDelete