Friday, March 12, 2010

Paradigma Baru dan Perubahan-Perubahan Dasar Dasar

Banyak sekali perubahan-perubahan dasar dan 'model' kerja serta approach pembangunan yang sudah dan akan diistiharkan oleh Kerajaan sejak perubahan kepimpinan utamanya. Mantra 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan', slogan 1 Malaysia, dasar Meritocracy, dasar Pelaburan Asing tanpa syarat ekuiti 30% untuk Bumiputera, sistem IPTA dan IPTS dalam memberikan peluang mendeapat pendidikan tinggi, penghapusan berbagai-bagai jenis subsidi, penggunakan sistem NKRA dan KPI dalam penilaian kamajuan kerja dll. semua sudah diistiharkan. Hujung bulan Mac 2010, model ekonomi baru akan di istiharkan dan tidak lama lagi RMK11 pula akan dilancarkan.

Semua pehak pelaksana, Pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengimlementasikan semua perubahan-perubahan ini tentu PENING KEPALA. Apalai dengan gesaan yang tak putus-putus untuk tukar sikap, buat keputusan dengan cepat, dan bertindak secara innovatif dan kreatif. Memandangkan perkhidmatan awam mempunyai peratoran-peratoran kerja, perintah am dan surat-surat pekeliling yang bertimbun-timbun untuk di patuhi- kalau tidak nanti kena tindakn disiplin -
hanya yang betul-betul berani dan bersifat non-conformist akan berani bertindak mengikut initiatif sendiri.

Tambahan lagi, amat jelas dalam perkhidmatan awam, orang yg patuh mengikut perintah, angguk atas apa saja yg disuruh baik betul atau tidak, adil atau tidak, sentiasa mengipas buntut boss, itulah orang yang cepat naik pangkat, yang disambung khimat mereka secara kontyrek berkali-kali, walaupun sudah melepasi umur bersara. Yang punya pendirian sendiri, menggunakna otak dan pertimbangan sendiri, menggunakan initiatif dan daya innovasi dan kreatif sendiri, selalu jadi mangsa tuduhan keras kepala, tak ada team spirit, dan mahu menjadi 'smart alex' yang dicemuh.

Peerubahan model bertindak, sikap dan dasar-dasar yg telah diistiharkan oleh regim pentadbiran baru membawa implikasi yg amat banyak - yang sudah tentu belum pernah dikaji atau diteliti. Ia menghapuskan banyak asas-asas pentadbiran mengikut Dasar Ekonomi Baru, Penyusunan Semula Masyarakat, Penghapusan Jurang Pendapatan antara yang kayai dan yang miskin,
peningkatan ekuiti Bumiputera kepada 30%, pengaghian semula (redistribution) hasil dari pertumbuhan kekayaan negara (bukan hak yg sudah dimiliki oleh masing-masing kaum), menaikkan taraf hidup luarbandar dll. Penghapusan asas-asas yang telah menstabilkan negara itu boleh merosakkan imbangan yang sensitif, yang amat dijaga pada zaman DEB dulu.

Sudah menjadi adat kemajuan masyarakat, apa yang terhapus tidak akan dapat diujudkan kembali tanpa menimbulkan berbagai-bagai rungutan dan bantahan. Di sinilah timbulnya bahaya membuat berbagai-bagai perubahan dasar atau paradigma tindakan tanpa kajian yang teliti tentang akibat-akibat tiap-tiap satu perubahan itu. Misalnya kuasa Yang Dipertuan Agung untuk menghalang rang undang-undang yg tidak dipersetujui untuk menjadi undang-undang, telah pupus dan tidak dapat dikembalikan lagi, Lagi pun perubahan jika hendak berkesan mestilah dibuat sedikit demi sedikat, bukan dilonggokkan sekaligus. Ia adalah ibarat menukar sistem aliran jalan raya diberbagai-bagai tempat dan simpang dengan sekaligus. Sudah tentu akan berlaku traffic jam yg gila dan huru-hara.

Adalah harapan kita supaya kita lebih hati-hati dengan perubahan paradigma dan dasar-dasar yang telah mengambil berpuluh-puluh tahun untuk dibina memandangkan kedudukan perimbangan ras yg amat sensitif dinegara ini. Menukar dan menghapuskan yg lama amat senang. Mengubati penyakit baru yang akan timbul mungkin amat payah dan hari ini banyak penyakit-penyakit itu sudah mulai menunjukkan kepala hitamnya. Mengeluarkan dasar baru untuk mengubati tiap-tiap penyakit yang timbul bukanlah cara penyelesaian masalah jangka panjang yang bijak.

Wednesday, March 10, 2010

MENGARANG LWN LEPAK

Sesudah mengikuti blog dan facebook di internet ni begitu lama, saya rasa kurang senang dgn kebolehan waris-waris kita menuliskan pendapat dan perasan mereka dgn jelas. Lepak-lepak style, cakap je apa teragak, memang boleh, Itulah yg banyak dlm facebook. Tapi tulis secara mengarang sikit, dengan pemikiran dan menyelipkan pengalaman dan analisa pengalaman berguna....amat kureeeeng.

Ini BUKAN CACIAN tapi suatu tuduhan (indictment) terhadap kelemahan sistem pendidikan kita, khususnya dlm hal mengajar cara mengarang. Sistem peperiksaan secara objektif TELAH MEMBUNUH kebolehan menulis secara kreatif. Akibatnya: anak-anak muda kita boleh lepak sampai pagi, Suruh menulis mengenai sesuatu perkara....dua tiga ayat, kering.Bila dah kerja, dah terlalu sibuk untuk menulis panjang dan kreatif. Demikian bangsa kita rugi; buah fikiran dan tanggapan hidup anak-anak bangsa tidak dapat dirakamkan untuk dibaca dan dikaji bersama.

Mengarang lain, lepak lain. Lepak main hentam saja apa yang terpikir, ada hubungan antara satu dan lain atau tidak tak kira. Cubalah baca komen-komen dlm facebook. Ini bukan salah. Seronok membacanya. Tapi, kalau sesuatu pendapat itu dapat dikemukan dengan teliti, tersusun dan ada kesimpulan yang dapat dikongsi, alangkah bergunanya.Bertambah kayalah sastera lepak kita macam sastera lisan dulukala, hehehe.

Tak bolehkah cikgu-cikgu Bahasa beri sedikit panduan dlm internet ini mengenai cara nak mengarang? Dalam buku atau kuliah dalam kelas, ramai tak dengar. Formal sangat. Di sin boleh main hentam kromo saja disisip dgn jenaka, ajalkan berguna untuk panduan. Biarlah saya beri satu dua contoh.

MENCARI IDEA UNTUK JADI SUBJEK BUALAN. Benda ni banyak timbul dalam cit-cat fb. Tapi komen yg dibuat cuma sepatah dua. Memanglah tak boleh panjang-panjang dlm fb. Tapi dlm 'wall' dan tempat lain boleh. Pendek pun kalau penuh 'insight' sudah cukup memenuhi syarat karangan pendek. Katalah mengenai: lapar. Apa komen yg mungkin diterima? Gi lah kedai mamak, takde duit nak soru ke? meh aku belanja tapi kau bayar.." Kalau disuruh mengarang mengenai lapar, dua tiga baris tentu kering idea.

MENGEMBANGKAN IDEA. Inilah yg penting. Camne? Pakailah petua 4Y iH dlm jurnalism. What, when, where, why dan How. Komen yg boleh berbentuk karangan ringkas:. Kau lapar kerana apa, jang? Poso, tak ada duit nak soru kedai mamak. Atau kena penyakit tak kenyang makan? Atau tak mau makan. Penyakit kedua tu bahaya, boleh membawa kepada penyakit anorexia. Yang pertama pun bahaya, selalunya mengambil bentuk tak kenyang makan, mandi tak basah, tidur tak lena dll. Yang mana satu hinggap pada kau? Barangkali juga kau ni makan tak betul, tak cukup nutrient. Ada zat yagn kurang, zat yang penting untuk badan kau. Poilah jumpo doktor. Ndak nasihat dari aku pun boleh jo. Tapi kau belanja makan untuk aku sekali yo? dan sebagainya.

Kalau pandai kembangkan idea, nak tulis panjang mana pun boleh. Itulah mengarang namanya. Satu idea tapi berkembang seribu cabang. Kalau lepak kering di situ macam ludah atas simin panas dan kenalah masuk topik-topik lain. Cukuplah dulu
mengenai cari idea dan kembangkan idea. Boring ke? Kalau boring lantaklah melepak tapi tetap kosong. Jangan marah!!!

Monday, March 8, 2010

Ikan dan Kolam...

Aku ada kolam kecil dan ikan-ikan koi di dalamnya semua nampak besar-besar. Tapi bila aku pergi lihat sebuah kolam yang amat besar, ikan-ikan yang besar di dalamnya pun kelihatan kecil-kecil belaka. Maknanya kalau ikan-ikan besar dalam kolam kecil aku melumpat masuk ke kolam yang besar, sudah tentu semua jadi kecil-kecil belaka kerana sduah ujud terlalu ramai yang lebih besar.....


Mungkin pemimpin-pemimpin besar dalam parti kecil mahu mengambil sedikat iktibar dari cerita ikan dan kolam di atas. Kalau terasa tidak diberi peluang menjadi lebih besar dalam kolam yang kecil, melumpat ke kolam yang jauh lebih besar tidak bererti peluang itu akan bertambah kerana sangat banyak ikan-ikan lebih besar dalam kolam itu. Tak betul-betul, terus menjadi ikan sangat kecil dan di'ngap' oleh ikan-ikan besar tu.

Tapi ikan-ikan kecil dalam kolam kecil tu akan sukadan bersorak rianglah kalau ikan-ikan yang besar melumpat masuk ke kolam lain. L:ebih banyak peluang ia menjadi ikan yang besar dalam kolam kecil itu. Cuma penjaga-penjaga kolamlah yang bimbang kerana ikan-ikan besar dalam kolamnya semakin berkurangan. Kecuali jika ia sanggup mencari ikan-ikan besar lain untuk dibawa masuk ke dalam kolamnya....

Isy...mengelirukan cita ikan dan kolam ni. Yang membimbangkan ada ikan-ikan kolam besar yang yakin ia sudah cukup besar untuk menjadi ikan lautan luas. Bila keluar dari Selat Melaka atau pesisiran pantai timur baru tergamam melihat samudera Atlantic atau Pacific yang begitu besar dan luas. Habis tu camne? Baliklah ke kolam sendiri buat hebuh, dah jumpa dan berkawan dengan ikan-ikan paus dan ikan-ikan yu lautan dalam, oleh itu janganlah nak pray-pray ( play-play) dengan mereka. Elok ikut saja kata mereka supaya kolam terus tenteram dan damai.

Cukuplah cita ikan dan kolam sampai di sini dulu, hehehe.

Saturday, March 6, 2010

Bacalah Blog-blog Scribe dan Jurnalis Ternama....

Waktu mula menulis dalam blog ini, aku memang tidak harap mendapat pembaca yg ramai. Ia lebih untuk jadi tempat meluahkan perasaan sendiri. Memang sudah ramai scribes dan jurnalis-jurnalis setengah bersara yg membawakan berbagai-bagai berita dan isu-isu semasa untuk mencabuk minda anak-anak Melayu dan msyarakat amnya. Mereka sudah menerima berjuta-juta pengunjung dan merupakan sumber maklumat utama disamping mainstream media. Malaysiakini mislanya merupakan sumber maklumat alternatif yg bertenaga.Website Cek Det, Kadir Jasin, Rocky Bru dll. amat penting dibaca untuk keep-up dengan hal-hal semasa.

Aku bukan scribe atau jurnalis. Cuma tukang komen mengenai hal-hal yang menarik perhatian. Kita harus maklum bahawa bukan semua maklumat boleh memberi erti dan bermunafaat kepada kita. Malah ia boleh mengelirukan, membuat kita bingung dan kadang-kadang terpesung. Fakta-fakta maklumat hanya membawa erti dalam konteks tertentu. Misalnya, siapa peduli jika berlaku kecurian atau pecah rumah di tempat yg kita tidak tau. Tapi kalau dekat rumah kita, baru jadi bimbang. Siapa peduli kalau berpuluh-puluh orang mati dalam pelanggaran jalanraya tiap-tiap hari. Tapi kalau ada sdr-mara kita terlibat, atau makin banyak pelanggaran berlaku waktu ada operasi tertentu, baru kita menyoal kenapa.

Sekarang kejadian Wakil Rakyat melumpat-lumpat tukar parti semakin menjadi-jadi. Pemimpin2 parti terlibat tentu bimbang. Tapi kita semua? Mereka yg tidak tau tentang perimbangan yang tipis dalam Dewan Perundangan Negeri atau Persekutuan, tidak sedar kepentingan wakil-wakil rakyat atau ahli J/K sesuatu parti melumpat keluar. Ia boleh menyebabkan sesuatu Kerajaan Negeri tumbang, juga Kerajaan Persekutuan. Pembangkang boleh naik jadi Pemerintah dan Pemerintah jatuh menjadi Pembangkang. Bila sudah sedarkan hal ini baru tiap-tiap kisah wakil rakyat melumpat keluar parti akan menjadi maklumat penting.

Malaysia sudah merdeka lebih 52 tahun. Tiap kali kita dengar pemimpin-pemimpin politik berkata 'rakyat sudah matang dengan hal-jal politik.' Pemimpin-pemimpin politik sendiri mengira mereka sudah amat matang. Tetapi jika mereka mengambil peluang untuk mengambil kursus sains politik dan mendengar ceramah mengenai teori-teori dan falsafah politik, tentu mereka akan sedar sedalam mana pengetahuan mereka mengenai politik. Pengalaman saja tak cukup. Ia mengandungi perbuatan yang betul dan yang salah. Kalau Communism, Socialism, Facism, Marxism dll mempunyai banyak aspek-aspek yg tak dapat diterima, demokrasi juga banyak kecacatan yang perlu diatasi. Socialism USSR gagal tetapi Communism dinegeri Cina masih ampuh dengan penyesuaian-penyesuaian yg bijak. Islamism di Afghanistan bawah pimpinan Taliuban gagal tapi Islamism cara Iran ok. Apa pulak corak Islamism di negara-negara Islam yg lain?

Kerana itu anak-anak muda Malaysia, khsusnya yg pada masa ini syok dengan videogames and lepak di facebook perlu meneliti blog-blog scribes dan jurnalis-jurnalis yang sudah ternama untuk mendapat pengertian yang baik dan lengkap mengenai keadaan negara dan masyarakat mereka. Apalagi kalau memang kurang membaca akhbar dan buku-buku ilmiah.
Kalau kita ikuti separuh dari perbualan dalam FB sekarang, kita akn berasa kurang senang dengan perkara-perkara yg jadi bualan - sangat remeh dan biasa. Tidak ada pertukaran maklumat yang boleh membawa kepada pengluasan kesedaran dan
horizon intelek. Internet dijadikan tempat bermain dan berhibur saja. Memang tak salah tapi boleh merugikan. Ia boleh mejadi halaman untuk mengasah bakat menulis dan mengembang buah fikiran.

Kenapa tak ambil peluang itu sebelum kita juga tertinggal dalam bidang poltical awareness seperti kita tertinggal dan terus tertinggal dalam bidang kemajuan ekonomi.

Thursday, March 4, 2010

Sajak Utk Mereka yg Masih Solo


Tuhan menjadikan semua
berpasangan
dari semulia manusia kepada serengga melata
sebelum tersempurna fitrah
tertangguhlah iradah.


Jejaka ibarat saham di pasaran
turun naik
harganya mengikut prestasi dan permintaan
boleh pecah lot dan tambah potfolio lagi
wanita seperti nobel penuh misteri
barunya panas hangat diperkatakan
terlajak musim
tiada yang nak simpan.

Janganlah jejaka menunggu saat pasaran
jatuh mendadak
tenaga lesu selera sebu dan jelak
sedang nobel yang tidak disentuh dibaca
menjadi rapuh dimakan kulat
lenyaplah nilai misteri
seperti lampu tidak berapi.


Tajamnya pisau diris-iriskan
asalkan jangan terluka tangan
harumnya raksi disapu renjiskan
terhidu harunm barulah sayang
hati ditawan dengan hati
janganlah leka sendiri.


Pak Sangkoriang
belum tercetak.
5.3.2010

Friday, January 8, 2010

Renungan Agama bagi Tahun 2010

Memang banyak masalah agama Islam yang telah dihadapi dalam tahun 2009 dan awal 2010. Dari soal penggunaan nama Allah oleh akhbar Herald yang mendukung agama Kristian hinggalah kepada soal kejadian murtad antara orang-orang Melayu, pengajarana agama oleh ilmuan (scholars) yang tidak mendapat kebenaran untuk mengajar oleh pehak berkuasa, dan sengketa antara ulamak UMNO dan PAS mengenai berbagai-bagi perkara.

Permasalahan-permasalahan itu akan berterusan kerana dalam agama Islam tidak ada pehak berkuasa tertinggi yang boleh memutuskan sesuatu seperti Kalifah di zaman Rasulallah SAW dan Kalifah-kalifah al-Rashidin termasuk yang mempunyai kuasa pemerintah selepasnya. Setiap keputusan/penyelesaian mestilah berasaskan al-Quran dan Sunnah, Ijtimak dan mungkin Qias,yang semuanya boleh menerima tafsiran yang berlainan dari berbagai-bagai mazhab. Walaupun di Malaysia kita berpegang kepada mazhab Shafie dan berpandukan Sunnah wal Jemaah, masih boleh timbul berlainan pendapat dan fahaman.

Oleh itu yang boleh dilakukan ialah bagi kita menyusun kepentingan isu-isu agama yang timbul mengikut keutamaan dan kepentingannya sebagai panduan hidup dan amalam mukmin.Janganlah hendaknya perkara-perkara kurang mengesani hidup kaum muslimin sehari-hari diperhebuh-hebuhkan lebih dari yang menyentuh aqidah dan amal ibadah yang wajib disempurnakan setiap hari dan waktu.Perkara-perkara yang secara terus boleh merosakkan aqidah, membatalkan sembahyang,merosakkan puasa dan lain-lain amal ibadah khusus dan am, harus diberi keutamaan. Perkara-perkara lain harus diterima sebagai cabaran dan dugaan kepada kekuatan iman dan taqwa kita. Jika adanya kedai menjual minuman arak berdekatan dengan rumah kita dikatakan mengancam iman dan ketaqwaan kita, ada khabar-khabar angin atau kata-kata yang digunakan oleh rakyat bukan Islam yang kurang menyenagkan dikatakan mengganggu-gugat aqidah dah iman kita, itu mungkin bererti iman dan ketaqwaan kita yang belum cukup teguh dan mantap. Ingatlah bagaiman iman Khatib dan pejuang-pejuang agama zaman Rasulallah dahulu diuji dan diancam oleh musuh-musuh Islam. Kemenangan Islam terletak pada kebolehan
menghadapi ujian-ujian itu dan mendapat kekuatan yang lebih darinya, bukan hanya dengan menewaskan musuh.
Kalah menang perang di medan peperangan, kalah menang di medan politik atau di mahkamah perundangan belum tentu dapat menentukan kemenangan akhir dalam perjuangan agama dan keyakinan manusia terhadap Tuhannya.Mereka yang terkorban atau tewas dalam perjuang agama di dunia boleh mendapat tempat yang lebih mulia di sisi Allah dari yang menang seperti mereka yang mati syahid. Iman dan taqwa yang tebal,mentap dan kukuh tidak begitu mudah diganggu oleh cabaran dan ujian-ujian duniawi.

Oleh itu isu utama yang perlu dibicarakan ialah bagaimana untuk memupuk iman dan taqwa yang demikian dikalangan umat Islam supaya dapat menghadapi ujian-ujian yang hebat. Penangkisan yang paling kukuh kepada ujian-ujian itu harus datang dari dalam hati sendiri, bukan dari perlindungan-perlindungan dunia yang tetap rapuh dan tidak kekal. Perjuangan Islam hari ini harus tertumpu kepada pembinaan jiwa dan hati mukmin yang paling tebal dengan iman dan taqwa, bukan melindunginya dari ujian-ujian yang akan terus timbul dari masa ke semasa.

Jika iman dan taqwa itu masih lemah, setinggi-tingi tembuk penahan ujian, sekuat-kuat peralatan perang dan sebijak-bijak strategi untuk mempertahankan hak Muslimin akan akhirnya-akhirnya tergugat juga.Wallahualam.

Thursday, October 29, 2009

Di manalah Anak-Anak Buahku Yg Bijak Pandai...



Sudah lama halaman ini dibuka untuk berkongsi pendapat dengan anak-anak buah dan bloger-bloger dlm bahasa Ibunda. Nampaknya tidak ada satu komen pun yang diterima. Tak taulah sama ada ia ada pembaca atau tidak; kadang-kadang ada pembaca tetapi mereka malas nak buat komen. Ada yang kata tak tau macam mana nak buat komen - tak ada modal.

Hal kedua inilah yang merunsingkan hati. Ramai antara kita yang cukup rengan mulut untuk mengatakan hal itu ini, hal orang itu dan orang ini, hal si polan dan si polan, Tapi cuma boleh cakap saja. Bila nak dituliskan semua yang ada dalam kepala hilang 'losap'. Inilah yang merugikan masyarakat dan bangsa sendiri. Orang lain keturunan semakin 'articulate', semakin lantang bersuara dan semakin banyak membuat tuntutan dn desakan terhadap Kerajaan dlma blog-blog mereka. Orang-orang kita sendiri sonyap jo. Tak berdocik.

Bila kita perhatikan ucapan-ucapan yang keluar dalam SMS di radio dan TV, semuanya ringkas-ringkas dan mengenai perkara-perkara ringan. Tak ada pandangan-pandangan yang tajam dan menggemparkan sehingga orang hebuh memberi pendapat dan komen balas.Yang selalu buat begitu hanya bloger-bloger yang terdiri dari wartawan atau yang memang selalu memberi komen kepada tulisan-tulis wartawan dan negarawan-negarawan.

Apalah yang ditakutkan untuk masuk campur? Di mana lagi kita nak berlatih menulis, memberi komen, mengeluarkan pendapat dsb kalau bukan melalui halaman blog ini. Kita bebas berkata apa saja walaupun mestilah bertanggungjawab tentang apa yang kita katakan. Salah bahasa,salah fakta, salah eja, orang tak peduli. Bahasa campur-campur, bahasa rojak, mee siam, loghat jawa, minang. loghat negeri, tak siapa peduli. Pokoknya kita berani mengeluakna pendapat dan mengaturkan pendapat itu dengan baik supaya senang difaham orang.

Mana dia anak-anak buah ku yang bijak pandai tu? Cuba tunjukkan bakat menulis dengan menulih dalam halaman web ni, tulis mengenai perkara-perkara yang topical, bukan setakat bertanya apa khabar, buat apa. dan cerita mengenai jalan-jalan hariraya dulu. Kalau nak tunjukkan bakat kelakar dan buat orang ketawa, inilah tempatnya. Belajar buat komen-komen ringkas dulu terhadap tulisan orang lain. Esok baru bukan halaman web sendiri.

Cumbalah. Mana taukan, entahkan boleh menjadi seorang penulis ternama nanti, hehe.