Thursday, July 23, 2009

Mengembalikan Keyakinan Rakyat....

Sudah terlalu banyak perkara yang menyebabkan rakyat kurang yakin kepada kerajaan. Termasuk orang Melayu yang kurang yakin kepada UMNO. Namun orang-orang kuat UMNO tetap senyum confident dengan tindakan-tindakan mereka apabila timbul cabaran dan kejutan baru seperti kematian Teoh Beng Hock. 'Kita siasat dulu, kita siasat dulu...' Mestilah. Soalnya adakah tindakan tegas diambil untuk menahan semua yang disyaki, untuk disiasat, untuk menenangkan keresahan orang ramai, untuk menunjukkan urgency bertindak?

Sudah diadakan penyasatan pula, termasuk siasatan oleh Suruhanjaya DiRaja, penemuan dan pengakuannya didiam-diamkan saja, tidak ketara urgency bertindak membincangkan atau melaksanakan perakuan-perakuan yang terus dapat diterima. Rakyat tidak berpeluang menimbulkan isu-isu yang tidak memuaskan hati. Begitulah halnya dengan kes Lingam, siasatan terhadap polis diRaja, kes Zakaria, KFTZ, Khir Toyo dll. Cuma kes yang melibatkan parti pembangkang yang cepat-cepat diketengahkan.

Kenapalah Kerajaan tidak menunjukkan urgency secara nyata dalam semua hal yang membimbangkan rakyat. Segera pegang dan tahan mereka yang disyaki tak kira siapa, jangan biarkan terus bertugas, sehingga selesai siasatan dan sama ada ia bersalah atau tidak jelas ternyata kepada semua. Kalau belum disiasat Kerjaan sudah mengatakan sifolan tidak bersalah dan ia terus menjalankan tugas dengan senyum sipu, tentu orang marah. Apalagi jika ia terus mengetuai jawatankuasa itu dan itu, menyiasat itu dan ini serta mengurus itu dan ini. Bila orang yg disyaki menerima/memberi rasuah, menyalahgukankan kuasa dsb terus menjalankan tugas untuk mengendalikan dana yang banyak, adakah orang akan percaya?

Rakyat sudah bijak, tidak boleh dipujuk dan ditipu dengan gula-gula lagi. Janganlah beri keterangan melepas batuk ditangga sambil tersenyum menggosok-gosok belakang orang yang hendak dipujuk. Itu tak jalan lagi. Pemimpin UMNO disemua peringkat harus sedar hal itu. Pemberian wang memang boleh memujuk hati tetapi TIDAK AKAN MEYAKINKAN. Kesannya akan hilang sebaik pemberi wang itu pergi,

Orang penuh syak ttdak boleh lagi diyakinkan dengan kata-kata dan janji tetapi dengan perbuatan yang menepati kehendak pehak yang berharap. Sebarang perbuatan yang tidak menepati janji akan membuat syak itu lebih tebal sehingga meragui semua perbutanan lain walaupun dilakukan dengan sepenuh ikhlas. Itu;ah yang harus dtjaga oleh pemimpin-pemimpin UMNO jika mahu memenangi semula hati mereka yang sudah merajuk, sudah 'fed up' atau sudah hilang keyakinan. Tunjukkanlah urgency bertindak untuk menghapuskan keresahan mereka, bukan memujuk dengan senyuman dan janji-janji manis seperti dahulu. Tun Mahathir sewaktu menjadi PM pernah dikatakan susah hendak tersenyum, but he delivered dan rakyat berasa yakin kepadanya. Tun Pak Lah sering tersenyum tetapi hanyut dalam ' mencari' Syafie dan Ghazali. Mungkin Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin boleh mengambil iktibar dari kekuatan dan kelemahan mereka.

Sunday, July 19, 2009

Perjalanan Waktu Seperti Kilat.









Aku masih ingat betul hari Norzam (anak lelaki kami yang bongsu)menyatakan keinginan hendak berkahwin.






Kami terus menguruskan hari merisik dan bertunang.
Meriah sekali kedatangan kami disambut oleh keluarga bakal isterinya di JB.


Kemudian kami menunggu hari Walimatul Urus dan Ijab Kabul di JB.
Malamnya disambut meriah antara mereka yang mengiringi kami ke JB.

Hari meraikan perkhawinan dan persandingan diadakan kemudian di Taman Melawati dengan penuh keriangan.



Masa berlalu seperti kilat.



Setahun kemudian kami dikurniakan seorang cucu.
Kini sudah pun boleh bermain-main dengannya.


Hana Malissa sudah menjadi chaya yangf meneranfgi keluarga kami.

Saturday, July 18, 2009

Balik Kampung di Hujung Minggu




Jika pemerhatianku betul ramai orang sekarang suka balik kampung di hujung minggu. Apalagi jika tidak jauh sangat. Jalan KL ke Seremban seterusnya ke Melaka dan Johor selaunya penuh sesak dihujung minggu.

Bagiku balik kampung pada pagi Sabtu sudah kebiasaan. Rumah asal (rumah arwah Ibu dan Ayah) adalah di Ulu Bendul manakala rumah isteri di Juasseh. Aku akan balik ke Ulu Bendul saja untuk membersihkan rumah yang tinggal jika Ayah dan Ibu mertua tidak balik
kampung di Juasseh. Jika mereka juga balik aku akan terus ke Juasseh untuk bermalam di sana dan balik ke KL pada hari Ahad.

Buat apa ke kampung? Kan lebih seronok merayau-rayau di KL, membeli belah atau melawat ke bandar-bandar lain? Soalku pula, tidakkah bosan membeli-belah, melawat-lawat tanpa tujuan beberapa kali ke tempat yang sama ( kalai pertama atau kedua ok), tengok orang sedang orang tidak kenal kita. Balik kampung semua kenal dan 1001 macam kerja boleh dibuat untuk memelihara rumah dan tempat kediaman lama.Betulkan pagar, tanam bunga dan pokok-pokok baru, cat rumah, bersihkan kawasan,
baikkan longkang dll. Letih berja bru duduk makan secara berpiknik di susut halaman tempat teduh dan berangin. Huuuu best.

Tuesday, July 14, 2009

Manik Urai: Pelajaran baru


Pilihanraya kecil Manik Urai telah berlalu dan PAS menang dengan majoriti yang amat kecil. Ternyata BN semakin berpengaruh. Tetapi eloklah dielakkan memberi umpan janji yang begitu nyata maksudnya: kalau kami menang kami buatkan jembatan! Ini macam memikat hati kanak-kanak dengan mengacungkan gula-gula atau aiskrim. Cukuplah kalau dinyatakan BN sedang memikirkan hal membuatkan jembatan itu.

Ngapolah pekerja-pekerja BN/UMNO nyato sangak berbeda dari pekerja-pekerja dan penykong-penyokong PAS. Cumo sikik yang pakai songkok atau ketayap. Di rumah ore buaklah mace ore di rumah tu. Ghoyakle mace ore di rumah 'tu. Baru ore rumah raso nyaman, satu se satu keturune, satu Malaysia. Ini date mace ore dari bule bawok janji sate lori penuh. Takko diraso mace nak menipu, gak?

Hambo como ngoyak jo. Nak berpolitik tak tau.

Friday, July 10, 2009

Menuliskan Pendapat melalui Blog

Aku dapati sudah ramai orang Melayu yg membuka facebook. Tapi yg mengendalikan halaman blog tidak ramai berbanding dengan bloggers berketurunan lain. PM sendiri telah menyeru pemimpin-pemimpin masyarakat untuk membuka halaman blog sendiri supaya senang hendak dihubungi oleh rakyat untuk menyampaikan pendapat.

Blog sudah merupakan suara orang ramai. Jika masyarakat Bumiputra tidak mau menyuarakan pendapat melalui blog (kendalian sendiri atau melalui blog orang lain), maka suara orang lainlah yang lebih lantang, lebih berpengaruh dlm menentukan 'public opinion' (pendapat awam).

Pengaruh blog sebagai media alternatif sudah diakui ramai. Apakah kaum Bumi mau ketinggalan pula dlm bidang usaha pembentukan 'public opinion' atau pendapat awam ini? Dulu pendapat itu mungkin disampaikan melalui wakil rakyat. Sekarang orang lebih suka menyampaikannya terus, walaupun kepada PM sendiri, melalui halaman blognya.

Wahai orang yang masih 'berselimut' walaupun selimut pelindungmu ( ekuiti dan hak-hak istimewa) sudah semakin terhakis.Bersuaralah melalui blog sendiri atau blog org lain
supaya dapat didengar dan diambil kira. Kalau terus berselimut dan berdiam diri
dan
cuma hebuh di kedai-kedai kopi, suaramu akan tenggelam seperti tenggelamnya hak-hak
pribumi yang lain.

Bersuara melalui blog lebih berdisiplin dan tertib, bukan main hentam kromo saja. Kena fikir betul-betul dulu sebelum bersuara. Kena ada 'opinion' (pendapat)yang tegas. Untuk buat begitu kena dengar dan membaca berita,baca buku dll. Kalau dengar berita, baca buku, menganalisa isu dan masalah masyarakat, menyuarakan fikiran dan menuliskan pendapat dengan lantang semuanya malas hendak dibuat - atau tidak tahu - janganlah hairan jika tiba-tiba menyedari
diri menjadi org asing di bumi sendiri. 1 Malaysia memerlukan masyarakat Bumi sama aktif dan sama berani dengan masyarakat keturunan lain.

BERSUARALAH MELALUI BLOGMU SENDIRI ATAU BLOG PENULIS-PENULIS LAIN UTK KEPENTINGAN BANGSA DAN NEGARA.

Saturday, July 4, 2009

Masalah Pembantu Rumah


Kerana banyaknya masalah mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia, telah ada cadangan untuk mendapatkan mereka dari Cina dan Filipina. Mengikut suatu sumber pembantu dari Cina itu cukup murah dan.......hebat. Saya minta izin untuk memetik blogger 'Cakap Tak serupa Bikin' yang
telah mendapatkan suatu gambar seorang pembantu yang kononnya digunakan oleh seorang kenamaan Cina di M alaysia.

Apakah isteri-isteri tidak menyinga jika suami mengambil pembantu rumah seperti dalam gambar? Apalagi dikalangan masyarakat Bumiputra! Hey, hey, hey......

Friday, July 3, 2009

Share Bumiputra Dlm Ekonomi Negara.


PM telah baru-baru ini telah membebaskan lagi sekatan-sekatan pelaburan dan perniagaan dalam negara untuk mencapai peningkatan ekonomi yang lebih pesat. Galakan pelaburan mesti lebih menarik dari yang terdapat dinegeri-negeri jiran untuk bersaing.

Tujuannya amat bagus. Tapi ia memerlukan 27 jenis perniagaan dibebaskan dari sebarang sekatan
untuk menjaga kepentingan Bumiputera. Ia termasuklah perniagaan di bidang kesihatan, sosial, pelancungan, pengangkutan, perniagaan, komputer, dan insuran. Peruntukan 3o% penyertaan Bumiputera dlm bidang-bidang ini dihapuskandan modal asing boleh mencapai 100%. Had penyertaan modal asing dalam bidan perniagaan borong (wholesale) dan pengurusan dana (fung management) dilonggarkan dari 49% kepada 70%.

Semua ini juga perlu kerana ekuity modal Bumiputera terus tertahan pada tahap 19.4% sejak 19 tahun laluwalaupun sasaran DEB ialah 30%. Ini kerana pehak Bumi telah menjual banyak saham yang dibeli. Dari RM54 billion ekuity yg terkumpul antara 1985-2005, hanya RM2 billion yg masih ada di tangan Bumiputers.

Soal yang boleh ditimbulkan dalam hal ini ialah: Apakah yang telah dibuat oleh PNB dengan segala skim dan syarikat di bawahnya ( ASN, ASB, ASM dll) yang bertujuan menambah milik saham Bumi putera? Kenapa hak milik itu terus berada diperingkat 19.4% sedang dana yang telah dikumpulkan terus berkembangah ? Tidakkah ia digunakan untuk menambah milik saham
Bumiputera? Dividen yg dikeluarkan tiap-tiap tahun tidaklah begitu tinggi. Apakah pengurusannya berjalan ditahap kecekapanan antarabangsa?

Jika PNB betul-betul berkesan kenapakah perlu ditubuhkan EKUINAS, untuk menjamin supaya
hakmilik saham Bumiputra terjamin dan dapat ditingkatkan lagi?

Sekarang kuasa FIC ( Foreign Investment Committee) sudah di kurangkan,siapakah yang akan menapis dan meluluskan permohonan untuk melabur di Malaysia? Siapakah yang akan menapis permohonan untuk melabur di Malaysia untuk memastikan bahawa kepentingan Bumiputra akan terus terjamin. Syarikat-syarikat Bumi yang mempunyai potensi akan dimajukan untuk menapai taraf operasi peringkat global. Apakah keriteri-keriteria yang akan digunakan untuk memilih syarikat-syarikat itu dan siapakah yang akan memilih?

Memang banyak sekali soalan-soalan yang belum terjawab. Kaum Bumiputra sendirilah yang harus menimbulkannya kerana orang-orang lain akan gembira dengan pemotongan syarat-syarat untuk melindungi hak Bumi itu.
m

Thursday, July 2, 2009

Mat Rempit....



Nampaknya pehak polis mahu kerjakan Mat Rempit secara habis-habisan kerana mengganggu pengguna-pengguna jalanraya yang lain. Membahayakan nyawa mereka.

Aku simpati juga dengan anak-anak muda yang ingin mencuba kebolehan mereka mengawal sebuah motosikal yang sanggup dibeli. Ayah atau emak yang beli soal lain. Mereka mahu cuba memecut dan mengawal jentera itu. Soalnya di mana? Mana ada tempat yang sesuai jika tidak di jalan raya, waktu malam. Nak masuk gelanggang racing, nak bayar tiket tengok orang racing pun tak cukup modal.

Memang aku sendiri mahu try jadi Mat Rempit. Tapi motosikalnya mesti yang macam dalam loggambar. Tayar besar dan injinnya besar........

Betulke besar boleh bawa rebah. Tidak. Cukup kecil untuk diangkat ke mana-mana dan dimasukkan dalam boot kereta. Ha, haaaa....Gambarnya seperti yg diselipkan di sisi blog.